balik kerja terus pi ambik Amir kat day care dia. pastu berdesup gi ambik Tajul and adiknya pulak, kat taska.
pastu zassssss balik rumah.
plannya nak kemas rumah. alah... kerja yg rutin hari minggu je pon.
nak sapu rumah, nak basuh kain baju (alah, pakai mesin je pon)
pastu nak lipat kain baju yg dah melimpah2 kat bakul dalam bilik Amir tu.
nak masak lagi...
hurmmm..... membilang tugas pon dah rasa penat. tu belom buat lagi tu.
masa ambik Tajul ngan Ammar tadi. Ammar baru je tido.
pastu sampai rumah aku masukkan dia dalam buai, konon nak suh dia sambung tido. KONON la.
hampeh. takmo dia tido.
ok la jom pi main kat luar ngan abang2 hang... sambil layan kartun kat tv9.
ok. mari mulakan dangan cuci pinggan mangkuk kat dapur dulu.
tengah kusyuk ni, tetiba Amir jerit "Ummi, adik panjat atas sofaaaaaa..."
aku apa lagi
lari cepat2 selamatkan si kecik tu dulu, sebelum dia buat aksi berjaya panjat pastu duduk elok nak parking bontot betul2 di hujung sofa pastu jatuh terlentang bengkak kepala sambil menangis umpama halilintar memecah bumi.
fuhhhh... sib baik sempat. risau weh... budak nih selalu je jatuh2 terhantuk nih.
almaklum la dia suka main kat tempat abang2 dia main.
kadang abang2 dia main lompat2 kat katil aku. dia pon tumpang teruja tengok abang naik terjun naik terjun nih.
katil tu still tinggi lagi bagi Ammar. so tiap kali cuba panjat, tak pernah berjaya lagi la. selamat.
kadang tu aku intai gak la. sekali nampak Amir dok ajar Tajul suh susun bantal sumer kat tilam diorang kat lantai, pastu susun mcam tangga konon nak bagi Ammar panjat sampai atas katil. terkekek kekek gembira si kenit tu bila berjaya sampai atas katil.
pastu dok berdiri di birai kepala katil. tu takpa lagi. pernah aku nampak lagi sikit nak jatuh belah hujung katil. bahaya wohhhh. dah la tinggi, pulak tu kat bawah tu ada pulak besi tiang kaki buaian. buatnya jatuh kepala dulu elokkkkkk je atas besi tu, tak ke haru namanya?
selalu aku hangin bila petang2 dok terloncat2 atas katil aku. bukan aku kedekut (eh, ye ke tak kedekut hahahaha) takut katil patah ke hapa, tapi aku cuak kalau diorang main kat tempat yg aku tak dapat nak tengok dari jauh.
kalau tak main kat bilik aku, diorang akan main di bilik sendiri. kat situ lagi aku risau. bukan risau kat Ammar je. kat Tajul sekali.
katil dabel decker versi budak2.ada tangga kat tepi. kat bahagian tengah ada rak. boleh letak mainan ke, buku ke, apa2 la. yg boleh tido 3 orang, bawah sekali, tengah dan atas. boleh la 3 badik ni tido bila dah besar sikit lagi. alah katil yg macam kereta tu la. masa aku beli tu, aku hanya beli 2 tilam saja. yang tengah dan yang atas je bertilam, yg bawah sekali aku biar kosong je. kalau pak sedara diorang datang, angkat je la tilam yg atas sekali tu letak kat bawah. jangan nak membazir sampai 3tilam. bukan dorang tido pun bilik tu. lagi nak menempel kat bilik aku.
tunggu Tajul dah besar sikit lagi aku halau la dorang tido asing. muahahahaha...
budak. memang suka panjat2 nih. selalu la main sorok2 kat katil belah atas tu. kadang tu main baling2 bola. kadang baling bantal. kadang amir kat atas tajul kat bawah. kadang tu Tajul yang naik atas Amir dok kat bawah tunggu bola. risau wehhhh. kang dok eksaited baling bantal apa sumer tetiba terpelanting kamuk kat bawah tu tak ke naya. setakat ni belum pernah terjadi lagi la. hishhh.... Ammar pun bila nampak abang dia kat atas dia pon mula la nak cuba2 panjat tangga tu. bukan tak pernah terlentang ke belakang. selalu! tu yg aku cuak tu.
kesimpulannya selagi yg kecik tu belum tido, aku pon tak boleh nak buat kerja rumah sesangat.
nak harapkan Amir tu, hurmmmm... boleh. tapi aku malas la nak asyik2 suh dia jaga adik. asyik2 panggil dia suh tengokkan adik. sian pulak kat dia. stress dia nanti. dia pon budak lagi. main tu memang kerja budak2. jadi aku paham gak la kalau dia nak membuas pon.
si kecik tu pulak mana dia reti tengok tv kan. so menjalar je la dia ke dapur la, dalam bilik la.
terkini duk diam2 bawah meja makan dengan mulut ralit mengunyah. aku korek tengok. bukan makanan! tapi tikar getah! uwwaaaaa.... nangis mokcik...
tikar getah bawah meja tu memang menggerutu sikit. dah tarik kusi tolak kusi maka ada la bahagian yg terkoyak. tapi koyak pon sejak Tajul baby lagi pon dah terkoyak. tak pernah pulak aku tengok Tajul koyak tikar tu pastu masuk mulut! tak pernah!
ni yang ni. budak Ammar nih. pelik betul la haku. tensi!
cemana nak buat nih?
lapar ke ngko nak oiiiii?
baheklah... aku suap dia makan. pastu mandikan dia. pastu sumbat dalam buai. nyenyak dia tido kekenyangan letteww...
aku pon apa lagi. terus aku koyakkan dan buang tikar getah bahagian ruang tamu tu sumer. konon nak ganti baru.
Ngah balik tu terkejut. hahahaha... lantak la. aku tak kira. nak ganti tikar getah baru jugak. kalau tunggu dia balik baru nak tanya pendapat, mesti dia cakap biar la dulu... takpon penat nak angkat meja kusi ni sumer. tangguh tangguh tangguh... tu je la.
so Ahad tu lepas kenyang makan tengah hari, kitorang gerak nak beli tikar getah. tapi kedai yg selalu beli tu tutup le pulok. kena tunggu minggu depan hari sabtu baru boleh beli. tapi minggu depan Sabtu Ahad dah plan nak gi PD bawak anak2 jenjalan main air. hotel pon dah book. rugi kalau tak pergi.
maka kena tunggu minggu berikutnya.
harap2 dalam seminggu dua nih takdak sapa2 datang rumah. rumah ai bogel wehhh... malu!
sekian. teng kiu
Tengok la Amir tu, dia peratiiiiiiii je apa Tajul buat kat adik. Yg Tajul sonok, yg Ammar pulak redho je la. huhuhuh #nangis# |