Sunday, 30 December 2012

Persiapan Amir Naik Darjah 2

hari ni.

Ngah pepagi dah bangun siapkan Ammar. mandikan pastu pakaikan baju cantik2 wangi2. pastu elokk je Ammar dah wangi2, si Tajul pulak bangun. ingatkan dia bangun lambat la sebab tido lewat kan, ni takkk, cam tau tau je orang nak jalan. selalu kalau weekdays, alahai nak nangis haku ajak bangun nak hantar skolah (read = taska). pon Ngah mandikan jugak.  dah wangi Tajul, Ngah suh dia kejut Amir bangun pulak.. 'Abang Amir! angun! nak gi alan ni..!'... menggeliat ja Amir terpisat pisat bangun tido. terus je mandi. last sekali bangun aku la hahahaha... bagi la can mem golek golek dulu ek...

anak2 siap baru aku ambik turn mandi siap2. Ngah tak cakap nak gi mana, aku pun tak tanya, sebab mood merajuk katanya. tapi merajuk pon muka tak malu hegeh2 nak ikut gi jalan. tak bawak aku? haa, siapla sebulan aku gantung kuali kahkahkah..

destinasi pertama dah tentu la kedai makan dulu. Ngah bawak kami gi makan nasi ayam kat satu restoran tu, aku tak tau kedai nama apa, kat seksyen berapa sumer tu, yang ku tau, kedai ni ramai pelanggan kalau datang makan je mesti order menu nasi ayam. Ngah kata kat sini nasi ayam dia femes. sedap pon sedap.  kami 5 beranak makan 3 pinggan nasi ayam. dah kenyang baru gerak ke deatinasi utama.... cari baju skolah Amir.

ye la, walaupon baju skolah Amir masih dalam kondidi yang elok sangat lagi, tapi demi nak kasi mood berkobar-kobar nak masuk darjah 2 nanti, kami belikan jugak la. sepasang je pon. jadik la dari takde langsung kan. lagipun baju skolah tak mahal mana. tapi tak mahal tak mahal pon, tetap la aku beli kat kedai yang terpaling murah yang telah di survey.. hihihihi...

masa Amir masih kat kampung hari tu, aku ada la jugak survey baju skolah kat Giant (sambil nak beli barang dapur), pastu kat Bintang (dalam Giant Bandar Kinrara ada Bintang so aku masuk tengok2), pastu kat pasaraya Hari Hari (hari cuti Krismas hari tu aku gi KL bawak kak yah jenjalan, so singgah Hari-Hari depan Sogo tu beli kasut skolah Amir, tapi tak sempat nak survey harga baju skolah memandangkan manusia amattttttt la ramai)

Lokasi Ngah bawak adelah kat Ole-Ole, Shah Alam. mula2 kami masuk pasaraya Hari-Hari. hoi ramai betul rakyat Msia beli baju skolah anak last minit cam haku. nak masuk pon payah, apatah lagi nak suh Amir try. kat situ kalau nak beli, kena cakap nak saiz apa, untuk tau saiz apa nak beli, kena try dulu. nak try pon kena gilir sebab sample untuk satu-satu  saiz hanya ada satu, jadi kalau ada budak try baju, Amir kena tunggu. tunggu punya tunggu eh, macam takde je saiz yang sesuai untuk di try. last2 aku gi tanya harga berapa terus. pastu jurujual tu cakap depend pada saiz. saiz berapa akak nak? aku cakap tak tau, mungkin nak saiz 24 kot. saja je aku main sebut je saiz tak tau la saiz 24 tu besar ke hapa kan. pastu jurujual tu cakap akak kena try dulu saiz apa baru datang sini ambik baju. aik?? gitu pulak. oh, mungkin dia ingat aku nak try baju baru tu kot, so dia tak kasi. ok... aku pun tengok je la baju tu. harga doploh lebih. aku tak berapa ingat RM21.90 kot.. ataupun RM20.90 (kot, ni la masalah aku, survey, tapi lupa harga, boleh?) oyye, baju dimaksudkan adelah baju melayu (sepasang) untuk skolah agama (SAR).

pastu aku tanya Ngah, ade ke Bintang dekat2 sini. ohh ada wei! rupanya kat sini memacam ada.
mydin pun dekat2 je. bertuah la orang yang rumah dia dekat2 sini  aje. kan kan kan?

maka kami pon menapak le ke Bintang pulak. memang macam jangkaan aku, kat Bintang ni lebih murah sikit. baju melayu kat Bintang harga dia RM17.90 je untuk saiz 26. kira murah 2, 3 hengget la. kualiti tu bagi aku lebih kurang je kot. pastu beli jugak suar skolah selai RM15.90. baju skolah selai RM8.90. suar trek biru tua saiz 26 selai RM9.90 dan selai lagi kaler hitam saiz 28 RM9.90. pastu stokin yang 3pasang sepeket tu. harga aku tak ingat dah. aku beli sekepet je.

tu je la pon aktiviti hari minggu kami.


eh eh tetiba Amir ngan Tajul ni gaduh pulak dah... ok la

aku nak pi layan dorang ni...

adios.








Saturday, 29 December 2012

Bayar

pagi ni sampai la ke tengahari tadi hati aku ni, eh jantung kot aku rasa, asyik la berdebarrrr je rasa. berdebar yang tak best tu. macam kau rasa tak berapa lalu nak makan walhal kau adelah sangat lapar.

berdebar dia macamkan kau masa zaman skolah menengah dulu cikgu bagi kerja skolah suh siapkan kat rumah pastu esok cikgu nak cek tapi kau tak siapkan pastu waktu cikgu tu punya kelas kau rasa menggelabah biawak siap berdebar debar gitu. ececeh nampak nau penulis belog ini macam biasa je tak siapka kerja skolah kahkahkah...

tu dia panjang berjela gambaraan debaran tu.

alkisaknya cenggini.

pagi tadi aku masa aku nak mandi gi kerja, aku dapat satu mesej. mula tu aku ingatkan ofismate yang mesej aku, mungkin nak bagitau hari ni MC ke EL ke hapa kan. aku bukak tengok rupanya mesej dari bibik yati berbunyi kata aku belum bayar yuran daycare Amir untuk bulan 11. bulan sebelas hokey. aku terkejuit la pepagi dapat mesej cenggitu. sebabnya aku dah bayor! tapi masalahnya aku takdak bukti kata aku memang dah bayar. sebab aku ni jenis kalau resit2 tu ada la seminggu dua aku simpan, simpan pulak main letak je kat mana2 yang terdekat dengan aku masa tu. kalau aku depan tv, aku selit je la atas tv. kalau aku lam bilik, mungkin aku campak aje dalam lemari solek tu. dan selalu jugak la aku tak dapat resit bayaran tu. dan aku ni idok le risau mana. yee... tak risau la sebab belom terkena, dah kena nih padan ngan muka aku.

aku ada buat file, konon nak simpan la resit2 apa2 kan. tapi sebab aku ni jenis balik rumah dah penat layan anak, mana nak masak lagi, pastu nak cuci  pinggan mangkuk hayun kuali bagai maka bila dah kenyang makan, dah setel lipat kain baju anak masuk lam beg untuk ke taska esoknya, bla bla bla ... maka aku dah kepenatan lalu biasanya lepak depan tv. tu je la time rehat aku sebelum tidur. file2 tu sumer hanya aku sentuh bila sawan rajin aku mari je. kalau tak, berabuk la ngko kat situ.

so, anda paham kan aku ni cemana?

ok. berbalik kisah daycare Amir ni.
yang aku ingat, aku memanggggg dah bayor. sebabnya, masa aku pegi ke skolah agama tu sebab nak bayor yuran SAR untuk bulan november2012, dan daycare Amir hanyalah sebelah SAR tu aje. aku ingat lagi. aku pergi nak bayar yuran SAR tu, kerani situ ada cakap ngan aku 'yuran bulan 11 ni puan dah takyah bayar dah, sebab puan dah bayar pun masa puan bayar untuk bulan Januari dulu. dulu kami mintak yuran untuk dua bulan terus, ialah untuk Januari dan November...' lebih kurang gitu la... so sebab tu aku ingat. pastu kerani tu kata lagi, untuk yuran daycare, puan kena pegi bayar kat daycare tu sendiri, sebab sini dah tak uruskan lagi. maka lepas ucap terima kasih (eleh, tu pun nak bagitau jugak, hihihi) aku pun pegi la ke daycare dan bayar. tapi seriesly, aku memang tak ingat la bayar kat sapa, sebab bibik kat situ ramai, dan silih berganti. hadoi la. series sakit hatiiiiiii je rasa.

pastu aku call nombor yang mesej aku tu. katanya dia ialah bibik yati. so, aku jelaskan yang aku memangggg dah bayar. dan macam yang aku syak, dia mintak resit. dan aku memang takleh nak tunjuk resit tu sebab takdak!

pastu bibik yati kata, kat buku rekod dia konon aku belum bayar, dan aku mati2 kata aku dah bayar, dan dia tanya aku bayar kat sapa? aku takleh bagitau la sebab dah la aku tak ingat muka bibik yang terima duit aku tu, pastu pulak nama pon tak tanya. sengal sungguh diriku ini aku rasa. ni kes macam ni kalau masuk mahkamah pon sah sah kalah ni.

jadi, sebabkan hal ni la aku asyik je murung seharian. kes cenggini buatkan aku yang yakin giler aku dah bayar, bila bibik tu tanya2 gitu buatkan aku rasa, eh, ke memang betul aku tak bayar eh..? aku pun dah jadi konfius dengan keyakinan aku tadi. korang pernah tak mengalami situasi yang lebih kurang macam ni? yang mana mula tu kau yakin, sangat yakin, tapi sebab takde proof, maka kau jadi macam keyakinan tu sedikit tergugat, dan dalam masa yang sama rasa bengang. series bengang.

dulukan, daycare ni adelah dimiliki oleh pengetua SAR tu. eh, pengetua ke atau guru besar ke atau cikgu yang mengajar kat SAR tu aku tak pasti sangat (sebab takde proof heheheh) tapi yang aku tau, pemilik ni adelah kakitangan SAR tu. ok, mari anggap tu guru besar punya. (anggap je eh... supaya penceritaan lebih mudah difahami)

itu dulu la.
dulu, asal aku atau Ngah nak bayar yuran bulanan SAR dan juga yuran bulanan daycare, memang kami akan pergi ofis SAR tu dan buat bayaran. Yuran SAR = RM35.00/bulan, dan yuran daycare = RM80.00/bulan. so, aku selalunya akan bayar RM115.00 terus kat ofis SAR tu. kerani situ akan bukak resit, dan akan tulis nombor resit bayaran tu kat satu kad kecil. kad tu memang setiap murid SAR yang menetap di daycare tu akan dapat sorang satu. setiap hujung bulan, murid akan wat balik kad tu kasi kat makpak memasing. jadi, bila time nakbayar, aku hulur sekali kad tu dan kerani akan update bayar untuk bulan  berapa dan nombor resit. begitu.

pernah terjadi. satu hari tu bibik (bibik lain pulak, tapi kebetulan namanya juga yati, so panggil bibik yati jugak). bulan 4 ngan bulan 5 kot dia kata aku belom bayar. aku dah macam panik la kan. sebab aku dah bayar. masa yang dia komplen tu mungkin dalam bulan 7 la kot. aku cakap la aku dah bayar, dia kata kat rekod sini (rujuk kepada daycare) takde bayaran masuk. aku pon heran la. aku cakap aku bayar kat SAR. jadi sila la korang update sesama korang. ni tak, dia boleh cakap aku belom bayar lagi. hoi menaip ni pon buatkan aku berdebar debar je nak marah. bayar kat ofis SAR patutnya nanti kau pegi tele-kan tengok data kat sana pastu kau update la puas2. ni tak, asal nampak lompang2 je terus buat kesimpulan tak bayar.

beberapa bulan lepas tu, aku diberitahu oleh bibik yati, kalau nak bayar, bayar je kat daycare, pasni takyah pegi SAR tu dah. haaa, lagi la senang kan? asal aku nak jemput Amir je, boleh la aku bayar terus. atau kalau Ngah hantar Amir pepagi pon boleh buat bayaran. tapi masalah lain pulak muncul. kau bayar hari ni, belum tentu resit kau dapat hari ni. kira sistem bayaran pon macam takde sistem. sapa bibik yang ada masa aku nak bayar tu, haa, aku main kasi je. takde la kata kalau nak bayar, hanya boleh buat bayaran kat bibik A dan bibik B aje contohnya.

pernah jugak aku bayar pastu mintak resit. contoh bayar kat bibik X. bibik X  kata dia esok dia kasi resit kat anak aku Amir. dan aku cuma boleh kata ok je la. habis tu dah dia kata dia takde buku resit. takkan aku nak ambik balik duit kat tangan dia kan. aku ni tak kejam, kira ikut budi bicara la. so aku balik rumah. esok nya tak pulak aku ngecek resit tu ada tak kat dalam beg Amir. ye, memang salah aku kat sini. sebab aku tak sangka langsung akan terkena. resit ni kadang ada, kadang takde. resit yang aku dapat on the spot tu pun aku liat nak simpan elok2, ni kan pulak yang aku pon tak pasti pernah dapat ke idok. ehhhh,,,, kome paham ke aku membebel nih weiiii?

ok la ok la...

kalau dah terpaksa bayar lagi, memang la aku kena bayar. tapi kali ni tak berapa ikhlas la kot...

padan ngan muka haku...

 *********************************************************************
ok. yang aku taip kat bahagian bawah ni pulak adelah sambungan. yang kat atas tu adelah ditaip pada hari Jumaat yang masa hati aku benar2 tak tentu hala punya berdebar yang tak best..

tapi sambungan dia ni aku taip pada sabtu malam. skrg ni jam kat rumah aku pukul 10.45pm.

tadi masa aku ambik Amir kat daycare, aku jumpa jap ngan bibik yati sebab aku nakkan kepastian. adekah aku patut bayar lagi sekali yuran lapanploh hengget tu untuk bulan 11. tapi walaupon aku memang kena bayar lagi sekali, aku dah nekad nak jumpa dulu dengan guru besar pemilik daycare tu nak komplen secara lite-lite gitu. konon la.

tapi rupanya tak sangka sunguuh aku yang bibik yati kata aku tak payah bayar pon. kata bibik yati, dia dah terangkan kat guru besar yang itu mungkin salah pihak dia (pihak bibik, tapi yang salah tu bukan bibik yati la, bibik lain) kerana mungkin tak update dan tak kuarkan resit bayaran kat aku. so aku bersyukur sangat. wei lapanploh hengget tu boleh buat joli ngan anak2 weiii...

aku pun lepas ni kena beringat la.. kalau dah bayor, pastikan resit simpan. pastu simpan dalam file biar sistematik skit.

tapi tu la kan. nak berubah secara drastik ni cam payah je pulak...
haishhh...







Monday, 24 December 2012

Amir dah balik KL setelah hampir sebulan kat kampung

ye.


Amir dah ada di KL sekarang ni. tapi malam ni dia tido rumah Suzi.

Amir balik sini ngan Bayah. oyye, Amir panggil kak yah aku sebagai Bayah. asalnya aku ajar Amir panggil Mok Yah (Mok Yah is versi Kelantan. orang KL panggil Mak Yah). Ade D pulak aku ajar dia panggil Ayah D. tapi memandangkan Amir masa baru2 nak belajar cakap, dia belum reti panggil Mok Yah, lalu tertaksengaja memanggil kakak aku sebagai Bayah dan kakak aku adelah suka dengan panggilan Bayah, maka sampai ke sudah kakak aku sendiri bahasakan diri dia Bayah. kat Tajul pon sekarang ni dia bahasakan diri Bayah. eh macam sweet pulak panggil Bayah.

Amir taknak balik KL oh dia. siap cakap ngan aku kat tepon hari tu dia nak skolah kat kampung. dia nak tinggal ngan Bayah. amboi amboi amboi... nampak nau layanan Bayah adelah tiptop. kalah ibu kandung ngko nih. memang kalah la kalau nak banding kan haku ngan Bayah tu nak ooiii...

T_____________T

Amir ngan Bayah naik bas pagi tadi, petang (bukan petang la, dah malam pun sebenarnya) sampai Shah Alam. Menantu Bayah jemput. pastu terus balik rumah Suzi. Amir siap pesan kat aku awal2 jangan ambik dia dulu, dia nak tido rumah Suzi 2 hari, nak main ngan Isha (cucu sulung Bayah). lepas 2 hari baru aku boleh ambik Amir wat balik. hoi aku rindu nih weiiii...

tapi takpe. aku ingat esok aku nak pergi rumah Suzi la. esok kan cuti Krismas. jadi aku nak gi lepak rumah Suzi. takpe, Amir takyah ikut aku balik rumah pun takpe, asalkan aku dapat tengok dia, maklum la dah hampir sebulan berjauhan.

aku harap pengalaman cuti skolah Amir tahun ni sangat memberi makna dan ingatan manis kat dia. jadi bila dia besar nanti dia akan ada pengalaman kanak2 yang indah untuk dia kenang dalam hidup.

dapat main korek2 pasir. pastu masukkan pasir dalam tempurung pastu telangkupkan konon2 buat kek. kat depan rumah aku di KL ni agak2 celah mana la ko boleh korek pasir?... nan ado. kalau ada sikit ruang pon macam tak gamak aku nak kasi izin, buatnya baru nak korek kau dah terpegang taik kucing liar. haish... takyah le

pastu main lumba lari dari atas bukit (rumah aku kan atas bukit) turun kebawah (rumah kawan2 dia kat bawah)

main tangkap ikan kat tepi kolam. kat laman rumah sepupu aku je pon. kawan2 Amir adelah anak kepada sepupu aku jugak bukan orang lain. sepupu aku ramai. dah la ramai, anak sorang2 pulak tu kemain ramai. macam Abe Isa aku, anak dia 5 orang kot. pastu sumer laki. baya2 Amir la jugak. lagi Nnah (adik kepada Abe Isa) pun ramai anak dia. nam orang kot kalau tak silap haku. pastu adik kepada Nnah, Kak Emun, tu pun ramai gak anak. kalau tak silap haku lapan orang (mau tak tersilap, dulu masa aku kat Uni, asal aku balik cuti je, dia ada anak baru. pastu tahun depannya bila aku balik cuti lagi dia ada anak baru lagi. produktif sungguh.) ha, rumah Kak Emun la yang ada kolam ikan.

sekarang ni musim hujan. jadi Amir pun merasa la mandi hujan. tu pun minggu2 terakhir je hujan turun. sempat la merasa macam aku zaman kecik2 dulu kuat mandi hujan. seronok oh lari ramai2 pastu tadah kepala kat bawah bucu2 atap zink yang air dia terjun mencurah curah. kak yah mula tu telepon aku tanya boleh ke Amir mandi hujan. aku cakap mandi je la. aku takde hal. lain la kalau tanya Ngah, dia tu manjang takboleh. takut demam la hape la... eh, kalau sekarang kau taknak kasi dia mandi hujan, bila lagi dia nak merasa? nak tunggu dia besar dulu baru nak kasi? dah besar nanti takde de dia  hingin.

petang2 main bola sepak ramai2. Amir cakap dia jadi Khairul Fahmi Che Mat. aku tanya la Amir pandai jaga gol ke? oh takkkk. Amir sepak bola masuk gol la. Aik?? bukan  KFCM tu kena jaga gol ke? tak lah kata dia. Amir jadi KFCM je... tapi bukan Amir jaga gol. kawan Amir yang jaga gol... oh, ye ke nak? hurmm... apa2 je la, janji ko hepi..

hari tu masa nak balik kampung siap dia angkut scooter konon nak main kat kampung la. konon la sangat. padahal orang kampung tak kosser nak beli2 scooter bagai. bukan tak mampu beli. tapi takdak pekdah pon sebenarnya. banyak lagi permainan kreatif lagi menarik dorang layan. orang kampung aku kaya oh dorang. almaklum harga getah tinggi sekarang banding dengan zaman aku kecik2 dulu jauh panggang dari api la. pulak tu memasing ada kebun getah sendiri. jadi takat 2, 3 ribu sebulan buat masa ni adelah biasa bagi dorang. takat nak beli scooter tu celah kuku je la. haku yang dok KL ni konon kerja takat  boleh la (boleh blah baru betul) aje ni nak beli scooter hadiah hari jadi anak tu pun siap catu kos makan tengahari kahkahkah. ngko mampu?

eh, dah la...

dah patbelas kali dah aku asik menguap je.. patut la... dah pukul 11 lebih dah...

senyap sunyi je. tinggal tv je bising. penontonnya dah masuk bilik tido. Ngah dah dukung Ammar masuk bilik. heheheh malam ni merasa la Ammar dengar abah dia pulak buat konsert solo to solo. lagu hape ntah abah dia nyanyi malam ni. nasib ko la labu...

Tajul pon kejap kat bilik, kejap kuar bilik pastu tak sampai 2 minit dia ulang masuk bilik lagi. pastu kuar balik. pintu tu dah krok krek krok krek bukak katup bukak katup habis tu cemana la Ammar nak tido nak oiii...  lagi ditegur lagi dia ulang.. ni rasa nak bagi penyekeh sebijik dua nih.

haishh...
*menguap*

gudnite..





Singapura bawa pulang piala AFF Suzuki 2012

tahniah untuk pasukan Singapura kerana berjaya mengalahkan pasukan Thailand secara aggregate 3 - 2 dalam perlawanan bola sepak piala Suzuki AFF tahun 2012. walaupun Thailand berjaya merapatkan jurang dengan satu gol terhasil pada perlawanan timbal balik yang berlangsung di Thailand pada sabtu lepas namun Singapura ternyata kukuh di bahagian pertahanan bagi menghalang kemaraan Thailand yang begitu agresif mencari gol.

ececeh... ada gaya penulisan ala ala wartawan surat kabar ruangan sukan tak aku? hehehehe...

ok ok...
walaupun dah basi pun cerita pasal Singapura menang bola sepak ni,aku tak kisah. belog aku kan? hihihih...

ingatkan nak up masa habis tengok lawan bola tu, tapi macam tak berapa nak rajin je. (padahal memang selalu pon kau tak rajin kan? hahaha)

aku ni ada penyakit malas nak usik lappy kat rumah lebih2 lagi kalau anak2 masih belum tido. pepaham je la. bebudak ni pantang aku bukak lappy je belom pon on button lagi dorang dah cop nak tengok upin ipin la, nak main game angry bird la haishhhh... sudahnya baik la aku padamkan aje niat nak update belog. macam sekarang ni kan, Tajul ngan Ammar belom tido lagi, ni asik la melilit je kat kaki aku, aku buat dekkkk je la. sib baik abah dorang ada ni, jadi takde la aku je jadi tumpuan.

sambil aku taip ni sambil aku dok senyum sensorang, sebab sambil layan citer Awal Lagi kat tv9. tetamu malam ni adelah pelawak Nabil ngan Zizan. minat la kat ngko Zizan! kau tu takyah buat lawak, tengok muka ko pun aku dah terasa nak gelak dah. sama gak kalau aku tengok Ebby Yus, belom dia buat lawak aku dah nak gelak je.

eh, apa la aku membebel ni aku pun tak tau.
tau tau dah berjela aku  taip. nak delete sayang le pulak.

asalnya nak up entry Singapura menang bola sepak je. hurmm biasa la aku ni, entry umpama rojak.

ok la.

babai..

 

Wednesday, 19 December 2012

Syabbassss Singapura !!

mula2 sekali aku nak ucapkan tahniah kat pasukan bola sepak Singapura yang dah jadi juara mengalahkan Thailand 3-1..eh belom jadi juara lagi.. nanti ada lawan timbal balik kat negara Thai pulak lepaih ni... harap2 la Singapura dapat menang sampai ke akhir...

meleret-leret aku senyum. senyum kepuasan. puas hati beb sebab aku sokong Singapura. pastu elokkkk lak tu menang... hahahha...

tapi yang terpaling aku happy sebab aku kan agak bengang masa Malaysia kena asak teruk dek Thailand tempoh hari. hoi  tak puas hati tol.  lebih2 lgi masa fadhli shas kena kad merah tu. oh, memang rasa nak sekeh2 je pengadil tu..

so bila Thai kalah 1 - 3 macam terbalas la dendaman haku nih... :p


lepas pada tu aku memang harappppppp sangat nak tengok Thailand kalah lawan ngan Singapura. tup tup betul kalah siott. maka mari menari oppa gangnam style... wuhuuuuu..!!

ok ok jangan lelebih... nanti kang marah pulak penyokong Thailand. 

eh, tapikan aku memang suka giler la tengok muka si Kawin penjaga gol Thai tu. tak tau la tang mana yang manisnya. series tertarik. betul ni tk tipu... cara dia terpekik pekik marah kat bahagian pertahanan Thai tu ingatkan aku kat otai Oliver Kahn. tu pun aku minat gak. tapi minat atas dasar housemate aku masa kat UPM dulu minat pastu aku tak pasal2 terpengaruh minat sama. kahkahkah. ntah hape hape kan?

mula tu aku heran apsal la minah ni minat si Oliver ni. pastu aku layan bola yang Oliver main. haaa, sekali terpana ngkoooo... oh, tu je la pon pemain bola antarabangsa yang aku kenal. yang lain mintak mahap lah.. aku tak follow bola sepak antarabangsa. baik jangan start, kang nanti appa pun tak bleyy...
oyye, David Beckham aku tau la. ni kalau tak kenal baik ngaku buta huruf je. tak pun buta terus.. kahkahkah...

ok dah itu je... babai



 gambar ni aku jumpa kat fb. kreatif sungguh penyokong Msia (kot) kan? hilang stress walaupun Msia kalah, bila tengok katun ni.. tapi tu la, sian je kat Fadhli Shas.

peringatan :
ini belog aku. jadi aku anggap je macam diari maya aku. so, kalau aku tulis aku sokong Singapura pastu kutuk sikit2 pasukan Thai korang takyah la maki aku sangat. ni kira macam satu ruang untuk AKU lampiaskan apa rasa or terbuku dalam hari aku. gitu.

babai kali kedua....

Saturday, 15 December 2012

peti ais

hari khamis lepas adik bongsu Ngah datang rumah. anak2 aku panggil ayahsu.

ayahsu baru habis exam. bulan Januari nanti dia kena praktikal pulak

petang semalam aku balik ofis terus lari jap ke Giant. aku beli roti burger ngan daging burger sejuk beku tu, eh tapi aku tak beli yang daging tu, aku beli yang ikan punya. yang daging ada lagi 2 keping. jadi tu takyah beli dulu. mari berjimat. jenama apa ntah. jenama yg tak popular lah. kalau yang popular tu bagi aku adelah jenama Ramly ke camtu. tapi jenama Ramly takde pulak ikan. ada cuma daging ngan ayam je. ke dah habis masa aku nak beli tu tak tau la pulak kan. so, aku ambik jenama tak tau janji murah. hehehehe...

pastu terus ambik Ammar ngan Tajul kat taska. pastu balik rumah.

lepak2 jap layan Ammar. pastu start nak masak.

aku ke dapur. konon nak masak burger la ni. nampak la kat tong sampah ada plastik mee maggi jenama mee sedap tu. ohh, mungkin ayahsu breakfast ngan megi kot. pastu aku tanya ayahsu tak makan nasi ke hari ni. sekali takkkk. hadussss... kesiannya dia seharian tak makan nasi. selalunya dia keluar ke food court time tengahari cari nasi. motor pun ada jadi takde la ko penat jalan kaki kan. ah, mungkin dia malas nak kuar kot.

jadi aku tak jadi nak buat burger sebagai juadah makan malam kami. aku masak nasi. goreng ayam. sib baik ada lagi ayam ngam2 untuk kami malam tadi. 6 ketul. pastu ada la seketul daging sebesar penumbuk aku goreng ngan sayur. sayur la sangat. carrot + cili hijau besar (aku buang biji2 cili pastu potong 2, belah 4). itu je lah. sebab dalam peti ais itu je yang ada.

pastu ada balance kari ayam (kuah je la, ayam ada seketul aje) yang 2 hari lepas elokkkk lagi dalam peti tu. maka aku panaskan. so itu aje la menu makan malam kami. hihihihi... boleh la.

petang ni ingat nak beli barang dapur sikit la. kat rumah aku sekarang ni, kategori lauk yang ada cuma lah telur saja. beli sepapan kat pasar tani hari khamis lepas. banyak lagi. lain-lain? ikan bilis dah habis. nak kena top up tu. sardin pun takde. pun kena beli jugak tu. ayam pun kena beli. sekor cukup la. ikan tak payah beli. sebab ikan kalau beli pastu simpan 2,3 hari dalam peti ais aku tak berapa gemar. aku kalau nak masak menu ikan baru aku beli. begitu.

lagipun peti ais rumah aku kecik aje. yang satu pintu tu je. ruang untuk simpan makanan sejuk beku adelah sempit. kat situ la aku sumbat ayam, kat situ jugaklah aku simpan daging burger, kentang goreng (yg belum goreng la), lagi hotdog, pastu ais ketul kadang2, nuget, tau tau dah tak muat. :(

peti ais tu percuma. hadiah kawin. company Ngah bagi. *motif bagitau? huhuhuh*

sekarang ni bila anak dah ramai, barang dalam peti pun bertambah. eh, ada kena mengena ke anak ramai ngan peti ais kecik weii? :p

oh, bagi aku ada. dulu masa aku belum ada anak, pastu dah ada Amir, aku takde la beli hotdog, daging burger, nuget barang2 segera tu secara kerap. kalau beli pun selalunya kentang tu aje. sebab Amir suka makan. aku masa dulu2 pun amat la jarang goreng nuget. aku lebih rajin buat cekodok ikan bilis campur bawang untuk sarapan. masa dulu takpe la anak cuma sorang boleh handle lagi kejap layan anak kejap lari kedapur balik2 kan cekodok. sekarang dah tak mampu aku nak lari kedepan lari kedapur dah. aku kedapur Ammar ikut. angkat Ammar kedepan pastu lari ke dapur. alih2 eh eh dia dah ada kat kaki aku balik. tu belum bab Tajul lagi. kejap2 nangis. kejap2 bertempik. ntah hapa hapa la bebudak ni...
T____________T

anak 3 orang, ragam dia pun 3 jugak. Amir is hantu nasi. dia kalau tak makan nasi malam tu mesti mood ibarat mintak penampar. hahahahah...

yang Tajul pulak selalunya la, dia tak berapa nak nasi sangat. dia selalu suka hotdog, nuget, kentang goreng gitu. tak pun roti. laju la dia kalau roti tu sapu ngan mayonis.

Ammar belum ada ragam lagi. dia masih makan bubur yang aku masak tetiap pagi.

sekarang ni Amir ada kat kampung lagi. jadi sementara Amir kat kampung, aku pun jadi tak berapa rajin masak nasi untuk makan malam.

jadi tu pasal la lam peti aku sekarang ayam daging tu sumer tadak. hahahhah...
tapi kalau yang mengarut-mengarut macam hotdog daging burger tu ada.



terasa jugak nak tukar ke peti ais besar sikit, tapi macam tak tau nak buat apa kat peti ais sekarang ni. nak hantar kampung, macam leceh nak cari lori hantar ke kelantan nun disana. tak berbaloi. nak jual, ada ke yang sudi beli? hihihihi... nak kasi percuma kat sapa2 pulak, rasa cam kedekuttttt je... hahahahah...
sudahnya kita tunggu ia rosak, baru beli baru... T_________________T


sekian kisah peti ais shaye...










kau kunci cintaku dalam peti ais... eh. :p











Thursday, 13 December 2012

Malaysia kalah tapi takpe lek lek...

hai korang...

ada tengok lawan bola sepak tak tadi? ada tak? ada tak?...
Malaysia lawan Thailand.

Malaysia kalah uosll...
 0 - 2 ...

sedih campur sakit hati haku nih...
tu yang nak tido tak dapek tu... padahal ngantuk.
asek2 teringat - ingat je kat perlawanan tadi...

aku adelah minat bola sepak.
lagiiiii aku minat kalau kelantan main...
tapi aku bukan la kenegerian sangat sampai pasukan lain main aku tak layan.
asal aku rasa enjoy je aku layan...
dan aku adelah penyokong kuat pasukan Malaysia jugak...

so tadi aku balik je kerja cecepat buat kerja rumah macam pack kan baju anak untuk hantar taska esok, masak, makan, bla bla bla sebab pukul 8.00malam je aku mesti tercongok dah depan tv.
bola punya pasal.
tapi.... sobs sobs sobs..

kalah uoll... tu pasal aku sedih..
yang sakit hati tu pulak..
sebab aku rasa pengadil tu tak adil!
hoi pengadil! kau tak siasat dulu ke sapa salah sebelum kasi kad merah kat *apa nama eh pemain Msia yg kena buang padang tu?*pemain Msia  ha?
 pemain Thailand tu pulak hampir sumer la.. main macam monyet je... sumpah menyakitkan hati... haa... kan tak pasal2 aku dah menyumpah seranah... ahh, pedulik! aku tengah marah nih!

nakkkk je aku tendang sekor2... hahahahah poyo giler ayat aku... ahh pedulik!

dah la layanan tak memuaskan kat pemain Msia yang pegi tempat dorang... sajerrrrr je nak main perang saiko...

takpe takpe....

ko menang tapi aku tak kagum langsung. (ececeh tetiba) ahh pedulik...

dan untuk pemain Msia.. tahniah untuk anda.
ye, walaupun tak menang, tapi anda sumer kalah dengan cara yg tak memalukan... ececeh lagi...

takpe la.

adat la tu permainan. pemenang hanya satu je.
pastu mesti ada pengkalah... (eh, ada ke imbuhan ni, ahh pedulik!)

lek lek..
pasni Thailand lawan Singapore pulak.
so mari balas dendam kesumat... kita pakat sokong Singapore ramai2.. hahahhaah...

ok sekian luahan peminat bola sepak Msia yang nampaknya tak dapat terima hakikat kita sudah kalah!!

T_________________T

babai

nak tido..

eh, rupanya bila aku taip kat belog pasal sakit hati ke sedih ke kan, terus rasa released...
kira bagus jugak ada belog ni wei...
boleh jadi medium untuk menenangkan pikiran gak.

eh dah la aku ngantuk nak tido

bye!

Thursday, 6 December 2012

Amir di kampung

curik masa ofis skett... heheheh padahal memang selalu buat pom hahahah...

takde la...
aku baru habis mengecek report nih.. nak muntah rasa perati petak2 excel tu... naik juling bijik mata weiii.. dah la dari hari senin tu hari lagi. baru habis jappp je sakni. mana tak baru habisnya, dah aku syok2 buat keje, tetiba ada interupt dari site manager. mintak scaffolding summary pulak dah. satu hal aku kena tutup file nih bukak pulak file lain. haishhh... kang aku cabut kanggggg....haaaa  (hek elleh, ugut kununnn... sila la cabut, nanti 10 datang nak isi tempat kau tauuu.... huhuhuh...) ...ye la ye la
*tunduk muka insaf campur malu*

mek dah balik kelantan dah. Amir pun balik kampung ikut mek. pagi Ahad 2/12/2012 hari tu balik. duk umah aku sehari je pon. sebenarnya mek datang kl pon tujuan memang untuk jemput Amir bilik kampung. aku nak hantar sendiri payah la sikit. ada anak kecik ni pepaham la. pastu balik kelantan bukan boleh balik hari. mesti kena at least sehari tido kampung.  penat weiii walaupun bukan aku yang kena drive. dukkk je dalam bas pun penat. tak caya? tak caya sudahh...

aku macam tak caya je Amir nakkk dia balik kampung. sebab Amir ni jenis takleh tido kalau takde makpak disisi. dulu masa aku pantang rumah mek, masa tu Ngah hantar balik kampung, tido semalam sebelum bertolak ke kl semula. malam yang takde abah dia, meleleh2 air mata dia nangis masa nak tido. rindu kat abah katanya. tak pasal2 aku pun jadi sedih sama pastu nangis sama. tapi aku kaver laaa... takkan nak sama naik ngan anak kot. kahkahkah...

jadi tu passal la aku macam eh, biar betul Amir nak balik ikut mek. siasat punya siasat, rupanya Amir kata kawan dia kat daycare nak balik kampung. kawan dia cerita tak sabar nak balik kampung. tak tau la aku cerita kawan dia tu hebat campur teruja sangat kot sampai Amir pon macam tak boleh jadi nih, aku mesti balik kampung aku gak. aku pun ada kampung weii... haaa, lebih kurang camtu la kot. aku agak je la. dah tu balik rumah dari daycare hari tu tetiba je cakap, ummi, Amir nak balik kampung mek hari sabtu ni. kawan Amir pon balik kampung hari sabtu jugak. haaaaa ngkau.. tetiba jer

sebelum2 ni pun yakni hari2 terakhir sekolah, aku ada gak la gurau2 suh  Amir duk kampung sepanjang cuti sekolah. tapi masa tu dia tak nak. keras kejung taknak weh. dah dia taknak, aku pun diam je la. pastu tetiba nak pulak. maka aku on je la. dan2 tu call mek mintak datang ambik cucu dia. mek apalagi.. gumbira bukan kepalang...

masa petang ahad tu, kak yah jemput mek & Amir kat hentian bas Machang. pukul 6pm lebih baru sampai. malam pertama tido rumah kak yah. sebab dah gelap masa sampai rumah tu. kak yah pun dah masak sesiap, jadi mek tak payah la balik rumah tu terkocoh2 nak masak la apa untuk cucu. bukan aku tak tau mek tu, lewat cemana pun still nak masak2 bagai. kalau aku la, harus beli nasi bungkus je. orang tua uolss.. pepaham je la tebiat dia cemana...

so, sekarang ni dah masuk hari ke 4 Amir ada kat kelantan.

dari hari pertama yakni Isnin tu, sampai la sekarang masa aku duk taip entry ni, Amir sangat la bahagia kat kampung. mau tak bahagia. kak yah ngan Abe D layan dia macam anak bongsu! eh, bukan anak bongsu, tapi macam cucu kesayangan uolss! very tip top! mau tak tip top. kak yah mana ada anak kecik dah. yang bongsu si Murni pun dah umur 20 tahun. belajar kat T'ganu sekarang ni. ada pon hari minggu je. tu pun kadang2. jadi kak yah ngan Abe D je la kat rumah tu. bila ada Amir suka la dorang.

kata kak yah, Amir taknak tido rumah mek. mungkin sebab mek duk sensorang kot, jadi Amir boring sikit. mek pulak dia ada masalah peti suara. suara dia jadi perlahan. suara serak2 jenis yang teruk tu. ni bukan aku cakap, ni doktor yang  diagnosed kata mek mengalami masalah peti suara rosak. (eh, peti suara kat mana eh? hehehe..) lama dah mek suara perlahan nih. ada kot dalam 2 tahun. jadi mek kalau sembang ngan Amir memang selalu je la mengundang tanda soal. hahahahaha....

tapi takpe. rumah mek ngan rumah kak yah dekat je. rumah mek depan, rumah kak yah belakang. jadi mek ok ok je. tak kecik hati pun. aku pun takde hal, janji Amir sonok duk kampung.
ye la. aku kesian kat Amir. selalu je kena marah kalau kat rumah. aku la tu yang amarah tak tentu pasal. Amir buat adik memang kena sedas, adik buat Amir pastu adik nangis (ok sila heran napa adik yang nangis) ponnnnn Amir yang kena sedas. kadang2 berdas-das. mak tiri pun seram kalau tengok aku 'mengajar' anak. kahkahkah... ok tak klakar.

tapikan, marah-marah aku, geram-geram aku kat anak, dia tetap la permata hati aku. dah mananya ibu ngan anak kan? waktu tengah marah, harus la setan dok bakar2 suh aku amukan. dah amuk tu nyesal. pastu malam tu nangis sensorang marahkan diri sendiri. selalunya gitu la. pastu masa Amir tido, aku selak tengok betis dia ada birat2 tak. pastu sapu ubat. usap2 rambut dia. oh, baik aku stop sebelum air mata jatuh...

sian anak2 aku dapat ibu garang. hahahha... eh, tapi mek aku dulu garang apa. sumpah garang. aku ingat lagi masa aku kecik2. balik skolah tu makan2 dengan tak mandinya terus lari ke rumah kawan nak main. rumah kawan tu hanyalah sebelah rumah aku je. tengah ralit main, tetiba mek datang dengan setimba air jirus aku kat situ jugak. malu mokcik uolss... kena gelak ngan kekawan lain. padan dengan mukaku. panggil tak menyahut. suruh mandi buat tak dengar. hambikkkk... tu nak bagi contoh mek aku garang. tapi garang2 dia aku tak pernah pun rasa diri adelah kesian. malah aku bersyukur je sebab mek adelah mek. jadi aku yakin *sambil urut-urut dagu* yang anak2 aku pun rasa best je aku adelah ummi dorang. huhuhuh...padahall...

eh, lari tajuk dah ni.
sebenarnya aku nak citer pasal perkembangan Amir kat kampung. tapi dah bercampur aduk dah.

takpe la. lain kali la citer. tu pun kalau datang seru la. heheheh....

nak sambung keje.

bye

p/s : ummi rindu Amir!

















Saturday, 1 December 2012

Mek datang KL

semalam.

mek datang kl. naik bas pagi. tiket pukul 10pagi kot. tapi kata mek pukul 11pagi lebih2 baru bas datang. bas transnasional. naik kat Machang turun kat Shah Alam.

aku mintak time off ngan boss nak balik jam 4.30pm nak ambik mek kat stesen Shah Alam. sib baik mood boss baik pagi tu, terus cakap ok. tak tanya lelebih..

aku ni buta jalan weii... apa, ingat jemah tu aje ke buta jalan? huhuhuhu... aku brutal2 pun kalau bab bawak keter sendiri boleh kecut pundi kencing tauu... pi kerja balik kerja ok la. dah la jalan kat Shah Alam tu kemain banyak roundabourd. kebarangkalian nak sesat adelah tinggi weii... huhuhuh...

mula tu suh Ngah ambik mek. ye la Ngah kan kerja kat Shah Alam. dia tu jalan situ dah hafal. tapi masalahnya Ngah ada company dinner pulak dah. mau tak mau aku yang kena buat sendiri.

maka aku pun pergi ofis Ngah, pastu suh Ngah eskot aku ke stesen bas. sib baik nak ke ofis ngah tu aku ingat jalan. tapi kauuuuu..... series aku seriau weii bawak keter sensorang. teramats panik bila ada banyak trailer2 besar kiri kanan macamkan nak terhimpit je aku rasa. ngan motor nya lagi. takut la nak jauh2 skit dari trailer terhimpit lak abang motor. kagum la aku ngan abang2 motor yang hari2 bawak motor cari rezeki. aku yang dok lam keter ni pun seram... ni kan pulak yang atas motor. (tetiba rasa kesian ngan laki aku, sebab dia pon golongan abang motor gak)

sampai kat ofis Ngah dengan selamat. pastu dia eskot ke stesen bas pulak. sampai stesen jam 5 lebih. tunggu kejap, pastu Ngah dah nak kena balik ofis sebab dia belum habis kerja lagi. sebelum dia tinggalkan aku sensorang, dia siap ajar aku cemana nak balik nanti. aku pulak lakar konon2 buat peta la kan. muga2 tak sesat... aku bukan reti guna GPS kat phone. harap phone je canggih, tuan kuno. kahkahkah...

tunggu la aku kat situ. jam 5 bawak ke jam 6. mek blom sampai lagi. aku try call mek tapi tak berangkat. agaknya tak dengar kot. takpe. mari layan mata.

tengok bas sampai. tapi bukan bas mek. tunggu lagi. masa aku sampai, banyak betul orang tunggu bas. memasing nak balik kampung kot. pastu lelama kembali lengang. tinggal beberapa kerat je.

jam 6 bawak ke jam 7. pun mek tak sampai lagi. pstu Ngah call tanya mek dah sampai ke belum. belum. Ngah dari ofis dah nak kena balik rumah dulu. pastu nak siap2 nak attend company dinner. aku cakap ok la balik la dulu.

tetiba teringat kat Tajul ngan Ammar kat taska. cecepat mesej kat pengasuh dia kata aku balik lambat. tu takpe. kat taska ni ok je. kau nak ambik kul 10 pun ok, hanya kena bayar OT je la.

tetiba mek call, cakap baru sampai gombak. aku macam... haaaa??? baru kat gombak? biar betul?? cemana ni wei? aku tak kisah sangat ambik anak lambat hari ni, tapi yang aku kisah ialah aku tak berapa konpiden bawak keter memalam weiii... dah la cuaca angin2 macam nak hujan je nih... mintak2 la tak hujan malam ni. aku kepanikan dah ni..

takpe takpe, kita bawak keter slow2.... mesti takde ape2... cewah nak sedapkan hati sendiri...

tunggu lagi. jam 7 bawak ke jam 8.
nak berakar dah bontot tunggu kat sini. dah tak larat dah rasanya. badan rasa melekit. belakang sakit. series sakit. picit2 skit kuar sendawa. oh angin rupanya. nak kata perut masuk angin, tak pulak berasa lapar. aku kalau rasa2 ada angin dalam badan, selalu aku akan buat adelah minum air panas, macam teh tarik ke, milo panas ke... gitu.

nak order teh tarik, macam tak best je. bukan air tu tak best, aku ni yang tak best. tak best sebab tempat duduk tu ramai orang. pastu kalau nak minum teh tarik, kena duduk kat kusi yang ada meja kan? meja pulak penuh ngan orang. kalau nak jugak, kena la kongsi meja ngan dorang. jadi baik tak payah. bukan aku sombong, tapi honestly rasa tak konpiden badan i is melekit lekit takut kang ada yg pitam nanti. hihihihi... so baiklah sedar diri, duk la dendiam kat kusi tepi jamban tu. satu lagi sebab, ialah i is dapat kusi yang ada span (nipis je span dia) kat kaunter teksi, jadi bila nak bangun dari situ takut pulak ada orang lain dapat duk situ maka aku terpaksa duk kusi batu lagiiiiii la kremm bontot i... hahahah selfish betul aku....

dan lagi satu, aku ni pesen, kalau minum air, sekejapan je mula la rasa nak terkencing. jamban kat sini pulak takde air. eh, bukan takde air langsung, air ada disediakan dalam tong drum. kalau kau pulas kepala paip, memang takkan kuar air pon. jadi kalau nak terkencing ke terberak ke, sila la guna timba angkut air dari drum tu sebelum memulakan operasi kat dalam jamban ye. jadi macam sedikit leceh dan ermmm macam geli sikit la.

sepanjang tunggu mek tu, aku ada masuk sekali. massa tu tak tau pulak paip tak kuar air. mana nak sangka kan, lantai basahhhh je. selalu kalau takde air, lantai mesti kering dan bau hancing kan. ni takkk. lantai basah, dan takde bau busuk hancing ke hapa. sikit2 ada la.... tipu la takde langsung kan. dah beroparasi tu kan, pulas kepala paip takde air.aku macam.... apa ni?? nasib baik dalam baldi ada air tak sampai suku penuh. mungkin orang terdahulu punya balance kot. tak pon orang maintenance yang isikan. nak tak nak terpaksa la guna air tu... aku ni kan, jarangggg sangat guna air dari baldi kat tandas awam. sebab aku selalu bayangkan orang cuci tangan main celop je kat dalam baldi tu, ataupun percikan2 air kencing tu termasuk dalam baldi ke, takpon dorang basuh tangan main tadahhh je tangan kat air paip pastu 'air tangan' tu jatuh dalam baldi. kan ke kotor air tu kau nak buat cuci 'tut' kau kan. namun disebabkan darurat, terpaksa la jugak.

penantian berakhir jam 8.30pm lebih kurang. huishhh... naik kematu bontot i uols.. bayangkan mek naik bas jam 11pagi. sampai Shah Alam pukul 8.30malam! T________________T

sampai taska ambik Tajul ngan Ammar jam 9.00malam. tengok2 Amir pun ada situ. rupanya Ngah balik kerja terus ambik Amir balik rumah. tapi sebabkan bas mek lambat, dan Ngah dah nak kena pergi dinner, terpaksa Amir ditumpangkan kat taska adiks dia pulak. kira je la alang oii bape kena bayo hujung bulan nanti... *sambil jeling kat Ngah*

so, pagi ni mek ada kat rumah aku. anak2 pun sumer masih tido pagi tadi. mek request suh tinggalkan je sumer budak2 lasak ni kat dia. aku agak risau sebenarnya, sebab aku pun fenin layan dorang, ni kan pulak mek yang kederat dah tak bape kuat tu. tapi, sebab mek nampak beria sangat, dan aku pun macam kesian budak2 dok nyenyak tido, maka aku tinggalkan je.

dah ajar mek cemana nak bancuh susu, kat mana aku letak bekas susu, kat mana botol susu, yang mana satu botol Tajul, mana satu botol Ammar (sebab Tajul dia takkan minum susu kalau bukan botol dia) dan macam2 lagi la. eh, alamak! aku lupa la nak standby pampes yang macam suar tu kat mek! omg! mek tak reti pakaikan pempes wehh.... adoiyai.... harap2 la Amir tunjuk kat mana aku simpan.

eh, tak sabarnya la nak balik...