Nikmat..
Makan lunch hari ni telah ditaja oleh Fiona. Alhamdulillah...
Fiona ni supplier company tempat aku kerja. bukan aku sorang je mendapat tajaan, HOD aku pun joint sekali. lokasi adelah kedai mamak Pelita kat sebelah IOI mall tu aje.
sedapp... hoi mesti la sedap. dah free hehehe...
aku ada la jugak makan sekali sekala kat kedai mamak pelita ni, tapi setiap kali aku makan situ, menu lauk pilihan adelah ayam goreng. tak pun kari sotong. tuuu je la menu yang aku rasa terpikat.
hari nii je baru aku try lauk ayam masak hitam tu. tu pun atas rekemen dari Fiona. dia kata sedap. so aku try. dan betul sedap. cuma kalau kau orang tak suka masakan yang a bit manis, jangan ambik. rasa dia manis hokey. manis yang tak de la keterlaluan. manis yang sedap je kat tekak aku.
masa makan, kami sembang la pasal site office. dan aku tercerita yang aku tak pernah pergi site office KP. ye la. aku bukan QS nak kena buat site visit segala. kalau takde tujuan buat apa pergi. bukan boleh claim milage pun. lain la kalau boss suruh pergi. tu boleh la claim.
dan tak semena mena pulak HOD aku cakap boleh kalau aku nak pergi sekali sekala tengok2 site. sambil2 tu boleh ambik DOs kat site bawak balik ofis... ler... padahal kalau aku tak pergi pun, orang site kan ke selalu datang HQ. so dorang hantar la DOs sekali harung. HOD kata boleh bagitau dia kalau nak pergi, dan boleh claim milage... hurmm... boleh difikirkan...
tak semena mena pulak si Fiona offer diri nak bawak kami ke site KP lepas makan tu. dan tu la pes taim aku buat site visit. hoi.. ni kena sejarah ni wei... kena tulis dalam blog ni... hehe..
rupanya takde la jauh mana pun. aku sangka jauh nau. ye la, kat tittle project tulis Daerah Kuala Langat. nampak jauhhhhh je. macam tempat jin bertendang kekdahnya... eh, orang2 Kuala Langat jangan marah ye, aku gurau je tu...
area Puchong Prima je ghupenye. cisss... dua tahun tipah tertipu huhuh..
eh, pernah ke aku blog pasal kerja aku eh? ke tak pernah? ok takpe. aku tengah ada mood ni..
aku kerja dalam bidang construction. aku buat purchasing. beli2 construction materials. tu je nak citer pasal kerja aku. nak kata menarik, takde la sangat. nak kata tak menarik, pun tak tau nak kata. gitu2 je. aku rasa bidang aku ni kalau kau kerja bank, aku ni ibarat kerja bahagian depan kaunter tu. yang kalau kau nak kuarkan duit, kau kena isi form. pastu ambik nombor. pastu bila giliran kau dah sampai, kau akan datang jumpa aku. aku pulak, akan ambik form yg kau isi tu. cek betul ke tak betul data2 dalam form tu. mintak no. IC kau untuk pastikan yang memang kau la si pemilik akaun tu. pastu semak tanda tangan tu betul ke tak betul, pastu semak duit kau dalam akaun tu cukup ke idok untuk aku kuarkan. bla bla bla.... begitu la lebih kurang. orang kata kerja di operation line. nak kena cepat. cepattttt je sokmo.
Boring tak kerja purchasing?
ho ho ho...
kau orang tu, boring tak dengan kerja korang sekarang? hahaha...
aku rasa, aku ni kategori dok rumah lagiiii boring tak tau nak buat apa. sungguh aku tak tipu. aku pernah jadi suri rumah sepenuh masa ketika aku mengandungkan Tajuddin. Tahun 2009. Sebulan pertama tu rasa wahhhh... bestnya tak payah bangun pepagi tergesa2 pergi kerja. rasa bebassss sangat. hari2 bangun ikut suka nak tido sampai lebam pun takpe. Takde sapa nak kisah. Ngah pun takde nak bebel ke hapa. mungkin faktor mengandung kot..
rasa boring kat rumah, start keter bawak Amir pergi playground kat tingkat 2 Giant BK4. kemain sonok anak aku tika tu. almaklum sebelum tu asyik kena tinggal je kat taska.
tapiiiii...
masuk bulan kedua tu dah rasa lain. rasa keboringan. makin lama makin terasa boring tu. sampai satu tahap. aku mintak dengan Ngah nak balik kampung barang sebulan dua. Ngah okey je. dia ni flexible. senang berkira. maka aku pun balik kampung. konon nak stay la dalam dua bulan camtu. ye la kan. lama giler kot aku tak merasa dok kampung untuk tempoh masa yg lama. sejak aku sambung degree kat UPM tahun 1999. tahun pertama cuti semesta tu la kot seingat aku yang paling lama aku dok kampung. tahun kedua cuti sem, aku ikut coursemate aku Jini pergi kerja kilang di Senai, Johor. dia ada makcik kat sana. jadi tak merasa dok kampung. kerja kilang uolss... semata2 nak kumpul duit nak beli komputer. tapi tak terbeli-beli sebab tak berjaya kumpul duit sangat. kerja situ gaji dia tak besar mana. makan minum lagi. walaupun menumpang rumah makcik kawan and tak kena bayar, tapiiii tak gamak aku nak duduk semata mata duduk. kena jugak beli apa2 barang untuk rumah. dan masa nak balik tu aku kasi la jugak RM sikit walaupun makcik kawan aku tak mintak. sebab dia pun bukan kaya. kerja kilang jugak. kena bayar sewa rumah jugak. kebetulan pulak masa aku tumpang tu, housemate dia pindah keluar duduk hostel kilang kalau tak silap aku. maknanya dia bayar sorang la sewa rumah masa tu.
masuk tahun akhir, di semesta ke5 aku dah mula kerja part time kat shakey pizza di Mines shopping fair. skrg shakey pizza tu dah tutup tak tau kenapa. aku pergi mines dah takde shakey pizza. dengar citer dah takde langsung dah shakey ni tapi tak tau la betul ke tak.
semesta 5 ada ke masa kerja part time?
hehehe...
oleh kerana aku buat diploma dulu sebelum sambung degree (bidang yang sama), maka ada beberapa subjek yang aku dah ambik masa diploma dan dah takyah ambik lagi masa degree. apa subjek, berapa subjek dan berapa kredit tu aku dah lupa. tu kena bukak balik sijil dia baru boleh ingat.
masa time aku dulu, kami diberikan senarai apa subjek wajib (dipanggil subjek teras) dan subjek pilihan (dipanggil subjek elektif) untuk habiskan degree kami. kendian, terserah la kat diri masing2 nak ambik subjek apa dan berapa bilangan subjek kau mampu ambik untuk sem itu. katakan untuk dapatkan degree tu kena habiskan 120 kredit. satu sem purata kredit kena ambik ialah 20 kredit. jadi pepandai la nak ambik subjek apa untuk sem tu berdasarkan senarai subjek tadi. kalau rasa nak bersenang-senang dulu, bersusah-susah kemudian, ambik la subjek senang dulu dan ambik sikit je subjek untuk sem tu. tapi masuk ujung-ujung sem, merasa la kau pulun subjek2 susah yang bisa menjunamkan kau punya pointer. padan muka.
aku dapat pengecualian 25 kredit. jadi secara logiknya aku boleh habiskan degree dalam 5 sem je. kira aku jimat 1 sem. tapi aku tetap habiskan jugak 6 sem. cumanya aku tak perlu struggle seperti student yang masuk degree lepas matrik. orang lain mungkin ambik 7 subjek untuk satu sem. aku mungkin 6 je. dan jadual kelas dorang lebih padat dari jadual aku. gitu.
Ramai di kalangan kawan2 aku, dorang lepas diploma, terus dapat offer sambung degree November 1998 intake. dan aku pulak May 1999 intake. dorang dah masuk sem 2, aku baru sem 1. jadi dorang la yang nasihatkan aku tentang macamana nak ejas subjek supaya balance. supaya di tahun akhir, aku tak kelam kelibut sangat dengan subjek banyak lagi, dengan projek tahun akhir lagi. terima kasih la kawan2 ku..
oleh kerana mendapat panduan dari kawan2 la, maka aku berjaya ejas supaya tahun dua aku sangat taff dengan subjek2 heavy (bagi aku) dan di tahun akhir aku lebih relaks untuk lebih fokus dengan projek tahun akhir.
Jadiiii... jadual kelas aku idok ler padat bebenor.
Disebabkan tak padat la, and demi nak kumpul RM nak beli computer katanya, maka aku pun kerja part time.
Bukak je sem 6, aku berjaya beli sebuah computer dengan rega RM1500.00.
orang lain yang ambik course computer dari sem 1 lagi dah beli, ni aku kalau bukan sebab kena buat projek sem akhir takde der aku beli kot. Huhuhu...
kemain panjang berjela aku citer padahal nak bagitau yang aku dah lama giler tak balik kampong untuk tempoh masa yg lama hahhah... hadoiii... aku kalau membebel... huh..
eh, sampai aku rasa macam hilang point nak citer ni...
dan aku rasa nak kena stop dah ni.
Senang nanti aku citer lagi eh?
Babaiii
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku