Hari raya tahun ni turn adelah kat Pekan, Pahang.
tahun ni adelah tak meriah sangat. bagi aku la. bukan sebab tahun ni tak raya kampung aku. bukan!
tapi adelah kerana abah (bapa mertua aku) sakit. beliau sakit jantung.
mak citer.
dah 2 kali abah pergi hospital pekan.
kali pertama doktor cakap sakit gastrik. bagi ubat je n suh balik.
makan ubat tapi dada duk sakit tak hilang2.
pastu kawan abah (beliau polis pencen jugak, sama mcm abah, mmg baik dari zaman muda lagi masa sama2 bertugas di kota bharu) dok suruh (kira paksa la) abah pergi lagi sekali.
masa tu kamis malam. kawan abah tu hantar. pergi dalam pukul 10mlm camtu.
lepas tu tak balik2 buatkan mak risau. so mak call suami aku (suami aku ni anak no. 2) bgtau abah gi spital tak balik lagi.
sumer pon agak risau. pastu lama dalam kol 2pagi (kot) mak call bgtau abah dah balik.
rupanya kena tahan jap masuk air.
so jumaat masa hari kami bertolak tu abah masih sakit dada.
hari raya pertama, ingatkan nak pi jalan rumah kawan mak kat... kat... ntah dah lupa.. bunyi mcm gong gong kampung gong kot. sumpah lupa.
tapi memandangkan kesihatan abah adelah tak mengizinkan maka lepak rumah ajelah kita.
hari raya pertama langsung takdak sapa2 datang rumah. memang megik. selalu aku asik la kena bancuh air. tak pon cuci pinggan mangkuk.
raya kedua, abah masih sakit dada, makan tak lalu. muka beliau pucat je aku tengok. makanya kami decide pujuk abah pi try hospital Kuantan pulak. sebab kedua2 kali pergi hospital pekan pon tak x-ray, n dada sakit tak berkurang pon.
abah ni pesen, tak berapa suka gi klinik / spital ulang2 kali.
tapi memandangkan anak2 mcm hampa kalau tak pegi, maka beliau pon siap2. Ode ngan suami aku hantar.
terus kena tahan wad.
jadi bermula raya ke2 20/8/2012 tu abah kena tahan. kuar wad kamis 23/8/2012 petang.
hari2 masa abah kat wad memang suami aku la jadi drebar mak pi lawat abah. aku tak ikut. dok rumah aje sbb payah anak kecik2 lagi tak boleh masuk tengok abah pon. jadi wat apa pergi kalau takat dok tunggu melepak je kat kaki lima wad tu kan? baik dok rumah. anak pon boleh tido buai aman je.
sepanjang cuti raya hanya la masak makan n masak n makan je la aku.
(kononnya nak konvoi jalan2 ke teganu, tapi memandangkan abah sakit terus tak jadi)
jumaat petang tu kami dah siap2 balik kl.
itu je la pasal raya kami tahun ni.
tahun depan balik kampung aku, di Machang, Kelantan. InsyaAllah.
semoga lebih meriah, dan harap2 tiada ahli kuarga yg sakit ke, bersedih ke atau yg sewaktu dengannya.