Kawan dah tunggu depan rumah ajak main futsal, tak pon main basikal. Dulu masa awal-awal sekolah, dia ok je ada jugak buat ulangkaji. Lama-lama langsung tak nampak selak buku. Setiap kali aku tanya ada kerja sekolah tak, dia kata dah siapkan kat sekolah. Tak pon dia akan kata nak buat dengan kawan pagi esok. Memandangkan dia sekolah petang, pagi tu dia kata boleh buat sama-sama dengan kawan. Katanya laaa..
Dua minggu lepas; 13/7/2018 ada hari terbuka kat sekolah dia. Aku dah cakap awal-awal kat Ngah yang aku yang akan pergi sekolah Amir. Sekolah rendah yang kebetulan hari terbuka pun jatuh pada hari yang sama dan dua-dua pulak sama-sama sesi petang, aku mintak Ngah je la pergi sekolah rendah.
Lepas jumpa cikgu kelas Amir, terpana aku seketika. jatuh terokkkk markah Amir.
Sedihnyaaa lahai.
Sejak tu, mood aku kelaut. Risau memikirkan hal sekolah anak-anak. Paling risau tu, Amir sekarang ni sedang nak up. Tak boleh marah kuat-kuat. Kena ada cara, tapi aku tak tahu macamana nak suruh dia belajar tanpa rasa dipaksa, biar dia rela sendiri.
Kat tempat kerja, aku try bertanya dengan seorang officemate. Aku interview sorang je; Eric. Chinese, lelaki, QS yang aku andaikan masa dia sekolah dulu dia rajin belajar. Kalau tak rajin, takkan boleh jadi QS kan. Mungkin jadi penjual CD kat pasar malam hehe. Aku tanya macamana dia masa sekolah menengah dulu boleh rajin belajar tanpa dipaksa. Dia kata sebab KAWAN. Dia dulu kebanyakan kawan dia adalah budak yang jenis rajin pergi sekolah. Rajin belajar. Oleh sebab dia berkawan dalam kelompok itu, dimana dorang ni suka berlawan markah periksa sapa lebih tinggi, jadi secara tak langsung dia pun terikut-ikut berlawan markah.
Tetiba terimbau kenangan diri sendiri.
Aku dulu pon, kalau lah salah pilih kawan, mungkin terpaksa tanggung pinjaman MARA 16k buat diploma kat PTPL Ampang. Masa tu, kitorang semua 10 orang serumah, 9 orang adalah budak diploma sains komputer (sorang budak matriks). Oleh kerana Tuhan letakkan aku dalam kelompok kawan yang jenis kuat belajar, hampir setiap masa pegang nota. Hinggakan aku naik risau jika aku sorang je dalam kelompok tu yang tak bijak. tengok kawan baca nota, ehh tak boleh biar dorang je pandai. Aku pon kena baca juga. Akhirnya kitorang semua 9 orang berjaya berjaya convert pinjaman MARA kepada biasiswa. Sebab apa? Sebab CGPA cantik! Terima kasih kawan-kawan DISKO.
OK sambung kisah anak.
Dalam kalangan kawan Amir yang kuat main, ada je yang terror belajar. Main kuat tapi belajar pandai. Aku kenal kebanyakan kawan-kawan dia. Setakat ni depan aku semua pon elok je perangai. Hormat orang tua. Muka suci je belaka. Sengihh je macam kerang busuk tiap kali aku jenguk sambil jawab salam. Nama sorang-sorang pon aku tahu.
Takkan aku nak sekat tak bagi bercampur langsung. Lagipun Amir dah makin besar, waktu pagi aku gi kerja, takkan nak kurung dia kat rumah je. Dia makhluk hidup mesti pandai keluar sendiri. Daripada dia keluar curi-curi, lebih baik dia keluar dengan izin aku. Karang aku kata JANGAN keluar rumah selain hanya ke sekolah, tak pasal-pasal nanti dia mula berbohong kata tak keluar padahal berdesuppp belakang aku. Elok-elok nak didik jadi pandai, terdidik jadi pembohong pulak. Na'uzubilah..
Tak tunggu habis bulan July, terus aku daftar 3 beradik tu kelas tuisyen. Amir kali ni dah tak boleh mengelak lagi. Dulu boleh la cakap penat, sekarang sorry naik lorry. Kau penat? Umi lagiiiiiii penat. Nak harap kau belajar kat rumah memang liat, jadi penat pon terpaksa pergi tuisyen. Mula tu dia protes, tapi aku basuh dia balik. Kalau result kau cantik, kalau kau memang dah bijak, takde de umi bersusah payah hantar kau tuisyen. Kau ingat free kee? 3 beradik dekat 500 tau tak? 500 tu tebal jugak tau tak? Kalau kau malas sangat, toksah sekolah langsung, berhenti terus! Gituuu dia punya ugutan. HAHA. Setakat ni penat-penat muncung-muncung pun pergi jugak tuisyen. Harap istikomah la hendaknya.
Semua mak bapak harap anak-anak jadi pandai, jadi bijak, termasuk la aku. Tapi aku tidaklah terlalu paksa supaya anak bawak balik A semua. Cukup la kalau dorang tak bawak balik D. Itu pun susah juga kee? *nangess*
** Testimoni pengguna Diamond Gold Skincare **
"Alhamdulillah.. kulit rasa lembuttt je sis sejak konsisten pakai DG. Ramai juga tegur pakai apa kulit cerah hihi.."
Nak try pakai Diamond Gold Skincare jugak?
Boleh wasap 012-931 1015 - kak ila
Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.