Friday, 21 September 2012

Entry sedih : Ammar dah takmo BF lagi... sobs

Anak bongsu aku Ammar hampir nak 11bulan dah umur dia. bulan depan 21/10/2012 genaplah setahun.
skrg ni belum pandai berjalan lagi, masih merangkak. sehari dua ni aku tengok dia dah pandai berdiri sambil tangan lepas. tapi belum berani langkah kaki lagi. penakuts...

letih woih aku nak kutip dia. merangkak sana sini.
kejap2 ada kat bilik tengah kusyuk 'lipat kain'.
kejap2 kat dapur tengah 'goreng ikan'. ketung ketang ketung ketang... bahagia sungguh jadi baby nih...
stress haku...

dia masih nyusu badan, tapi akhir2 ni macam dah tak nak hisap. kalau dia mintak susu, aku offer tetek. dia hisap tak sampai 2 seken pastu taknak. pastu dia sambung main ngan abang2 dia. pastu dia merengek lagi. aku paham la dia nak susu sebenarnya. tapi aku dok cuba nak bagi tetek jugak kat dia. tapi digeget nya tetek aku nih. sakit woihhhh... pastu dia shenyummmm... dah dah... tak kosser aku kesakitan. akhirnya aku mengalah. nah. hisaplah susu botol nih. happy dia... aku sedih... sobs sobs....

aku kalau boleh nak nyusukan Ammar ni sampai umur dia 2 tahun. atau lebih.. kalau boleh la... tapi nampak gayanya macam tak tercapai je... pun begitu aku masih berusaha nih.... sedih aku tau!
tak tau dah nak buat cemana lagi... Ya Allah, tolong la saya..

semalam.
balik kerja aku pam susu. setelah lebih 5 bulan dah stop pam susu. rupanya ada lagi. tapi tak sebanyak dulu la. dapat la dekat 30ml.

hari ni.
macam biasa. waktu lunch aku balik rumah. konon ingat nak pam susu gak. tepi sebelum tu aku terpikir. bukan masalah tang takde susu. ni pasal anak aku yg taknak hisap. kalau dia hisap setel masalah. fikir punya pikir, terus aku stress, susah hati.
aku call kak yah, citer la pasal Ammar dah taknak netek lagi. kakak aku boleh gelak aje. pastu siap cakap takpe la tu. biarkan je la. dah dia pun dah besar. dah nak dekat setahun pun. kalau dia yg taknak sendiri tak payah paksa la, lagipun ada setengah budak tu dah umur lebih 2 tahun pun netek lagi. bila nak pisahkan tetek ni jadi payah. ha, tang tu lagi ko akan rasa sedih dan kesian kat anak. jadi bila dia secara sendirinya tolak tetek, biarkan aje la. bla bla bla... terus aku rasa tak stress dah.... rasa lega.... dah tak sedih sedih lagi..
maka niat hati nak pam susu tengah hari tadi kelaut.

kakak aku sorang ni bukan eduketed pon. tapi dia ni tau je nak saiko bagi hilang stress haku.
apa je masalah aku, samada masalah tu boleh setel atau tak boleh.
kalau masalah tu boleh setel, selalu kakak aku ni tunjukkan jalan. ye la walaupun tak berapa hebat sgt tapi at least boleh bagi aku idea cemana nak setelkan.
tapi kalau masalah tu jenis yg 'ko redho je la' . kakak aku ni pandai je pusing ayat bagi aku rasa lega. macam masalah Ammar takmo netek nih.
kesimpulannya... redho je la...


Ammar ketika umur 1 hari

 
Ammar 10 hari

Ammar 16 hari

Ammar 28 hari. Hari ni buat majlis cukur jambul kat rumah mek.

Ammar sebulan lebih. Dengan Abang Amir kesayangan. Abang Amir terlentok-lentok sbb lenguh pangku adik.

Ammar dekat2 2bulan. Bersama Abg Joe & Abg Amir

Ammar 3 bulan

Permata hati Ummi. Ammar 3bulan, Tajul 2thn 3bln, Amir 6thn 2bln. kalau ikut tahun, Tajul 3thn, Amir 7thn~darjah 1. Gambar bertarikh 21/1/2012.

Ammar 4bulan. semua pakai kopiah. Menjamu cekodok pisang sementara tunggu nak hantar Amir mengaji Quran.

Ammar nak masuk 5bulan. dengan Onyang (nenek Suamiku). di hari nikah Cik

hampir 5bulan

nak masuk 6bulan. baru lepas mandi

6bulan. muka terkejut nampak flash kamera.

lebih kurang 7bulan. ngan si sulong
8bulan

masa ni banyak bintik peluh kat muka, almaklum panas melampau. kesian dia kegatalan

9bulan. masa ni kat restoran masakan cina muslim kat sec15 shah alam. muka heran nampak flash kamera

Ammar 10bulan. Ketika Hari Raya Aidilfitri. Kat kampung Pekan

nak masuk 11bulan sudahhhh.

ngam2 11bulan.

untuk tatapan kuarga dikampung ku..
Muni, sila bagi mek tengok cucu dia ni puas puas hek....


babai..