Tuesday, 19 November 2013

Bila Tajul dan Amir kat kampung

Selain dari aku laki bini terasa agak sunyi kat rumah, yang paling kesian Ammar la. sebab dia takde kawan nak main.

sudahnya sikit-sikit datang kat aku kat dapur nak mintak teman dia main kat depan tv. sikit-sikit meragam. sikit-sikit meragam. aku ingatkan bila dah berjauhan angan abang2 dia, okey la sikit. nan hadoooo....

selalu jadi teman bergaduh dia Joe la. suka nau dia menggigit. kadang tu tak pasal2 dia datang nonong ja pastu rampas tab yang Joe pegang. nangisssss la Joe. dulu Joe suka balas bila Ammar buat dia. tapi aku selalu pesan supaya sayang kat adik. takmo pukul adik. adik baby lagi. so, lelama Joe banyak mengalah. tapi kalau asik akuuuuuu je kena, aku lawan gak sekali sekala kan... kata abang haha..

aku ingatkan bila Joe and Amir kat kampung, senang aku nak buat kerja rumah. ye la bila dah tak gaduh2, takde la nangis2, takde la datang ngadu2 kan. ingatkan Ammar pun bahagia la boleh konker menan sorang2 takyah rebut2 ngan abang. eh takkk... sama jugek.

macam petang semalam balik rumah. aku nak goreng mee ni. konon nak potong2 sayur pastu nak masak terus. goreng mee je pun, jadi takde la masa lama sangat ambik kan.  lepas tu azan nanti nak mandi nak maghrib pastu baru makan. elok la mee pun dah sejuk sikit boleh suap Ammar terus.
eh eh, tak dapetttt. sikit-sikit datang dapur mintak aku teman dia main kat bilik abang dia. pastu bila dia leka, aku sambung ke dapur susun2 pinggan kat rak. tetiba datang lagi budak ni siap pakej dengan merengek dia mintak tarik aku ke depan balik. aku ni alahaiiiii... ingatkan abang2 ko kat kampung lagi cepat kerja rumah siap ni takkkkk... lagi dia perlukan perhatian aku sebab kat rumah tu dah tekde sapa dah dia nak buat kawan main selain aku.

jadi aku pikir, sapa2 yang anak baru sorang pastu macam belom mau tambah anak sebab nak jaga sorang tu pun penat, aku nasihatkan baik ko tambah je la selagi masih muda haha.. sebab bila anak ko dah ada beradik, dia dah ada kawan nak teman main, dia dah tak tertumpu kat mak pak dia sangat dah. percaya la.

aku pulak, bila dua anak takde di sisi, rasa macam pelik sikit. nak kata tenang tu.. ye la kot dari segi bunyi-bunyian kat rumah tu dah kurang la sikit. tapi tenang yang tek berapa nak bahagia sangat. rindu weyh.. anak tuuuu...

yang apak dia pulak, aku tengok macam lekkkk je. biasa la apak mana boleh tunjuk sangat kan.

malam tadi aku call kak yah tanya pasal Joe. kak yah kata biasa2 je. takde tanda2 murung ke hapa. happy ade la. kawan ramai tuuu... dah la tu siap boleh mandi hujan lagi. aku dah pesan tak kisah anak2 nak mandi hujan asalkan bukan yang jenis ribut petir tu. yang tu bahaya.
kak yah kata nangis pun tak. manjangg je aktiviti bermain dia. lapar balik makan. pastu keluar main lagi. haus balik minum. kak yah kata dia dah pesan lapar ke dahaga ke nak kencing ke nak berry ke, kena balik rumah. so, anak2 buat masa ni mendengar kata. Alhamdullillah... aku sangat gembira kalau anak2 aku hepi. aku harap anak2 boleh menikmati alam kanak2 dorang semaksima mungkin. ye la kat bandar mana boleh sewenang wenang lepas anak2 main merata-rata. kat kampung aku masih boleh. suasana yang macam aku punya zaman kanak2 dulu masih ada lagi. cuma zaman aku dulu lagi hebat la. mestiiii...

ok dah. aku nak sambung kerja. waktu lunch dah nak habis ni.


yg baik dari Allah,
yg buruk dari Aku.

sekian.