ni gambar pada 20.10.2012. buat masa ni, asal suh senyum aje terus dia nganga luas luas. dah macam trademark je pulak. |
Ini adelah anak ke 2 saya.
Namanya Muhammad Tajuddin. kat rumah kami panggil Tajul aje. tak pon Joe. kat taska dorang panggil dia Tajuddin. penuh giteww.
20/10/2012 hari tu yakni tiga pat hari before raya haji, adelah birthday Tajul. yang ke 3. cakap masih telo-telo lagi. pucuk patah perkataan yg kuar dari mulut dia tu adalah dalam 80 persen yg aku paham. kira okey la tu kan?
Tajul ni manja orangnya. kuat nangis. drama king pon ye jugak. pantang abang dia marah sikit atau jentik sikit, dia punya nangis tu macamkan kena tumbuk pat belas kali. pastu selagi aku atau Ngah tak pergi jentik Amir atau at least marah Amir, selagi tu la dia meroyan. series drama. 'Mi, abang Amir wat Joe..' sambil nangis tagih simpati. selalunya aku 'ohh ye ke? takpe nanti umi pukul abang Amir ye?' begitu la selalunya kalau aku baik hati. kalau aku tak berapa nak baik hati time tu, maka aku terus je marah Amir. tak pun aku piat sedas dua. hahaha...
Amir ni pulak satu hal. dia suka la bebenor usik adik dia yg sorang nih. agaknya dia suka la dengar tangisan si Tajul ni. tensi mak hencik!
Gambar atas ni tengah nak potong rambut Tajul. almaklum rambut dah panjang. asal sikat rambut je mesti dia request nak nak suh buat rambut pacak macam otromen tu. kalau rambut dah panjang mana nya dia nak terpacak kan? pastu meroyan la di bila tengok rambut si abang cantik terpacak. rambut dia cantik terpeleot. maka haruslah pujuk dia potong rambut kalau nak jadi macam rambut otromen.
setakat ni belum pernah potong rambut kat kedai. dia taknakk. nangis2 dia bila nak letak atas kusi kat kedai potong rambut tu. jadi, mari la kita bukak kedai potong rambut kat rumah.
dua singgit dua singgit dua singgit!!
yangbawah ni pulak adelah anak saya yang ketiga. namanya Muhammad Ammaruddin. kami panggil dia Ammar. tak pon Adik aje. kekadang tu ebiyu (A.B U). ebiyu ni Tajul te-lo yang mula2 panggil. terus lekat. hahaha
Ammar genap dah setahun umur dia pada 21.10.2012 yakni sehari selepas harijadi Tajul.
ni masa 20.10.2012. tengah tunggu turn nak botakkan pale dia. gambar sebelum botak |
tengah ralit tengok Tajul dipotong rambut. |
Turn shaye pulak.. |
hati hati bah, jangan potong tinga saya tu.. |
Tadaaa.. |
jadiknya, Ammar adelah berkepala botak semasa dia genap setahun.
tahun ni kek harijadi adelah takdak.
sebabnya 24hb tu dah nak balik kelantan beraya haji. jadi kalau beli kek, mesti akan tak habis dan akan simpan dalam peti ais aje. dah kau nak balik kampung kenn, macam tak begitu sesuai nak simpan kek tu lama2 sensorang kat rumah. kebarangkalian berlaku pembaziran adelah tinggi. makenye tidak membeli kek adelah lebih afdal berbanding membelinya tetapi buang.
pastu kami pon berkira kira konon nak beli kek sambut birthday kat kampung aku aje. kenkonon nak buat hari raya haji kedua (sabtu). tapi tak jadi jugak. sebabnya ko bayangkan la. makanan adelah terrrlalu banyak untuk dimakan. ada nasi minyak, ada nasi himpit, ada satay, ada ketupat palas, ada tapai pulut (owh terbaik lah), pastu bahagian daging korban pulak, bahagian gearbox tu aku rebus buat sup. kak yah aku pulak masak daging kerutup. oh mavelesss.. jadi kalau ko beli kek aku yakin tak berapa nak laku sangat la. macam tak masukkk je. lagipon hari sabtu pekan machang banyak kedai tutup.
tapi takpa. aku sedang rancang sesuatu untuk dikenang bersama anak2.
aku ni sebenarnya bukan la taksub bebenor nak kena celebrate setiap kali birthday anak2.
tak pon sebenarnya. malah aku sendiri pon tak pernah pon makpak aku celebrate harijadi aku adik beradik sepanjang aku hidup ni, seingat aku la, kali pertama aku ada kek harijadi pon setelah kapel ngan Ngah je. dia yg belikan kek then bagi kat aku suh makan ngan kawan2 housemate. masa tu aku blom habis belajar. menyewa ngan kengkawan kat flat ikan di serdang. itu je la pon.
aku cuma ambik kesempatan di hari jadi anak2 untuk aku beli kek untuk dimakan anak beranak. itu aje. alang2 dah beli kek tu aku pacak la lilin, pastu nyanyi2 lagu besday, pastu anak aku potong kek tu. itu aje. apa salah kalau bagi anak2 happy kan?
begitu.