Dah plan elokkk dengan Ngah beberapa hari sebelumnya. Katanya sabtu dia balik kerja tu dia nak aku dan anak-anak dah siap. Dia sampai je terus mandi, bersiap jom kita gerak. Balik dari kenduri Sepang, kita singgah pulak kat kenduri kawan dia. Itu plan asalnya.
Tapi nampaknya ada aral melintang.
Jumaat malam, Ngah demam panas. Tapi memandangkan Khamis tu dia dah ambik EL jaga Ammar, jadi Sabtu terpaksa jugak dia gagahkan diri gi kerja. Ammar demam sejak Selasa malam. Rabu aku ambik turn jaga Ammar. Khamis Ngah pulak cuti duduk rumah jaga Ammar. Tup-tup Jumaat Ngah terjangkit demam. Aku dah suruh dia gi klinik tapi Ngah kata takpe la, Sabtu kan halfday je, so dia pergi kerja jugak.
Sabtu pagi, lepas mendobi, aku tak masak pon, hanya goreng naget. ayam drummet dan fries je buat alas perut. Dah kata nak gi kenduri kan, buat apa nak masak beriya. Pukul 12tengahari aku dah siap gosok pakaian untuk pakai kenduri. Pastu aku hambat bebudak ni mandi dan bersiap. Pukul 2petang, Ngah belum balik. Time ni aku dah cuak sebab kenduri tamat pukul 3petang. Hampir ke 2 setengah, aku call Ngah, kot-kot dia lupa. Rupanya dia tak boleh balik selagi kereta nan satu tu tak siap repair. Adusss.. Aku dah hangin dah time ni sebab aku dah siap cantik-cantik dengan perut dah mula lapar, alih-alih dia belum gerak balik. Dalam phone dia kata kemungkinan tak dapat pergi sebab dia kata dia pun demam lagi. *mood memetir on*
Dah lebih 3.30 petang baru Ngah sampai rumah. Muka memang nampak penat dan pucat sebab demam. Terbatuk-batuk je. Kesian, tapi marah masih menjuarai. Sapa suruh tak bagitau awal-awal tak jadi pergi. Takkan tak boleh call beritahu sepatah? Dah la tak masak, lapar weyhhh. Aku kalau lapar, jadi bekeng melampau HAHAHA. Kesian laki aku kena petir. Aku tanya kenapa tak call at least bagitahu takyah bersiap kita tak jadi pergi Sepang sebab kerja banyak tambah pulak abang demam lagi. Tak boleh? Tak fikir ke anak bini kat rumah ni lapar namateyyy tunggu awak? Wah gituuu dia punya bebelan. Kemahinnnn drama kakak kau. Siap nak mati segala kahkahkah.
Ngah kata handphone takde bateri, tu pasal tak call. Aikk? bateri habis??? Dah tu aku call handphone dia boleh pulak dia jawab tadi? Alasan tu memang tak logik, maka bertambah lagi kemarahan kakak kau.
Ngah kata maaf la, abang memang banyak kerja. Aku diamm malas dah nak terus menjawab sebab seketika, aku sedar dia pun memang tak larat. Aku bukan kejam sangat oi. Orang bekeng macam aku ni, bila dah boleh lepaskan kemarahan melalui bebelan, dah lega dah sebenarnya. Dah habis benda yang nak diluah, lega la dia. Asalkan suami tak balas bebelan, Insya Allah takkan melarat.
Sebelum baring kepenatan, Ngah hulur RM50 suruh aku bawak anak-anak makan kat foodcourt. Aku ambik tanpa berkata apa-apa. Ajak anak-anak gi makan tapi hanya Ammar je ikut. Amir dan Joe taknak ikut kerana dorang kata tak lapar. Sampai foodcourt, kebanyakan lauk dah habis, almaklum dah dekat pukul 4petang. Mana ada lauk dah. Yang tinggal hanya lauk tak best je. Makan jugak la mana yang ada. Hanya aku je makan. Ammar takde selera sebab dia masih demam lite-lite. Dah kenyang, baru waras semula kakak kau ni HAHAHA.
Balik rumah, aku jenguk Ngah kat bilik. Tengok dia tidur kepenatan. Berselimut tebal siap pakai sweater lagi. Sian laki aku. Amir dengan Joe dah keluar main. Aku? Layan citer korea dah tak tau nak buat apa.
Pukul 6.30petang Ngah bangun tidur, datang kat aku suruh siap-siap nak gi kenduri kawan dia. Dalam hati berdialog "hek elehh.. kenduri kawan kita dia tak pergi, kenduri kawan dia buat apa kita nak pergi?" Wahhh kau. Nampak tak sisa kemarahan tak habis lagi tu? HAHAHA. Tapi dalam hati je la. Yang keluar kat mulut... "Kata demam... ". Lalu aku bangun pergi mandi. Lepas maghrib, kitorang gerak ke Shah Alam. Sebenarnya Ngah masih demam, malahan makin teruk pulak batuk. Dalam kereta tu kemain kong kong kong batuk. Dia plan lepas kenduri nak singgah klinik ambik ubat. Tapi tak jadi, balik kenduri terus gi cod kat puchong area masjid terapung kejap, pastu terus balik makan ubat yang ada kat rumah, pastu tidur.
Semalam Ahad Ngah masih demam. Bangun sekejap sarapan dan makan ubat yang sedia ada. Pastu masuk bilik sambung tidur. Petang baru dia keluar gi klinik ambik ubat. Nasib baik dah kebah. Dah boleh kerja hari ni.
** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **
Korang setuju tak kalau aku cakap kusam menyebabkan raut wajah seseorang nampak lebih tua dari usia sebenar? Aku rasa ramai setuju bila tengok gambar adik manis ni.
Hanya pakai Diamond Gold Skincare, terus naik seri. Terus nampak muda remaja, dan sebetulnya beliau masih muda lagi. Ibaratnya engkau bagai air yang bersih didalam bekas yang berdebu.. githeww.. HAHA
Jom, kalau rasa nak serikan raut wajah, nak try DG, boleh wasap nombor ni.
012-931 1015 - kak ila ngko.
Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.