adelah anak kedua dari lima beradik.
sumer adik beradik adelah lelaki.
susunan nama timangan dalam kuarga adelah Long, Ngah, Cik, Ode, Usu. dan beliau adelah Ngah.
dalam adik beradik, beliau yg kawin dulu. dan anak sulung aku (Amir) adelah cucu sulung bagi mak dan abah. jadi, untuk sumer pak2 sedara Amir belah suami aku, aku ajar anak aku panggil dorang AyahLong, AyahCik, AyahDe dan AyahSu.
lahir di Pekan, Pahang yakni kampung mak. dibesarkan dan bersekolah rendah dan menengah di kebanyakannya kelantan dan beberapa tahun dari zaman kanak-kanak beliau di terengganu. ini kerana sepanjang abah berkhidmat, abah paling banyak di kelantan, n sedikit di terengganu. tahun2 terakhir pencen abah adelah di IPD kota bharu. oleh itu, suami aku cakap macam orang kelantan, tak macam orang pahang pun. sampai orang ingat aku kawin dengan orang kelantan, bukan orang pahang. HHAHAHAHA
penyokong tegar The Red Warrior. walaupun bukan selalu pi tengok bola kat stadium, tapi tak bermakna tak tengok bola. TV ada apa... part nih, kami laki bini walaupun time tu tengah gaduh atau bermasam muka, tapi kalau malam tu ada bola kelantan main, maka sesi pergaduhan otometik dihentikan seketika, dan kami memasing jadi pengulas-sukan-lantik-sendiri dengan mesranya. pastu bila bola dah habis, kami sambung balik memasing me-masam muka. gagagagagag..... sabo je la
sangat haibat masak mee kari. meletop kate ngko. sumpah aku tak tipu. dan bukan aku saja kata sedap mee kari tu. anak2 sedara aku pun kata sedap. kak yah aku pun kata sedap. ikhlas ke idok tu tak tau la kan. tapi aku yakin diorang bercakap benar.
kami dua2 orang adelah suka mee kari.
satu hari tu aku ada baca blog viruspadu. citer pasal diorang adik badik pi makan mee kari ketam kat belakang unisel shah alam. maka aku pun ajak la suami pegi try. kami order mee kari udang. harga tak ingat dah. rasa dia sedap la. manis sebab ada udang segar tu. tapi serius bila makan, aku ngan suami rasa mee kari dia biasa2 je kot. biasa tu mengikut hemat aku ialah rasa yg biasa kami rasa tetiap kali masak mee kari. sumpah tak tipu. so bila orang dok kata sedap tu nak la jugak aku tau sedap yg macam mana kan. tak la meletop sangat pon. padahal siap masuk paper lagi. sebab rasa dia sama je dengan yg suami aku masak. HAHAHAAH *tetiba mak vangga laki mak pandai masak mee kari*
Dan yg paling aku bersyukur tentang suami aku nih, beliau tak hisap rokok.
ni pandangan jujur dari aku. adik lelaki aku perokok. dia start hisap rokok kalau tak silap aku tingkatan 4 atau 5. dia memang pandai simpan. tu sebab aku dan mek tak sangka dia perokok. dah habis sekolah menengah baru dia tonjolkan ke-perokok-kan dia tu. apa yg dia citer kat aku la. dia asalnya tak merokok. tapi kengkawan perokok dia tetiap kali nak merokok akan ofer kat dia sebatang. sesambil tunggu bas nak balik skolah kan ramai budak2 skolah perasap diri dulu. mula2 dia tak ambik. pastu bila dah selalu sangat kengkawan hulur makanya dia rasa macam tak masuk geng kalau tak ambik kan. pastu dia ambik. ambik je pastu simpan dalam poket baju skolah. lelama cam malu pulak bila kena pangkah ngan kengkawan kata dia budak baik la budak masjid la tak hisap rokok. kira kena boooo la. lelama dia pun mula merokok. merokok demi jaga ego. cissssss. pastu bila kat rumah pulak main2 hisap rokok daun arwah ayah aku. pastu lelama mulut air liur sumer dah rasa payau kalau tak kena rokok. lalu jadi la perokok yg berjaya. perokok ni selalunya bekeng kata orang kelantan. orang kl kata garang. ye. adik aku ni bekeng. arwah ayah aku pun bekeng. aku tak tau la ni ada kaitan dengan kesan rokok secara praktikal atau tak, tapi aku yakin rokok boleh mempengaruhi tindak balas dan kesensitifan seseorang.
abah pulak tak merokok. dan tak bekeng in person. muka je la nampak garang. and suami aku pun bukan jenis bekeng. maka sila bersyukur ye cik ila.
ringan tulang (dari sudut pandangan mata aku, tapi pon aku tak bersyukur, asik la nak protes jugek. HAHAHAAH) *tunduk sambil menangis insaf*
ok. sejak Amir naik darjah 1. pagi sekolah agama. pakai baju melayu putih sampin hijau. baju ada 4 pasang untuk 4 hari berbaju melayu dan 1 hari pakai baju sukan yakni hari rabu. petang sekolah kebangsaan. aku beli 4 pasang baju sekolah kebangsaan. bukan sebab aku kaya. no no no. tapi sebab
kerja rumah yg lain tu memang biasa suami aku tolong. contohnya cuci pinggan, cuci tandas n bilik air (yg ni serah kat dia je), basuh kain (walaupun dengan bantuan mesin basuh) sidai kain tu biasa la. yg paling jarang dibuat adelah mop lantai je. beliau hanya mop lantai masa first time beli mop tu (kira rasmikan je la) n kalau anak2 ada tumpahkan air ke lantai.
pernah ada jiran (yg aku rapat la) cakap rajinnya akak tengok hery tu, sapu rumah sidai baju sumer. aku senyum je la. bagi aku lelaki yg berbelas kasihan n sayangkan bini perlu rajin tolong bini dia kerja2 rumah. bukan aku kata yg tak tolong bini tu tak sayang bini. tapi bukankah lebih erat kasih sayang itu jika sama2 buat kerja rumah? bagi aku la kan. tak aci sungguh kalau seorang perempuan kawin dengan sorang lelaki pastu kerja2 yg selama ni lelaki tu buat sendiri (contohnya iron baju kerja dia) dah kawin pompuan tu kena iron baju sendiri tambah pulak baju kerja laki dia. lelaki begini adelah zalim. apa ko ingat ko kawin tu maknanya ko dapat maid seumur hidup secara percuma kah? lain la kalau tetiap bulan kasi duit nafkah zahir ribu riban. ini yilek porenggek. bukan takde lelaki begini. ramai weih. perempuan kalau terkawin dengan lelaki begini memang malang la nasib dia. nak2 pulak kalau si isteri tu jenis mengalah kira redho je. aku rasa punca2 perceraian makin meningkat zaman skrg ni sebab ni la. nak citer mengadu nasib kat kengkawan takut nanti berbukak aib suami pulak. sudahnya redho je la. lelama dah tak boleh tahan. pastu bukan kau tak tau syaitan ni hari2 tak pernah jemu dok hasut suh cerai cerai cerai. pastu kesudahannya ngko pikir la sendiri. aku ni dah termelalut lebih dah ni... emo sungguh. tapi nak delete rasa sayang le pulak. korang baca diam2 sudah.
suami aku kuat tido.
yg ni la selalu pun buat aku hangin satu badan. ye. aku memang pantang kalau ko bangun pagi pukul 10 pastu dah dapat makan tengahari pastu jam 3 petang cari bantal n tido sampai maghrib. memang aku naik hantu. suami aku ni asal letak kepala atas bantal je terus lena siap berdengkur bagai. yg aku ni pulak susah kemain nak lelap. kalau lelap pun pastu kalau ada gangguan sikit je pun akan terjaga n lepas tu dah takleh sambung dah. memang takkan nyenyak punya la.
pulak tu kita ada anak2 yg mana hari minggu je la pun ada masa lebih untuk diorang. dah kalau banyak masa habis kat tido je mana pulak masa untuk anak2? hoih hangin betul.
itu je la pun pasal suami aku yg aku rasa nak citer kat blog. dah katenyer 'sedikit' kan.
ni pun dah kira terlebih sikit nih.
kang kalau aku citer lagi kang dah tak serupa tajuk dah. mau aku tukar tajuk 'sebanyak tentang suami aku'.
kahkahkah
bye.
beliau Hairey. suami saya |