Monday, 5 February 2018

Berkhemah Satu Malam di Pinggir Pantai Port Dickson

Lama giler tak update blog. Padahal banyak je aktiviti nak pahat kat sini. Ni pun masa aku update dah pukul 5.32petang. Officemate semua dah balik. Tinggal aku je. Update je lah sebaris. Lagipun kalau balik sekarang, kena jugak tunggu Ammar dan Joe depan daycare.

Takde apa nak cerita pun. Setakat nak tepek gambar kenangan gi pacak khemah bermalam tepi laut kat PD kelmarin je.

Dulu dah pernah pergi sekali. Pacak khemah jugak. Tidur satu malam tepi laut. Masa tu apesal ntah, mungkin aku penat sangat kott. Lepas mandi laut petang tu. malam belum pukul 8 terus tertidur sampai esok pagi. Ngah dan anak-anak kemain ber BBQ. Bakar lauk la, masak megi cup la. Aku? Tak sedar-sedar. 

Sebenarnya dah lama Ngah ajak repeat. Aku je malas. Bukan tak minat. Aku minat je berkelah ke berkhemah ke, memang aku suka. Cuma kebelakangan ni je rasa macam masa tu tak sesuai. Bulan 12 hari tu mek ada kat rumah aku. Takkan nak bawak mek tidur dalam khemah kot kan? Bawak orang tua mesti la check in hotel. Biar proper. Tapi kalau check in hotel, dah tersasar dari matlamat Ngah nak camping. 

So Sabtu lepas kitorang pergi la berkhemah buat kali kedua ke pantai Port Dickson. Berbekalkan 5 ketul ayam yang kami beli kat pasaraya NSR Klang, 5 biji telur, 5 megi cawan, beras 300gram, ubi keledek, periuk, dapur gas mini, dapur pembakar (arang) dan beberapa alatan lain.

Pagi Sabtu tu aku tak kerja. Ngah je kerja halfday. Elok Ngah balik, kitorang siap-siap kain baju, dalam pukul 3.30pm kami gerak ke PD. Sampai PD, kitorang cari kedai nasi dulu, sebab paginya tu aku dan anak-anak hanya makan roti canai kat kedai mamak. Dah makan kenyang-kenyang, baru kitorang cari tapak nak pacak khemah. 

Selepas ditinjau-tinjau, kitorang berkemah tempat sama semasa kali pertama kitorang datang. Sebabnya, masa kitorang sampai petang sabtu tu, masih ramai lagi pengunjung sedang mandi laut. Dorang ni kejap-kejap lagi balik la so tapak yang dorang kosongkan tu nanti boleh Ngah pacak khemah dia pulak. 

Tiba-tiba jatuh air hujan setitik dua. Ahh sudahh. Nak hujan pulak dah. Sudahnya Ngah cepat-cepat pasang khemah kat tempat masa mula-mula datang tahun lepas. Takyah la tunggu tapak lain. Karang turun hujan lebat, khemah nya belum siap.



Masa kitorang mula-mula sampai sini, air laut masih surut. Hingga nampak seluruh tiang jambatan kat belakang tu. Pastu lama-lama baru aku perasan paras air laut makin naik. Nyesal pulak tak ambik gambar sebaik saja sampai.











Lepas siap pasang khemah, aku pon terjun laut. Cuaca sangat best. Mendung macam nak hujan tapi tak hujan. Angin pon kadang kuat, kadang sepoi-sepoi. Memang elok mandi laut time ni.

Sementara aku mandi, Ngah hidupkan bara api nak bakar ayam pulak. Lepas mandi sekejap, aku naik dan salin pakaian. Pastu join Ngah siapkan dinner kami. Dinner lah sangat. Ratah ayam je pon. 

Ikan cencaru 2 ekor. Makan sekor je, sekor lagi tak habis bawak balik makan kat rumah esoknya.

Ayam bakar saiz ni, sorang makan seketul. Semua makan tak habis, termasuk aku dan Ngah pun tak habis makan. Sebabnya masing-masing masih kenyang melantak nasi kat kedai siang tadi. Rupa ayam macam hangus tapi takde hangus sangat. Hanya handphone aku battery low, so flash tak hidup. Nampak la ayam tu hitam. Ehhh.. motif nak explain?? HAHAHA

Keesokkan paginya, aku masak air untuk bancuh air kopi 3in1 yang aku bawa dari rumah. Nampak dalam raga ada berbaki 2 ketul megi cup. So mari kita tuang air panas. Itu je lah konon-konon untuk alas perut pagi ni. Oh ya, telur 5 biji masih ada. So rebus telur. Boleh la untuk alas perut sebelum tengahari kan? 

Ngah keluar jap cari nasi bungkus. Balik-balik bawak roti telur 5 keping. Hai banggg, kata nak cari nasi? Ngah kata dia memang plan nak cari nasi. Tapi bila dia nampak kedai ni penuh pelanggan beratur tunggu roti canai, dia pun singgah. Kedai roti canai melayu rupanya. Biasa kan kita makan roti canai mamak. Ini kedai melayu. So dia immediately tukar nasi bungkus kepada roti canai. Lokasi kedai tu depan hotel. Ngah ada sebut nama hotel tu tapi biasa lah aku, mana boleh ingat kalau tak catat. HUHU.

Roti canai dia memang lembut dan terpaling aku suka is kuah kari dia. Memang sedap. Patut ler ramai pelanggan. 


Tiba-tiba tamat HAHAHA



** Testimoni pengguna Diamond Gold Skincare **

Kulit jadi makin sihat, lembab dan cerah dengan set lengkap Diamond Gold Skincare. 
Mahu try ?
Wasap 012-931 1015 - kak ila ngko