masa tu aku tingkatan 1.
Bulan 7 tahun 1992.
aku bernasib baik sebab tak kena kat sekolah.
masa tu ntah cuti skolah kot. sebab yg aku ingat masa tu tak skolah. kena pagi.
masa tu aku tengah ada tengok tv kat rumah sepupu aku, sebelah rumah aku je la.
pastu tetiba aku rasa nak kencing.
aku pon gi la ke bilik air sepupu aku tu, konon nak kencing.
bilik air tu pulak memang takde lampu. so gelap samar2 je.
jadi aku pon tak de la perasan ada apa2 kat spender kan.
oyye, aku masa tu spender pon ada beberapa helai je. sebab aku ni banyak pakai suar dalam yg macam lelaki tu. suar pendek paras paha. alahh, kalau jaman aku kecik2 dulu ramai budak2 pakai.
sebabkan aku nih bangsa lasak jadi aku tak suka pakai spender yg betul2 spender tu.
berbalik pada cerita tadi, aku masa tu pakai suar dalam paras paha dan berkain batik (sebab mek aku dah mula bising kata nanti besar takdak pinggang la apa la blabla so hari tu kebetulan aku ayu berkain batik).
lepas kencing tu eh tetiba rasa nak kencing lagi. kebetulan citer yg aku tengok kat tv dah habis maka aku pun decide balik kencing kat rumah aje la.
terkemut kemut tahan kencing sampai rumah. pastu rasa suar dalam basah gitu. dah kencing tu tengok omg! darah!!!! darah ape nih weiiiii!!???
panik tahap cipan nak beranak je masa tu. sumpah aku tak tau langsung yg budak pompuan akan mengalami ini. ilmu darah2 haid ni adelah zero!
masa tu aku cuma terpikir darah pacat kot. tapi apesal banyak nau? pastu kalau pacat gigit mesti rasa gatal. tapi begini banyak darah kuar tak rasa gatal kat mana2 pon.
nak citer kat mek, mek masa tu takdak kat rumah. beliau pegi menoreh kat kampung chewal (dan tido rumah kakak beliau @ mak ngah aku ~ skrg dah arwah)
oh aku masa tu sangat la takut. sumpah takut. aku ni pulak bukan jenis open minded ketika tu. tambah2 nak citer berdarah keluar kat bahagian 'tut' memang la aku takkan. takkan!
tapi cemana ni?
maka aku pon anggap itu darah pacat. mungkin pacat tu dah kenyang hisap darah pastu jatuh sendiri pastu kesan gigitan pacat tu yg jadi berdarah darah ni...
pastu aku tukar suar dalam. aku pun dah katanya kanak2 lagi masa tu kan jadi tak lekat kat rumah la. pegi pulak rumah Pakde Mud (pakcik aku). pon rumah dia sebelah rumah aku je. main kat laman rumah dia. tapi eh apesal aku rasa macam spender aku ni basah2 je eh?
tak sedap hati. terus aku balik rumah. check check tengok darah kuar belum berenti2 lagik! aku dah mula rasa cuak. cuak yg teramatssss... nangis dalam hati... mekkkkkkk.... balik la mekkkkkk..... T____T
aku cuma mampu tengok je darah tu mengalir ikut peha pastu sampai ke buku lali. sumpah tak terpikir nak buat apa. otak adelah jem masa tu. sebab terrrrrlalu stress. terlalu panik. cepat2 aku cari sabut kelapa, ye korang, aku cari sabut kelapa kat belakang rumah demi nak lap darah dari pangkal peha turun ke kaki! diulangi.. pangkal peha, bukan kat 'tut'.
nak lap pakai kain batik mek aku nih aku takut kena marah ke hape ke pulak. jadi kalau lap pakai sabut kelapa, dah lap tu terus je la campak ke belakang rumah gitu. kahkahkah serious dayus aku ketika itu. boleh pulak terpikir idea paling genius lap darah guna sabut kelapa. apakah??
bagaimana pulak boleh tercetus idea genius sebegitu rupa?
well.....
aku kan orang kampung. selain bergaul mesra dengan orang2 kampung, kami turut sama bergaul mesra dengan ayam itik lembu kambing segala binatang peliharaan. jadi bila rumah kampung ni, pantang la pintu rumah terbukak, pasti didatangi ayam naik kerumah carik beras barang sebijik dua. dah dapat beras tu dan dan dia berak atas rumah. jadi kebiasaan kami guna la sabut kelapa buat lap atau jemput taik ayam tu pastu baling jauh2. pastu la kalau nak siram air kat bekas taik ayam tu tadi, sambil gosok kasi hilang, pon pakai sabut kelapa gak la. kiranya sabut kelapa tu macam medium pembersihan la gitewww. begitu.
aku pon terpikior la pakai sabut nak lap2 darah nih. kahkahkah #sengal
lap lap darah kuar. lap lagi kuar lagi. bila nak benti nih weiiii... #nangis
aku dah takde jalan lain lagi. mesti kena mintak bantuan sesapa nih. mungkin aku ada penyakit nih. nah, tu dia yg terpikir pulak.
aku pun pegi rumah kak yah. belakang rumah je pon. masa tu kak yah dalam pantang beranakkan muni. Abe D pon ada, hadoiyaii, cemana nak bagitau nih? nak bagitau ke taknak? malu kat Abe D la. nak tunggu Abe D kuar pegi mana2 dulu tapi dia nak kuar ke? pikir punya pikir... #palahotakserabut
aku masuk ikut pintu dapur. masa ni rumah kak yah dapur tengah extend. dapur masa tu belum simen lagi. kira masuk rumah dapur boleh pakai selipar. tang nak naik atas ruang tamu je kena bukak selipar.
masa tu kak yah berpantang dok kat ruang tamu tu lah. tilam selimut kain baju baby (muni) sumer dekat2 situ je. dapur kayu untuk bakar tungku batu pon ada tepi2 dia aje.
aku pulak menyendeng kat tepi tangga antara dapur ngan ruang tamu tu, tunggu masa seswai nak bisik kat kak yah. tunggu abe D kot2 dia nak berjauh jauh skit baru aku bajet nak mengadu pasal darah2 ni.
tup tup kak yah tanya bakpo tok naik nyo?
errrrmmm... ore tubik daroh nih... nak wat gano?
aku cakap slow giler lah demi taknak bagi abe D dengar.
(sumpah muka aku biru masa tu. biru menahan malu sbb aku sangka kuar2 darah nih adelah perkara pelik lagi memalukan)
kak yah dengar tu terus je
ooo... pakai modeh la. ni ambik kak yah punya nih.
kak yah pon hulur la ntah berapa helai ntah pad dia kat aku. muka dia pun rilek aje takde senyum2 ke'perli'an ke hapa ke, lantas membuatkan aku rasa sedikit selesa bahawa aku tidak apa apa.
abe D pulak takleh blah betul la. ada ke dia pi tanya kak yah apa hal bisik2 nih? kak yah pulak pi citer la kata aku 'mari kotor' dan nak mintak pad.
laju2 aku langkah kaki balik rumah. malu wehhhh...
besar dah aku ghupenye..