Ngah mintak masakkan asam pedas. Teringin katanya.
Cara masak asam pedas cara aku :
Tubuk lumat sebesar separuh penumbuk lengkuas bersama seulas bawang putih dan sebiji bawang merah besar. Memandangkan lengkuas tu keras, aku hiris nipis terlebih dahulu lengkuas tu. Baru tumbuk hingga hancur. Dah hancur lumat, baru aku masukkan bawang putih dan bawang merah lalu tumbuk bersama. Lengkuas tu kalau tak hancur betul-betul, nanti mengganggu time nak hirup kuah. Nak-nak pulak ada anak cerewet macam anak aku, kejap-kejap ehh umi dalam ni ada kayu. Potong stim aku nak makan asik nak kena buang kayu kayan tu untuk dia je nanti.
Kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga garing. Aku tak suka letak belacan dalam asam pedas. Kalau korang suka, boleh tumbuk sekali dengan belacan kemudian baru tumis.
Dah garing, masukkan sesudu besar cili giling dan tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan air sebanyak 3 gelas atau sukahati korang la nak kuah banyak mana. Lepas masukkan air, masukkan 2 sudu kecil asam jawa extra Adabi. Pandai-pandai la nak masam tahap mana ye.
Biarkan kuah tu mendidih dulu baru aku masukkan ikan.
Agak-agak ikan dah hampir masak, baru aku masukkan daun kesum dan bendi. Daun kesum tu aku potong-potong sikit supaya tak melilit kat senduk hihi.
Kemudian masukkan garam + ajinomoto + gula.
Sekian, dah boleh makan dengan nasi.
** Testimoni Diamond Gold Skincare **
Tengok adik manis ni. Jeragat kat tulang pipinya dah makin kurang kelihatan sejak konsisten pakai Diamond Gold Skincare. Jeragat kita tahu memang susah nak hilang sepenuhnya. Ambik masa.
Datang pon tiba-tiba, memang takkan perasan. Tahu-tahu dah ada. Lama-lama makin besar dan makin tebal. Sape nak halang jeragat dari merebak, sila la pakai protection.
Nak protect dengan DG? Meh wasap daku.
012-931 1015 - kak ila ngko
Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.