Amir ada seorang kawan. Namanya E. E ni jiran lama kitorang sebelum pindah rumah sendiri. Mak E pun aku kenal dan kami selalu jugak sembang time terserempak.
Dulu, ketika Amir masih belum bersekolah hingga Amir darjah 6, mereka ni kawan baik jugak lah. Selalu main sama-sama. Mungkin kerana jarak rumah dekat sangat, kadang-kadang Amir main kat rumah E, kadang-kadang E datang main rumah kitorang.
Namun, sejak naik tingkatan 1, aku perasan Amir dah kurang berkawan dengan E. Amir dah ada kawan baru. Ramai. Kawan-kawan Amir ada yang tinggal berdekatan rumah E, dan ada yang tinggal di flat yang sama dengan kitorang. Sebenarnya aku dah perasan lama benda ni, Amir macam tak berapa nak rapat dengan E. Cuma aku tak siasat kenapa. Aku sangka mungkin sebab kawan dia dah ramai, dan kebanyakannya ada basikal (E takde basikal) so jarang la tengok Amir dan E bersama macam dulu-dulu.
Satu hari aku sembang dengan Amir. Aku tanya dia kenapa dah lama tak nampak E. Amir cakap sekarang tak best kawan dengan E lagi. Pelik punya pasal, aku pun korek nak tahu cerita.
Menurut Amir, E takde basikal. Bukan takde sebenarnya, cuma basikal dia rosak dan abahnya tak nak baiki. Menurut mak E, dorang sengaja taknak baiki basikal tu sebab taknak E main jauh dari rumah. Ini mak E sendiri cerita kat aku masa kitorang jumpa kat kantin sekolah. Masa tu masing-masing tunggu anak first day darjah 1.
OK sambung cerita pasal E.
Bila E takde basikal, dia akan pinjam basikal kawan yang lain dan main punyalah lama hingga tuan punya basikal terpaksa jalan kaki. Akhirnya tuan punya basikal tu tak berapa suka kawan E lagi. Setiap kali Amir ajak main kat rumah E, kawan-kawan lain taknak sebab dorang tak suka E. Akhirnya dengan Amir-Amir sekali dah jarang main kat rumah E.
Satu hal lagi, main futsal. E ni suka main solo. Main solo ni asal dapat bola kat dia je, dia akan bawak bola tu alone, taknak pass kat kawan-kawan lain, seolah-olah dia main dengan penjaga gol je. Amir cakap boring sangat main bola bila E ada. Hinggakan bila dorang nak main futsal, bila E tiba-tiba datang, terus dorang cancel tak jadi main HAHAHA sabor je lah. Aku suruh Amir beritahu E jika tak suka E main macam tu, jangan pulaukan dia kesian dia. Amir cakap dah bagitau tapi E buat bodohh je. Hmmm...
Masa aku sembang dengan mak E kat kantin sekolah, mak E cakap dia bagi duit belanja sekolah seminggu sekali. So pandai-pandai la E uruskan duit seminggu tu. OK tu cerita mak E.
Cerita Amir pulak, E ni sejenis suka tumpang makan makanan orang. Makan kalau sikit takpe, ni makan sama naik dengan tuan punya makanan. Pastu time balik sekolah. Kalau dia beli aiskrim ke keropok ke misalnya, dia akan berjalan balik berseorangan tak tunggu kawan, makan pun laju je HAHAHA. Kira macam kedekut taknak kongsi makanan dia, makanan orang kemain dia pulun. Aku tanya Amir, kenapa E tak beli makanan pakai duit sendiri? Mak dia kan ada bagi duit belanja? Amir kata duit dia, dia simpan buat beli top up. Dia top up semata-mata nak main game online. Jadi dia dah takde duit buat beli makanan.
Amir ke sekolah jalan kaki beramai-ramai. Ada juga yang kayuh basikal tetapi dorang kayuh pelan-pelan supaya dapat bersembang dengan kawan-kawan yang takde basikal. Masa awal-awal persekolahan dulu, semua sepakat untuk berkumpul depan rumah E kerana rumah E tepi pagar sekolah je pon. Sekarang dorang semua dah taknak berkumpul rumah E dah, dorang berkumpul rumah kawan lagi satu, pon dekat dengan sekolah juga cuma lain lorong. Amir cakap E suka pinjam basikal kawan, pastu kayuh sampai ke sekolah. Tuan punya basikal mintak basikal dia balik pun E buat bodohh je. Macam tak kisah perasaan orang. Sebab tu makin ramai orang tak suka kawan dengan dia.
Mak E pernah cakap dia belikan handphone untuk E kerana memikirkan E tinggal kat rumah sorang-sorang jadi handphone adalah penghubung penting yang mana susah kalau tak ada handphone. Mak E kata dia pakai Celcom line. Dan line E ni didaftarkan sebagai 'sub' dibawah line mak dia. Jadi bil hanya datang satu je. Dengan itu, mak E boleh pantau penggunaan handphone anak dia. Tapiiii, kalau anak dia top up extra data menggunakan duit belanja sekolah, mak E tak boleh tahu ke? Aku pelik jugak tu.
Macam-macam hal budak-budak sekarang ni. Aku ni baik dengan mak E, rasa serba salah dan kesian. E hanya 2 beradik je. Jadi aku bajet, mak bapak dia mesti sangat sayang kat dia. Kalau mak dia tahu anak dia kurang disukai oleh rakan sebaya, mesti dia sedih. Pernah juga rasa nak cakap tentang pandangan kawan-kawan terhadap anak dia, bukanlah nak mengadu tak puas hati ke apa, cuma rasa kesian kat E. Iya lah, kita memang takkan tahu keburukan diri kita, kawan boleh nampak kelemahan kita, tapi kalau takde orang beritahu, kita takkan tahu sampai bila-bila. Tahu-tahu je orang menjauh demdiam, kesian lah kat dia.
Tapi, bila pikir-pikir balik, aku rasa elok aku buat tak tahu je lah. Karang jadi lain pulak. Amir pun pesan jangan bagitau mak E. Hmmmm...
Macam-macam ragam budak-budak sekarang. Aku ni pon tak tahu lah Amir tu cemana bawak diri dengan kawan-kawan. Setakat ni nampak macam takde problem. Harap-harap tak salah pilih kawan la.
Hampir setiap pagi, ada je kawan datang panggil Amir keluar main futsal ataupun kayuh basikal. Kadang tu Amir belum bangun tidur, terpaksalah aku kejutkan Amir begitahu kawan dia datang. Berdesup Amir bangun mandi siap-siap keluar main. Tak boleh jadi ni. Aku taknak Amir sesuka hati keluar main. So aku tetapkan tugas untuk dia. Setiap pagi sebelum keluar main, mesti sapu rumah dulu, pastu buang sampah. Siap dua tugas tu baru aku izinkan dia keluar main.
Pagi semalam ada pat lima orang kawan datang rumah. Mereka tak pernah masuk rumah aku pun, hanya bersidai tepi gril rumah belah belakang je. rumah aku ground floor jadi dorang suka kalau janji nak jumpa, mesti portnya kat rumah aku. Yang itu aku suka, at least aku boleh tengok siapa kawan Amir.
Semalam baiki basikal. Dalam kereta Ngah ada macam-macam tools so mereka boleh pinjam guna. Ngah tak kisah dorang pinjam asalkan simpan balik kat tempat kau ambik. Kalau ambik dalam toolbox, pastikan kau simpan balik dalam toolbox, jangna main letakkk je. Masa dorang mempomen tu, aku dengar jugak dorang bersembang. Salah seorang dari mereka tu, asal sembang je mesti ada sebut 'bodoh' kat hujung ayat. Contoh. "Pusing skrew ni ke kiri lah bodohh, kau pusing ke kanan sampai esok pun tak ketat". Sikit-sikit bodoh. sikit-sikit bodoh. Nakkk je aku keluar sound budak tu. Tapi mengenangkan nak jaga air muka Amir, aku diam. Aku taknak la potrey diri sebagai mak yang garang lagi bengis depan kawan-kawan Amir. Dengan anak-anak sendiri tu lain cerita. HAHA..
Eh eh.. ralit menaip dah pukul 5.30 dah oi.
Sampai sini dulu lah. Ada masa sambung lagi. Time ada masa, rajin pulak takde. huhu
** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **
Siapa nak kulit dia jadi licin, sihat dan cerah berseri macam adik manis ni, boleh wasap aku ye.
012-931 1015 - Diamond Gold Skincare trusted seller ececeh.
Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.