Thursday, 28 November 2013

Rahsia nasi kerabu sedap terletak pada kelapa gorengnya

Pagi tadi makan nasi kerabu lauk daging masak kicap liat nak mamp..
jadi tengah hari ni takyah kuar makan. kenyang lagi.

nasi kerabu aku beli kat makcik dekat rumah aku tu je. dia bukan orang kelantan.bukan jugak orang ganu. tapi boleh masak and jual nasi kerabu. walaupun takde la sedap mana. and aku pun bukan tak pernah beli nasi kerabu dia sebelum ni. pernah beli. and rasanya cenggitu je la. boleh la... buat hilangkan rindu makan nasi kerabu di pagi hari... selalu aku beli letak ayam goreng berempah. tapi hari ni takde pulak. dah habis kot. lalu aku tukar ke daging. selalu ada je daging goreng kunyit tarok kacang panjang tu. eh hari ni menu daging masak kicap pulak. nak beli ikan keli, kurus sangat pulak. harap kepala keli je besar. takpe la. daging kicap pun daging kicap la. tak lalu aku makan nasi kerabu plain. lain la kat kampung. kelapa goreng dia banyak isi ikan. so lemak kelapa campur lemak ikan tu je pun dah cukup. takyah ikan ayam sumer tu pun ok. kat KL ni kebanyakan kelapa goreng dia tu hanya kelapa campur gula sikit. huih. tak patut betul. mana dapat menu kelapa goreng taruk gula ntah. hancur menu asli nasi kerabu. nak cut cost punya pasal kot. huhu

meh sini aku ajar cemana nak buat kelapa goreng untuk menu nasi kerabu yang sepatutnya. eh, ada ke reader ni? hihihih... ok la kot ada yang gugel pastu terjumpa page ni.

pertama sekali, kelapa parut tu ko goreng tanpa minyak guna api perlahan. kacau sentiasa supaya tak hangus. kalau ko biarrrr je tak kacau2, kelapa tu jadi perang secara tak balance hokey. bila kelapa dah perang garing, tutup api gas. biarkan kelapa tu sejuk sikit.

pastu ikan.
aku suka ikan sardin. bukan ikan sardin dalam tin tu ye. ikan sardin segar. orang kelantan panggil ike selaye.
dah siang dah cuci sumer, ko rebus ikan tu. cara aku rebus adelah, aku susun ikan satu layer dalam periuk. pastu aku tabur garam secukupnya. dan aku letak jugak 2 keping asam keping. orang kelantan panggil ase gelugur. asam keping yang jual kat KL dia lain sikit dari asam keping keluaran orang kelantan walaupun asasnya dua-dua dari buah asam gelugur. asam keping KL, daripada pemerhatian aku keatas kepingan asam tu sendiri, dibuat dari buah asam yang lebih kecik, atau mungkinkan buah tu masih muda? dan biji asam gelugur tu dorang tak buang. manakala asam gelugur yang selalu jual di kelantan, kepingan tu berbentuk seperti bulan sabit. biji dalam tu dorang buang. tengok gambar yang aku gugel ni.


gambar hasil gugel. asam keping ni aku biasa nampak kat KL


pun gambar hasil gugel.[kredit to pieceoflin@blogspot.com]. ni la rupa asam keping kat kelantan. sumer yg aku jumpa jenis macam ni.
  eh, mengapakah tetiba aku merapu citer pasal asam keping pulak ni?

ok.
berbalik pada cara nak rebus ikan sardin ti tadi,aku mesti la guna asam keping buatan mek yang macam bulan sabit tu. kalau dua keping asam untuk first layer ikan, normally aku potong asam tu kepada 3 bahagian. jadi, asal 2 keping asam menjadi 6 la. pastu aku susun asam atas ikan tu secara sekata. pastu susun ikan untuk 2nd layer. tabur garam dan dua keping asam gelugur. pun potong menjadi 6 and susun.

selalunya aku tak letak air masa rebus ikan. kalau letak pun, cukup setakat renjis2 kan aje. then tutup periuk and tenggek la atas dapur gas guna api perlahan. ikan ni asal masak sudah. kalau ikutkan, lagi best ikan tu kau bakar je. tapi kat KL tambah pulak duk rumah flat, susah sikit nak membakar-bakar nih. kang tak pasal bomba pulak datang tanya kabar. tak haru?

sambung
lepas ikan dah masak, sejukkan and lepas tu boleh la ambik isinya saja. kalau aku, kelapa sebiji adelah bersamaan satu cawan isi ikan. tu pun dah kira banyak sangat dah tu.
dah campur ikan ngan kelapa goreng tadi, masukkan dalam lesung batu pastu tumbuk. tumbuk sekadar nak bagi kelapa tu halus sikit. kalau tak nanti kasar je nanti masa makan ngan nasi tu rasa bersepah-sepah je lam mulut. tak perlu tumbuk sampai keluar minyak ye. nanti muak pulak.
dah siap tumbuk, campak pulak bawang merah yang dah dihiris halus-halus. bawang putih takyah. kang ko masukkan jugak gerenti tak sedap. percaya la.
lagi yang kena masukkan sekali adelah serai and cili padi yang juga dihiris halus. kalau nak hidang kat budak-budak, cili padi tu takyah pon takpe. kesian dorang bila tergigit. tapi serai tu perlu ye.
pastu apa lagi eh? takde dah kot. gaulkan biar sekata.

itu la kelapa yang ohsem untuk menu nasi kerabu sedap.

itu baru part kelapa goreng je tau. belum masuk part tumisan dia lagi.

part tumisan dia nanti lain kali aku update. tu pun kalau ingat la. eh tapi kalau ingat pun kalau tak rajin acaner?? pepandai le ko gugel ye.. dah sampai sini pun hasil gugel gak kan? dah, pi sambung gugel..


babai..


Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.