Thursday, 30 August 2018

Cuti Raya Haji 2018 : Pertama Kali Ke Takbai, Thailand

Sambungan episod balik cuti raya haji hari tu.

Sehari sebelum hari raya haji, aku, Ngah dan adik aku Jani pergi Takbai, Thailand. Ini adalah kali pertama aku dan Ngah ke Thailand, walaupun jarak dari pusat beli-belah Pengkalan Kubor ke Takbai hanyalah dipisahkan oleh sebarang sungai aje.

Dah lama sebenarnya nak pergi seberang sungai nun, tapi memandangkan Ngah pun tak pernah sampai sana so kami dua orang macam takut nak nyeberang, perlu ada orang biasa pergi sebagai teman baru selamat dan best. Kebetulan pula adik aku pun free, aku ajak dia buat teman. Jani masa tu baru sampai malam tadi dari KL, tidur rumah mek. Rumah dia kat Kota Bharu tapi memandangkan badan penat campur selsema sikit, aku suruh dia tidur rumah mek je senang. Pagi esoknya dalam pukul 7.30am kitorang greak ke rumah Jani dulu untuk dia park kereta dia. Kitorang sampai di Imegresen Pengkalan Kubor pukul 10.30pagi lebih kurang.
Depan rumah Jani, Tunggu dia simpan kereta dia jap
Kat imegresen ni kitorang buat pass sempadan. Cas untuk 1 passbook RM10. Pastu kena bayar RM10 seorang untuk ambil gambar ukuran passport segera. Ada kaunter disediakan. Kalau nak jimat, boleh bawak gambar siap-siap. Asalkan gambar tu ukuran passport.

Pukul 12.15tengahari baru siap urusan kat kaunter imegresen. total cost untuk 3 orang adalah RM60. Oh ya. Kalau tak silap aku, hanya rakyat kelantan yang I/C 03 atau I/C bukan 03 tetapi alamat tempat tinggal dalam I/C adalah dalam negeri Kelantan je yang dibenarkan untuk memiliki buku pass sempadan (border pass). Selain dua syarat tu, kalau nak menyeberang ke Thailand perlu ada buku passport (macam yang korang guna untuk gi oversee tu). Apapun, boleh double check di kaunter imegresen terlebih dahulu untuk kepastian.




Kemudian, kitorang menuju ke laluan untuk naik bot.
Tuan tanah, adik bongsu tuan tanah dan suami tuan tanah

beratur nak ke jeti



Tambang bot murah je. RM1.20 dewasa, RM0.50 kanak-kanak
Kalau naik bot haram, maksudnya guna laluan yang tidak sah, tambang adalah RM3 dan risiko kena denda kalau tertangkap huhu.
Kitorang tak sempat naik bot ni sebab dah penuh. Tapi takpe sebab tempoh menunggu bot kedua adalah tak sampai 5 minit.

Dah bayar tambang, kitorang tunggu ketibaan bot pula. So selfie dulu sedas dua

Bot kitorang dah sampai
Kitorang duduk kat paling belakang, berdekatan enjin


Yang pergi bersama kereta, perlu naik bot besar. Seperti gambar ni.



Nampak tak khemah kat belakang aku tu?
Tu adalah kaunter yang disediakan oleh pihak imegresen Thailand untuk isi borang untuk daftar masuk.
Ada kisah terjadi kat kitorang kat sini. Sadis sangat hahaha.

Macam ni tau.
Sebaik bot tiba di tebing Takbai, Thailand, kitorang perlu menuju ke pejabat imegresen terlebih dahulu untuk melaporkan diri lah lebih kurang. Oleh kerana kita orang Malaysia dan nak kena isi borang dalam bahasa Thai, maka sebab itu la disediakan dua orang kat bawah khemah ni bagi membantu rakyat yang bukan warga Thailand isi borang. Pegawai tu tolong isikan. Kemudian pegawai tu serahkan semula borang yang telah siap diisi (cas RM2 seorang) untuk kitorang ke kaunter di dalam bangunan pula. Dengan cara itu, pegawai kat kaunter tak perlu lagi isikan borang untuk kitorang sebab ada orang dah tolong isi tadi.
Yang si Jani ni pulak, dia ingat-ingat lupa walaupun baru je datang tahun lepas. Dia ingatkan dah siap isi borang tu dah boleh pi shoping. Borang tu pakat simpan katanya, nanti nak balik Malaysia nanti tunjuk je borang tu. Aku dengan Ngah pon ikut je lah sebab kami mana reti tak pernah sampai sini.

Dah setel berjalan, beli belah bagai, tengok jam dah pukul 3.15petang. So jom balik.
Masa balik tu kitorang pergi ke kaunter yang anak panah ada tulis 'go to Malaysia'. Sampai kaunter, kitorang serahkan borang yang diisi kat bawah khemah tadi. Tiba-tiba pegawai tu suruh kitorang ke kaunter 'Arrival To Thailand'. Aku pelik la. Aku nak balik tapi dihalaunya pergi ke kaunter seolah-olah kitorang baru sampai. Tapi sebab pegawai tu suruh, kitorang pergi lah jugak beratur kat kaunter satu lagi. Kat situ pegawai tu minta borang dan pass sempadan. Pastu dia chop. Aku dah rasa pelik time ni sebab aku nak balik tapi apesal disuruh chop kat kaunter ketibaan? ahh biarlah. Asalkan setel sudahh. Aku check chop tu dan dapati aku masuk pada 21/8/2018. Aku perlu keluar dari Thailand sebelum 19/8/2018. Nampak tak chop belah kanan pat segi tu?


Untuk balik ke Malaysia, kitorang sepakat untuk naik bot kecil je. Bot kecil tambang RM2/person jika nak mendarat kat jeti sah. Kalau nak mendarat kat jeti haram, tambangnya RM3. HAHAHA macam-macam. Kitorang pilih nak mendarat di jeti sah.
Naik ke daratm kitorang ke kaunter imegresen untuk chop sebagai melaporkan kepulangan. Masa nak chop ni la baru kitorang sedar kesalahan.
Rupanya mengikut data imegresen, kitorang belum check out di Thailand! AKu minta penjelasan kat pegawai tu sebab konfius.
Kemudian baru aku faham.
Ketika isi borang bawah khemah kat Thailand tadi, itu belum boleh diaanggap kau dah check in. tu baru proses isi borang. Memandangkan orang Malaysia tak reti baca dan tulis bahasa Thai sedangkan borang adalah dalam bahasa Thai, disediakan dua prang pegawai untuk tolong kau isi borang je. Dah isi borang, baru la kau pergi beratur untuk chop check in. Step ni yang kitorang tak buat. Sebab tu masa nak chop check out, pegawai tu halau ke kaunter arrival sebab macamana kau nak check out sedangkan kau belum check in? Itu lah puncanya.

"Dah tu nak buat cemana?" aku tanya pegawai imegresen Pengkalan Kubor.
Dia kata dia tak boleh chop kepulangan aku ni kerana dalam sistem komputer mengatakan aku masih berada di Thailand. Dia nasihatkan aku sama ada pergi semula ke Thailand dan check out kemudian baru balik semula, atau balik je rumah dulu tapi sebelum 19/8/2018 kena pergi semula ke Takbai dan masa tu baru check out properly. Adududu... tak mungkin la nak kesana lagi dalam masa sebulan ni sebab nak balik KL dan lepas raya nanti.

Memikirkan kemungkinan akan ada masalah di kemudian hari kalau tak setel betul-betul, kitorang pun patah balik ke Takbai. Kitorang naik bot kecil dan minta dia hantar terus kat jeti bangunan imegresen Thailand. Dah tak larat dah aku nak berjalan kaki. Sampai kaunter, chop check out terus kitorang naik bot besar (sebab jeti bot besar lebih dekat dengan pejabat imegresen Thai). Sampai tebing Pengkalan Kubor dalam pukul 4.30petang. Letih tu takleh nak citer.





Ngah nak beli helmet kat sini, tapi pergi kedai barang motor, tutup pulak. 
  



Bagi aku lah, takde apa yang menarik pun kat Takbai ni. Dari tebing sungai Pengkalan Kubor memang nampak banyak kedai tepi-tepi sungai tu, tapi hanya kat situ je la banyak. Tempat lain lengang je. Setakat nak datang sebagai kenangan boleh la, tapi kalau datang nak shoping, kat Pengkalan Kubor tu 100 kali lebih baik kot aku rasa. Harga pun tak murah mana. Lebih kurang harga kat Pengkalan Kubor jugak, Adik aku beli sehelai baju T shirt harga RM20, minta kurang harga singgit pun dia tak kasi. Mungkin juga harga kat sini murah ketika nilai duit kita lebih tinggi dari nilai duit dia, tapi kalau nak shoping sekarang ni, baik perabiskan je la kat Pengkalan Kubor. Kedai kat tebing kita jauh lebih banyak, lebih selesa dan tersusun, dan kedai pun pelbagai. Kat Takbai aku tak jumpa satu pun kedai periuk kuali semua tu. Ya, mungkin ada tapi tutup sebab esoknya raya haji, tapi aku rasa Pengkalan Kubor lagi best.

OK la aku nak sambung kerja.
Ada masa boleh sambung lagi.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.