Tuesday, 25 September 2012

jerawat dalam lubang hidung

hari ni kepala agak ting tong. ada tanda2 migrain sudah main secara lite lite.
semalam mek ada lagi kat rumah aku.
so waktu lunch time, aku balik rumah.
tapau 2 bungkus nasi untuk kami dua beranak makan.
pastu aku ada gak la tapau secoet sambal belacan. dalam 2 sudu besar je pun.
makan.
ada ulam untuk laga ngan sambal belacan tu. nikmatnya makan.
pastu kul 2lebih lebih sikit balik ofis. dalam kul dekat2 4petang camtu hidung mula rasa sakit.
ada macam benjolan dalam lubang hidung. dibawah kulit lubang hidung belah kanan. bijinya kecik aje. macam jerawat batu kot. bila hulur jari telunjuk dalam lubang hidung kan, rasa dia punya gelembung benjolan. ok biarlah aku panggil jerawat aje.
makin lama makin tak best. sakit. asal gerak2 kan hidung je pon rasa sakitnya.

sebenarnya bukan pertama kali pun. dah beberapa kali dah. cuma aku mula tu ingatkan tumbuh jerawat dalam lubang hidung. pastu aku sabar tunggu dia nak matang ke apa. nak picit tak boleh. payah nau.
lalu aku biarkan aje selama sehari dua. ingatkan kalau biji jerawat tu tak surut2 jugak, aku nak gi klinik aje. sakit weihhh... asal tersentuh hidung aje rasa sakit. then tetiba esoknya ke lusanya ke dia hilang macam tu aje. tak jadi aku nak mintak ubat ke apa. benjolan tu kempis balik.

jerawat ni datang on and off.
terkini ia datang lagi semalam.
sakit uolss... sampai aku rasa badan macam nak demam aje.
seriousss... semalam takleh tido. aku malas nak telan ubat sangat. selagi badan boleh tahan, aku cuba elakkan makan ubat.
bukan apa uolss, tak elok pon selalu ambik ubat penahan sakit ni. boleh rosak buah pinggan wehhh...
maka aku bertahan. tido kejap2 jaga. kejap2 jaga. memang tak lena aku malam tadi. dah dekat kul 5pagi masa kak yah datang nak jemput mek balik kelate baru aku boleh lena.

aku syak aku ada resdung kot. kot la. dah tu makan belacan terus jerawat tu buat onar. kalau bukan jerawat, apa? baiklah. lepas ni aku takmo dah sentuh belacan dan yg seangkatan dengannya. sobs... adakah aku perlu melupakan mu wahai budu? sobs sobs dan sobs...

setakat ni aku belum pernah cerita kat mana2 doktor pasal jerawat dalam hidung aku ni. tapi aku risau gak la kot2 ada masalah2 lain kan. hishhh... malas la pikior. takuitssss...

petang ni jerawat tu dah kempis dah. sakit pon dah takde dah.
tu yg aku syak sebab faktor pemakanan jadikan ia kejap ada kejap hilang.

mek aku cakap jangan ambik mudah pasal resdung ni. sebab ada sorang kenalan dia (kira makcik2 dah). katanya skrg ni masuk wad sebab mula tu ada ketul dalam hidung (ketulan tu besar, bukan macam kes aku ni) pastu makin lama mata jadi makin rabun pastu gi cek kat hospital, tup2 kena tahan wad pasepa ntah. serious ngeri aku dengaq wehhh...

sekian dari aku yg ke-seram-an



gambar yang takdak kena mengena ngan tajuk entry