Tuesday, 25 September 2012

kenduri kawin keluarga besan kak yah

Hari minggu tu hari ada jemputan kenduri kawin.
kat Meru, Klang.
ekceli bukan lah sedara mara ke apa
kak yah aku punya besan punya anak sedara yg kawin.
so besan kak yah ni ajak la kak yah sekuarga, termasuk la mek, jani, dan aku sekali.

kak yah, abe D, jani, muni dan mek datang kl hari sabtu tu.
bertolak kul 4pagi katanya, dari kelate.
sampai kl rumah suzi (anak sulung kak yah yg mana menantu besan kak yah ni lah).
sampai kul 12 tghari lebih kurang.

pastu malam tu datang rumah aku. dah lewat dah pon. Amir pon dah tido. Ammar pon sama.
yg blom tido cumalah si Tajul aje. budak ni kalau lampu belom padam jangan harap la nak tido.
mek tido rumah aku. nak main ngan cucus letteww

esok pagi janji kumpul rumah suzi pukul 8pagi.
kami sampai pukul 8.20pagi camtu. ingatkan kami la yg lambat.
ghupenye tuan rumah pun blom mandi lagikkk...
hampeh sungguh.

so dalam 9lebih jugak la kami bertolak. sampai rumah pengantin dalam pukul 10lebih kot.
orang baru lepas khatam Quran.

pastu dok la kami melangut tak tau nak buat apa... HAHAHAHA padan mukan datang awal sangat.

oyye, mula tu ingatkan nak datang tengahari je.  waktu pengantin sanding. kira ngam2 tengahari la. sampai tu kononnya makan terus. pastu tengok pengantin sat. pastu balik.

tapi kami tak tau jalan. so terpaksa follow syam, suami suzi ni. kira konvoi sekali. 3 keter.
syam pulak dia nak pergi awal. pukul 8pagi. sebab rancangnya nak tengok orang khatam Quran la.
plan kelaut. sampai2 je kami elok khatam Quran selesai. jamuan orang khatam Quran pun selesai. takdak rezeki. fadan mukherrrr...

sedara mara besan kak yah ni ramai giler lah. almaklum adik badik mak mertyua suzi ni ramai. so kami pon lepak rumah sebelah. rupanya rumah adik bongsu besan kak yah. elok la tu. ada jugak tempat selesa. almaklum ada anak kecik.
boleh tumpang tandas apa sumer. nak bancuh susu ke apa. nak suap anak makan pon mudah.

elok perut lapar, katering pun sampai. hidang2 sumer. pastu apa lagi. isi perut sampai kenyang keterlaluan.
makan jam 11.40pagi, sesudah katerer hidang2 sumer. lapar weihhh...
tu pun nasib baik pagi dah breakfast. ingatkan tanak makan apa2. nak terus makan kat rumah pengantin je.


belum pon pengantin sampai, kami dah roger dulu. banyak kerja rumah perlu dibereskan.
nak angkat baju takut hujan.
pastu nak lipat baju. nak iron baju. macam2 la.

tapi elok sampai rumah sumer orang terbongkang tido. kahkahkah... Qodo tido.
petang tu bangun baru hegeh2 kemas rumah sket2.

dan hari ni.
kakyah, abe D, jani, muni and mek dah balik kelate kul 4pagi tadi.
jani la bawak keter. abe D tak berapa expert bawak keter jauh2. setakat kawasan kelate tu boleh la.
ntah la rabun kot... ke takuit... HAHAHAHA

dorang ni mula tu nak balik lewat sket. nak dok lama sket kat kl nih. almaklum la memasing tak puas main ngan cucu/cicit.

tapi abang Sue (Sue = isteri Jani) meninggal masa elok je jani n rombongan sampai kl. yg ni pon menggemparkan kami gak. dikatakan meninggal kat salah sebuah rumah apartment kat siam. sorang diri pulak tu. pergi siam atas urusan kerja. bini tak bawah sebab kurang sihat. pulak tu dikatakan dah 3 hari meninggal kat apartment tu tadak sapa tau. ntah la pekerja situ kot jumpa mayat ni. sedih betul bila dengar berita ni. ye la abang Sue yg ni baik. alim. tetiba meninggal sensorang. tadak sapa di saat2 akhir. Jani kata arwah ni ada sakit jantung gitu. darah tinggi pun ada. kalau tak silap pendengaran aku la. (ahli kuarga, sila betulkan jika I tersalah fakta).
Alfatihah

sekian dulu update.
ada masa idea kita sambung lagi.

bai