Saturday, 20 October 2012

main air di Tiara Beach Resort, PD

aku ni bukan la kaki melancong. almaklum ler duit pon cukup2 je. al ke-ciput-an giteww. T__________T
kawin pulak ngan orang yg sekufu, yakni sama2 tak berapa nak kayoooo... kahkahkah #ketawa dalam ke-sendu-an#

pastu asal ada coti panjang sikit je sebok nak bungkus kain baju balik kampung. raya puasa tu mesti la ada kat kampung punya, tak kisah la kampung aku ke kampung Ngah ke. tak pernah lagi la raya kat kl nih.

raya haji pon sama gak. mesti balik kampung wei.... rugi tau tak balik. nak nak pulak kalau turn balik kampung haku! meriah i cakap youuuuuuu...

pastu raya cina. coti panjang jugekk... eh balik la, kang tak balik bila lagi kan. pendek kata (eh, tetiba salahkan pendek, bukan kau yg kata kerrr) asal ada je cuti lebih dari 2hari je mesti kitorang laki bini sebuk meeting nak balik kampung. sanggup tu catu apa2 kos yg patut demi nak menjalar ke setiap pelosok Kelantan yang dirasakan 'mesti pergi'. ni kes catu punya pasal la ni dari dua tiga tahun lepas niat nak beli mesin jahit yg rega murah2 masih tinggal niat sajors. takpe la mesin jahit oiiiii... tahun depan je la aku jemput ngko yeeee. baik aku pasang niat untuk tahun depan pulak (sahaja aku simpan duit ni nak beli mesin jahit ...) niattttttttttttttttttttttttttt je manjang.

bukan apa. contoh kalau ada cuti raya cina kan. mula tu rasa taknak balik. rasa nak stay je kat kl. konon boleh la nak kemas2 rumah ke. nak jenjalan bawak anak2 ke mana2 ke.... contohnya nak bawak anak2 gi PD ke kan... apa apa lah... tapi bila time hampirrrrrrr je nak cuti ni, tang2 tu memasing macam eh, biar betul kita tak balik kampung nih. Ngah pon sama naik over dia.

pada kita gi PD, baik balik Pekan. boleh gi Teluk Cempedak. best hape...

tu diaaaaaa. tapi masuk akal la jugak. balik kampong tetap balik. samping tu boleh pegi pantai gak. jadi wat apa nak buang duit pi tempat lain semata2 nak main laut sedangkan kat kat tepi rumah ko pon dah ada pantai kan? tapi tu la, balik balik teluk cempedak balik balik teluk cempedak. sampaikan makcik jaga jamban kat teluk cempedak tu pon silap silap boleh cam muka ngko anak beranak. T_____________T

ni awal bulan 9 hari tu, ke tengah bulan eh?
ada sorang ofismate aku nih. Muzakkir nama dia. lelaki (motif siap cakap lelaki?) baru kawin masa cuti raya puasa bulan 8 hari tu. dia la punya plan nak gi PD. mungkin nak bawak bini jenjalan kot. pastu mungkin dia ajak member2 lelaki se-department la kot. pastu member2 yg lelaki pon tup tup sumer nak pergi bawak bini and anak2 jugak. oyye, department aku ramai lelaki. hanya 3 orang je pompuan (aku, Wani dan Jue. aku aje yg dah kawin)

pastu si Khairul pulak ajak aku join konvoi sekali. aku mula tu tak berapa berminat tapi bila aku tanya Ngah kat rumah malam tu, dan dan dia kata OK. so aku pun besoknya reply la kata OK aku join. bincang bulan 9. pegi nya bulan 10. tarikh dorang pilih ialah lepas dapat gaji kahkahkah. maka sebulat suara setuju pegi PD pada sabtu 6/10/2012 - 7/10/2012.

hari yang ditunggu pon kunjung jugekk.
urusan check-in out segala serah kat Arif si JKKK. aku cuma serah duit saje. aku ambik studio room. stay satu malam saja. check in jam 3pm (tapi aku sesat maka sampai jam 5pm gitu baru hegeh2 cari Arif nak mintak kunci bilik). check out jam 12tghari esoknya. kos penginapan RM228.00.

kata JKKK, kita nak konvoi. maksudnya pergi secara bersama. follow mem-follow antara satu sama lain. konon janji nak jumpa kat R&R Seremban. oyye. si JKKK ada siapkan satu aturcara program. pastu print and bagi kat setiap sorang yg join konvoi tu. pastu selang beberapa hari, diorang tukar sikit plan maka print lagi aturcara program baru, and bagi sorang satu jugak.

yang aku ni pulak, masa plan yg pertama tu dah bagi kat Ngah. pastu plan yg kedua nih aku tak berapa nak perasan yang tempat nak jumpa dah tukar dari R&R Seremban ke R&R Nilai le pulok.

janji nak jumpa adelah pukul 2.50pm. almaklum le memasing kerja lagi sabtu tu sampai kul 1.00pm

elok dah sampai kat R&R Seremban, baru aku perasan yg kami dah salah tempat. patutnya R&R Nilai. redho je la telinga kena bambu ngan Ngah.  stress mak hencik.

pastu JKKK call kata suruh jalan je la terus ke TBR kalau tau jalan. Ngah pon apa lagi. zasssss je takdak konvoi konvoi dah.

punya lah letih mencarik Tiara Beach Resort tu. ada simpang tiga kat traffic light tu kan, punya la banyak nama2 hotel la resort la tapi satuuuuuuuuuuuuuuuu pon takdek nama TBR nih. kami sebenarnya sampai awal (sepatutnya la) tapi dah sesat kenn. sebab tak sangka resort tu boleh jauh kedalam macamkan kawasan bukit dah. mati2 ingatkan di pesisiran pantai je resort dia.

mula2 tu rilek lagi. tapi lelama dah macam petang sangat dah ni weiiiii... rugi la anak2 takleh main air lama sikit.

henphone bukan takleh on GPS. boleh je. tapi tu la laki aku nih, puas aku suggest suh dia on GPS baru tak sesat. ni takkkkkkkkkkkkkkkk, nak jugak try n error.

bukan takleh benti tanya orang ke kan. tapi taknak diaaaaaa. nak jugak pandai2 sendiri.

sudahnya jam 5 baru nampak signboard TBR. tu pon aku dah sasau dah lam keter, tinggal blom meroyan je lagi, baru dia hegeh2 benti tanya orang kampung situ. eksyen je lebihhhhhhhhhh. piiiiiiiiiiiiiiiiiraaaaaah.

paling gumbira of koz la anak2 ku.

jom layan gambo.

Buffet sarapan pagi.


ni acara main air lepas sarapan pagi, sebelum nak check-out.








perut tong drum yg terserlah hhahaha... nak nak pulak makan secara buffet, harus la mak hencik cuba hampir sumer menu yg ada...


si kecik ni sebenarnya tengah cirit birit ni, sampaikan pampers yg aku bawak tu (aku consider banyak la untuk tempoh satu malam menginap kan) habis uolsss... maka lepas mandi ni terpaksa la Ngah lari jap ke kedai.







masa ni Ngah set kamera nak ambik gambar dia ngan anak2. aku lak tengah kemas2 beg kat tepi nak check-out jap agi, dan tak perasan pon kamera dah ready. tetiba Ngah sebut ready.. ready, 5.. 4... 3... aku pon tetiba gak lompat masuk nak joint sekali. tak perasan jeans tak pakai.hahahah fedulikkk...  tapi demi kerana agak payah nak bergambo cukup ahli kuarga maka aku tepek gambo ni kat belog, sajer nak abadikan kenangan... hehe




sekian

babai