Wednesday, 10 October 2012

cepat sembuh la hendaknya.

ni aku nak citer sikit pasal Ammar.
hari tu aku ada citer pasal dia demam

dah bagi ubat tapi demam kebah sekejap aje.
pastu masa aku tinggalkan kat taska, petangnya masa ambik dia tu aku diberitahu Ammar demam balik.
masa tu kamis petang.

sampai rumah, dah mandi makan sumer tu dalam pukul 8 lebih tu baru aku perasan ada kuar nanah dari telinga Ammar. omg! takutnya! bahaya nih.

patut la bagi ubat demam, ubat batuk ubat selsema pon masih tak berapa nak aktif anak aku sorang nih, rupanya menderita dalam telinga rupanya.

nak nangis rasanya. dah la baru aje pi klinik ambik ubat segala.
dah macam ni gayanya kena la gi klinik lagi sekali. hari tu pergi klinik biasa je.
kali ni kena la bawak jumpa pakar kanak2.

so aku Ngah n anak2 zasss ke klinik kanak2 Ting yg oppesite IOI mall tu.
sebab dah biasa kat situ. dulu si Tajuddin pon pernah alami masalah nanah dalam telinga nih.
aku dulu memang takdak langsung pengalaman klinik2 pakar nih sumer.
segalanya bermula bila Tajuddin demam batuk selsema. pastu aku bawak gi klinik biasa.
ambik ubat tapi tak baik2. malahan lebih teruk lagi bila keluar nanah dari dalam telinga.
pastu aku gi lagi klinik tapi kali ni klinik lain pulak, tapi tetap la klinik biasa jugak, bukan taraf pakar.
makan ubat sampai cirit birit si Tajuddin masa tu. sungguh kesian aku rasa. umur Tajuddin masa tu dalam 5 atau 6 bulan baru.

kat ofis hati tak tenang nak kerja. aku citer la kat one of kawan yg ada anak kecik ni. pastu kawan ni suggest suh gi bawak kat pakar kanak2. aku masa tu agak cuak jugak la. sebab tak pernah pi mana2 pakar kan. oh jakunnya la aku. terus tanya kat kawan aku tu rate agak2 berapa. ye la kan. mesti nak menanya mana tau kot2 bawak seratus tetiba kena pat ratus ke kan. aku kan tak pernah try pakar.

duit boleh cari. anak tak dapat dicari ganti.
so aku pon tekad la bergolok bergadai pon aku sanggup (hahahah lelebih pulak aku) asalkan anak aku tak pekak tak tuli bila dia besar nanti.

pergi tu doktor bagi antibiotik, ngan ubat batuk selsema kahak segala la. sumpah aku lupa kos dia tapi kalau tak silap rate dalam 2ratus la lebih kurang.

lepas 2 minggu sembuh anak aku si Tajuddin ni seperti sedia kala. TAPI...

disebabkan dia aku letak kat taska @#$% yg mana budak ramai giler dan masa tu pembantu adalah 2 orang indon SAHAJA yg nak kena jaga baby pat lima orang lagi, nak kena jaga kanak2 yg umur 2tahun hingga 4 tahun lagi maka korang agak la sendiri betapa 'rapi'nya jagaan mereka.

masuk minggu ketiga Tajuddin batuk selsema n telinga bernanah balik. oh sakit jiwanya!
pegi lagi klinik pakar tu. kali ni doktor bagi antibiotik, ubat batuk selsema kahak sumerrrrr sama dengan yg pertama kali datang tu, dan tambahan satu injection kat bontot Tajuddin. kata doktor, injection ni mungkin baby susah sikit nak kena balik nanah telinga nih, tapi ia bergantung pada keadaan jugak. kau kena pandai2 la pastikan anak kau tak kena selsema selalu. sebab salur telinga ngan hidung kan bersambung. kalau baby, ada ruang terbukak antara hidung ngan telinga yg mana akan makin tertutup bila baby semakin besar. ahhhhhh tak pandai aku nak citer bab2 perubatan tapi itu la yg aku paham. baby makin membesar, banyak sel2 bertumbuh dan dalam masa pembesaran tu, ruang antara hidung ngan telinga tu pon sepatutnya makin mengecil dan menutup. nanah perlu kering dan tiada sebarang lelehan untuk pastikan ruang tu menutup dengan sempurna. jadi kalau asik2 selsema lalu terus bernanah, bila besar nanti susah nak baik. mungkin perlu pakai alat bantuan pendengaran. omg takuit!!!

tu yg menyebabkan aku tukar Tajuddin dari taska ke rumah jiran tu. tu la puncanya. demi taknak bagi anak selalu berjangkit selsema. paham2 je la kat taska kan.

so bila kali ni Ammar pulak kena nanah dalam telinga, aku walaupon panik, tapi tak lah keterlaluan, sebab dah pernah jadi kat Tajuddin dulu.

sekarang ni nanah dah takde. cuma asik la dia ke-cirit-an, mungkin sebab banyak ubat kena makan maka perut jadi panas ke hape ke kan. mana nak tau.
tak pon mungkin dia nak meringan badan almaklum nak dapat kaki dah tak lama lagi. itu kata orang dulu2 la. tang mana rasionalnya tidak la aku pasti.

so, kamis malam tu pergi klinik pakar kanak2 Ting bawak Ammar. kena inject jugak. pastu se plastik ubat yg sumernya sama cam Tajuddin dulu. kali ni pergi kena RM226.00 #urutdada

takpe. duit boleh carik #motivasi-diri#

dan hari ni Alhamdulillah... Ammar dah tak de nanah lagi kat telinga, demam pon tak dah. selsema pon dah kering. cuma yg merisaukan cirit tu masih belum baik2 lagi.

aku perasan masa aku bagi antibiotik hari tu kuat betul Ammar cirit, pastu taik cirit tu berminyak licin semacam je tangan aku masa basuh berak dia. masuk hari ketiga, aku stop terus bagi antibiotik sbb sangat kesian yg amat kat Ammar, sampai merah2 bontot dia (kesian gak kat aku asik je nak basuh berak diaaaaa je, stress wehhhhh)

lepas stop antibiotik tu, cirit berkurangan, tapi tak hilang terus. macam bila aku bagi susu je, then tak sampai setengah jam konfem berak punyer...

tukar susu dumex ke isomil pon tak jalan. dia nakkkk gak cirit.

bagi gak air garam ORS tu. ingatkan ok la kan. hurmmm.. ok la tapi takkan tak bagi susu langsung kan. elok Ammar nak tido mesti la hulur gak susu bancuh cair2. ponnnnn cirits... T______T

sampai la aku laki bini dah mati kutu tak tau nak wat cemana lagi.
akhirnya aku bagi si kecik tu minum teh o kelat (kelat sikit je la, kang kelat perit tu mampos dia takmo) campur sikit gula bagi manis2 manja gitu.

sebab aku dulu masa kecik2 arway ayah aku la, asal aku sakit perut cirit  aje, mesti dia paksa aku minum teh o kelat langsung takde gula tu... dulu takde de nak pi klinik jumpa doktor kalau setakat anak cirit ni. buang duit je tu...

jadi berbekalkan pengalaman tu la, maka aku dengan konfidennya (tapi dalam hati cuak gak weiii... almaklum anak aku ni belum setahun lagi dah kau nak kasik dia togok teh o kelat kennn) aku masukkan teh o tu dalam botol susu lalu di minum habis sebotol pastu mintak tambah lagi siottttt...

surprisingly Ammar langsung tak berak cirit malam tadi hokeyyyyy!

masa aku hantar dia kat taska pagi ni, aku bekalkan ORS. kot2 la perlu kan.

oh, cepat la sembuh anakku...


cirit cirit dia pun tak reti dok diam. tau tau dah ada kat bawah meja. hishhh...




aku saje je blajar mosaic kat date picture taken.  ni pada hari Ahad 7/10/12 lepas. Lokasi Tiara Beach Resort, PD. Ni baru nak baik dari selsema batuk sumer, ponnnn dah kena rendam lam air. hambikkk... pastu kalau anak selsema balik baru padan ngan muka aku


ok.
sekian babai!