walaupun takde kena mengena dengan aku.
ye la kan. aku bukan cikgu.
anak sulung aku baru darjah 1.
dan takde anak sedara yg ambik upsr tahun ni.
seperti tahun2 sudah, aku tak aware pun pasal tarikh periksa upsr.
tapi sejak anak dah skolah ni, aku jadi tahu pasal tarikh periksa sumer. tu pun secara tak sengaja.
skolah Amir adalah 2 sesi.
sesi pagi budak darjah 4, 5 dan 6
sesi petang budak darjah 1, 2 dan 3
oleh kerana budak darjah 6 nak ambik upsr, maka murid2 darjah 1 hingga 5 direhatkan. maksudnya coti.
pihak skolah ada bagi surat kat sumer murid. jadi sebab tu la aku tau.
selamat menjawab soalan dengan tenang ye anak2.
aku ambik upsr tahun 1991. tak payah kira umur aku bape. meh sini aku bgtau. umur aku tahun ni 33 tahun. aku lahir 1979. hahahaha... korang nak kira jugak ke? lantak la tak caya. hahahha
masa zaman aku upsr, ada 4 subjek aje. BM pemahaman, BM penulisan, BI dan matematik.
aku dapat 3A 1C. dan C sudah pasti la BI. aku memang tak terer BI.
dan skolah aku tu kategori skolah luar bandar. (nak jugak bgtau skolah aku luar bandar, maka tak la rasa malu sangat dapat 3A1C, tu kira otak geliga jugak la aku nih kahkahkah... #mukatakmalu#)
nama skolah aku sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh, Temangan Kelantan. zaman aku skolah ni mana ada tuisyen bagai tu sumer. ada tu memang ada. nun kat bandar Machang nun. itu pon tak banyak mcm skrg ni. kira bersyukur la aku ni jenis mudah faham apa cikgu ajar masa dalam kelas (ketika itu).
dulu2 cikgu aku cakap, kalau nak masuk mrsm atau sekolah berasrama penuh, kena dapat 4A atau koman2 pon mesti 3A1B. tapi aku tak kisah pun. tak kisah tu maksud aku tak terlalu fokus untuk masuk mrsm. aku cuma pegi skolah mcm budak2 lain jugak. waktu periksa adelah waktu yg sangat best bagi aku kerana tak payah galas beg skolah. hahahaha.... stress stress tu memang takde dalam kamus zaman kanak2 aku.
aku belajar sempoi saja. senang citer aku agak malash la di zaman skolah. kerja skolah cikgu bagi aku tak siapkan kat rumah. aku tiru kawan punya pagi esoknya. muahahahaha nasib la ada kawan baik2 masa itu. hahahaah.. dan sebagai balasan, waktu cikgu bagi latihan dalam kelas, aku dengan senang hati bagi pulak kat kawan aku tu tipu jawapan aku. maka kami seri. kahkahkah...
kalau ada kelas tambahan (naik darjah 6 cikgu selalu adakan skolah tambahan waktu hari minggu dan cuti skolah) tapi aku selalu gak la ponteng. bukan mek tak marah, tapi aku rasa tertekan sebab orang lain cuti aku kena skolah. sungguh dayus aku ketika itu *tunduk menyesali nasib*
mengapakah aku malas skolah ketika itu?
semuanya adalah kerana dunia kanak2 aku ketika itu sungguh indah. sumpah indah.
pepagi bangun isi perut kenyang2 dulu. pastu bermula xtvt yg sungguh seronok.
kalau cuaca hujan, maka kami adalah pergi mancing ikan. lokasi adalah samada sawah padi atau sungai di bahagian hulu kampung, atau kami panggil putok. kat putok tu ada sungai, ada sawah padi juga, ada tali air juga. sambil mancing, sambil panjat pokok ara. mandi sungai atau tali air tu selalu sangat la. tak dapat ikan sekurang2nya kami wat balik buah ara sebagai hidangan ulam ulaman. tak pun kami kutip siput sedut. bukan siput sedut yg macam kat kl tu. kami punya siput sedut yg hidup dalam sawah padi. kalau tak kutip siput sedut, kami akan kutip gondang. korang kenal tak gondang? gondang ni besar dari siput sedut. selalunya sebesar penumbuk. ada certain orang atau kawasan, diorang tak makan gondang ni and anggap gondang tak leh dimakan. tapi kat kampung aku gondang ni lauk. bahkan kalau sapa2 ada masalah buasir yg mana tahap yg lubang berak tu dah terkeluar bagai, maka jadikan la gondang ni sebagai lauk. berkhasiat untuk pesakit buasir. yg baru2 nak jadi buasir juga patut makan gondang. ni adalah petua orang tua dulu2. bukan doktor cakap. aku pesen percaya pada petua pemakanan orang dulu2. dan aku adelah sangat suka lauk gondang ni. masak goreng boleh. macam ko goreng daging letak kacang panjang tu. masak lomak pon sodap.
oyye... walaupun darjah 6, tapi mentaliti aku masa tu masih ke-kanak-kanak-an. dan belum akil baligh pun time tu. kawan laki pompuan pun belum ada rasa malu2 lagi.
aku hidup dalam suasana yg pior kampung. maksudnya mek aku tak berapa kontrol aku nak gi mana2. tambahan zaman dulu2 mana ada dengar jenayah budak kena rogol ke, orang kampung kena makan dek rimau ke, budak jatuh lemas kat tali air ke sumer tu. memang takdok.
tambahan pulak satu kampung tu sumer adelah sedara mara saja. yg bau2 bacang belacan tu sumer adalah rapat, tak macam skrg, sepupu tu ok la lagi, cer dua pupu, mesti dah tak berapa kamceng dah. kampung aku masih utuh dia punya persaudaraan. jadi pengawasan ibubapa terhadap anak2 adalah kurang. mamandangkan sumernya saling tolong menjaga. kalau aku bermain panjat pokok kat rumah cik bedah katakan, maka cik bedah boleh pantau keselamatan aku juger, dan kalau aku main agak kasar, maka cik bedah akan marah aku, dan mek aku tak pulak pi marah kat cik bedah tu sebab marah aku. jadi begitu dunia kampung aku (ketika itu) adelah harmani sajor.
nak mancing ikan, kail buat sendiri, beli tali tangsi secara kongsi duit. dulu segulung tangsi cumalah dalam 30sen saja. 30sen pun kongsi weh. kejadah hapa tali tangsi nak pakai sampai segulung. maka kongsi adelah afdal. mata kail seposen boleh dapat 3 atau 4 biji mata kail. batang kail guna batang pokok salak. buat bersama sekelompok kawan2. tolong menolong. sungguh rindu kenangan itu. selalu pakai umpan kelkatu. tak pon cacing. ikan yg selalu dapat ikan puyu. tak pun haruan, tak pun keli, tak pun ikan sepat yg nipis badannya. goreng garing-garing baru best kunyah dengan tulang2 dia sekali. nikmatnya.
kalau tak mancing, kami pakat sehari sebelumnya untuk masuk kebun getah pepagi cari cendawan sisir. orang kelantan panggil kulat sisir. cari kulat ni kena awal pagi baru boleh dapat kulat yg segar. kalau dah pukul 11 tu selalunya kulat dah jadi kering dan susah nak kutip. dia akan mengecut dek panas mentari. dah kutip kulat tu cari pulak pucuk ceku. ntah la orang kl panggil apa. tapi kami panggil ceku. pastu balik rumah masak air pucuk ceku tu, letak sikit ikan bilis. hurmmm... dah lebih 10 tahun aku tak makan sup pucuk ceku nih. budak2 skrg ni bila aku balik kampung takde de dorang nak pi masuk kebun getah kutip pucuk ceku. kalau la ada, meh sini jual kat aku, aku nak masak nak makan ni.
selalu kulat sisir mek aku akan masak kari kering. owh... tulis ni pun aku dah terbayang2 hokey. bila la nak ada rezeki jumpa menu ni kat mana2.
waktu petang, samada cuti skolah ataupun lepas balik skolah, kami selalu sangat berkumpul rumah pakde mud (abang mek aku, skrg dah arwah). kami main la apa2 yg rasa nak main, selalu permainan adelah ikut musim. musim main coh, maka tiap2 petang main permainan sama. kalau lambat datang berkumpul, maka akan terlepas nak join main, sebab dah takde geng, kecuali la ada 2 orang nak main, maka sorang masuk geng 1, dan sorang lagi geng kedua. kalau jemu main coh, kami main lompat getah, tak pun bola beracun, tak pun main sembunyi2, ah macam2 lagi la...
rumah arwah selalu jadi tempat berkumpul kanak2 kerana laman rumah arwah luas giler. pastu arwah ni jenis tak garang, suka budak ramai2 kat rumah dia, suka citer kisah dulu2 kat budak2, tak kisah langsung kalau budak2 nak panjat pokok dan petik buah jambu ke, rambutan ke, ketereh ke, bahkan dia kadang2 tu tolong petik bagi budak2 makan. [semoga arwah dicucuri rahmat atas belas kasih beliau pada budak2. Amin]
alamak... panjang giler aku taip untuk terjemahkan dunia indahku di zaman kanak2.
padahal nak citer pasal uprs je pun...
dah tulis tu selalu terbabas dari tajuk. pastu nak delete balik dah rasa sayang pulak. ah lantak la... nak baca baca. taknak sudah. rasa jelik sila kuar dari sini. ko pangkah je kat atas sekali belah kanan tu.
(macam la ramai orang baca blog aku ni. padahal anak sedara aku je pun yg tau belog aku nih.)
*lalu jalan sambil tunduk pandang kaki*
antara sebab lain aku tak berapa excited nak masuk mrsm atau sekolah berasrama penuh ni ialah taknak berpisah dari kuarga aku. aku ni jenis pasif kalau tinggal tempat yg aku tak biasa. aku tak suka tinggal asrama. aku tak pandai bawak diri. maksud aku tak pandai berkawan. aku rasa rendah diri. aku bukan orang senang. aku rasa macam takde orang nak kawan dengan aku. buruk betul sangkaan aku. padahal bukan dorang taknak kawan aku, cuma aku ni ada masalah dalaman. maka aku asik la suka menyendiri. kat skolah aku memang berbeza dengan kat rumah. kat rumah super aktif, kat skolah huhh... kalau aku tak datang skolah seploh hari pun aku rasa orang tak pasan. huhuhuhu...
aku pernah jugak cakap ngan mek yg aku nak masuk skolah asrama penuh. bukan aku cakap sungguh2 pun. sekadar sembang2 kosong kat dapur je la pon. pastu respond mek aku pulak macam tak excited nak bagi sokongan untuk aku pi skolah jauh2. kau orang mesti pikir mek aku tak support anak belajar rajin2 kan? sebenarnya bukan begitu. ibu mana taknak anak dia berjaya kan? ada cerita di sebaliknya yg aku rasa malas citer kat sini.
eh, tetiba aku rasa nak stop sampai sini dulu.
callooooo....