Wednesday, 27 November 2013

Cara putuskan ketagihan botol susu anak ~ petua kak yah aku

semalam dapat mesej dari kak yah.

katanya penat jaga Joe. hahaha... mau tak penat. kuat merajuk oooo si Tajul ni.
dan jugak kuat nangis. sentap sikit nangis. tak kena angin dia sikit nangis.

baru tau?
hahaha...

selama ni dok pujuk suruh aku hantar Joe balik kampung sekali ngan Amir. aku mula tu nak hantar Amir je balik sebab dia bah besar jadi tak de la risau sangat. dah pandai jaga diri.

ni Tajul baruuu masuk 4 tahun 22/10/2013 hari tu. memang hingusan sangat lagi. tapi memandangkan aku pun berkira kira nak bagi Joe diputuskan dari botol susu, maka aku pujuk Ngah supaya benarkan Joe balik kampung.

susah kalau nak putuskan botol susu kat rumah aku ni memandangkan adik dia Ammar pun menyusu botol. dia kalau nampak adik dia hisap botol susu dia pun mesti nak jugak. dah tu bila nak stop nya?

jadi ko balik la nak. kursus ngan makcik ko cara2 nak stop susu botol.

kak yah pesan suh aku datang ambik Joe balik. Amir tinggal takpe sebab dah besar. tapi Amir bila aku call cakap nak ambil Joe balik KL, dia pun nak ikut balik jugak. takpe. nanti aku balik la ambik dua2 sekali. mungkin jumaat 6hb ni kot. ingat nak naik bas malam. tapi tak tau lagi. sebab aku tengah pujuk Ngah ikut balik kg ni. harap2 menjadi la plan terkejut aku ni.

kak yah kata dah 3 hari Joe tak mintak susu.
kak yah kata, tiap kali Joe nak susu, kak yah bancuh susu separuh dari biasa, pastu dia tumbk bawang putih campur dalam susu. bila Joe minum, tergamam dia... apasal susu tak best ni?
"Bayah... nape susu ni macam ni?"
Nape?... rasa best ke tak best? "
"Tak best la Bayah... "
"ntah la Joe, mungkin Joe dah besar kot. sebab tu susu jadi tak best. susu kan untuk baby je... "

[diam].....

"Bayah..."
"Ye... "
"Joe nak cakap ngan umi.... Bayah tepon la umi skrg... Joe nak cakap ngan umi ni.."
"nape pulak?"
"Joe nak cakap kat umi... Bayah buat susu tak sedap"

hahahaha...

so skrg dah lebih kurang 3 hari Joe tak mintak susu. harap2 pasni bila dah ada bersama aku nanti takde la dia mintak minum susu dalam botol balik.

aku ingat kena stopkan terus susu dan botol susu sementara waktu ni. sampai la bila dia dah tak ingat langsunggggg kat susu. bila dia dah tak ingat nak minum susu, otometik dia dah tak ketagih botol susu. bila dah hilang ketagihan pada botol susu, boleh la aku start bagi susu balik kat dia, pakai gelas aje.

jadi, kepada parents yang berniat nak stopkan ketagihan anak2 terhadap botol susu, aku rasa boleh kot campur bawang putih yang ditumbuh lumat kedalam susu anak anda. takyah bancuh bebanyak. bancuh separuh je sebab gerenti anak ko tak minum habis nye la.

ok dah itu je buat masa ni,

yang baik dari Allah
yang buruk dari Aku.


Tajuddin ketika umur belum setahun... rinduuuu sgt saat anak2 masih kecil