Pepagi tu aku dah kejutkan anak-anak suruh mandi. Tu pun jenuh liat nak bangun. Kejutkan Amir suruh mandi, Amir suruh Joe mandi dulu. Kejutkan Joe mandi, Joe mintak Ammar mandi dulu. Haishh budak-budak ni. Nasib baik rumah orang. Kalau rumah sendiri dah kena dengan aku ni. huhu
Masa nak gerak ke Kota Bharu, tiba-tiba ada delivery nasi bungkus 7 bungkus. Untuk kami seramai 7 orang. Adudu.. rupanya mak Zura belikan juga makanan untuk kami makan waktu dalam perjalanan balik Pekan. Padahal dah pesan malamnya tu takyah masak atau beli apa-apa sebab kami nak sarapan kat pasar. Nak tapau makanan best-best untuk bekal. Dia kata takde susah pun, memang dia nak bagi. Setiap kali aku datang rumah Zura, mak dia tak pernah walau sekali pun tak bekalkan apa-apa. Pernah sekali aku datang beraya rumah dia bawak mek. Nak balik tu mak Zura bagi beras siam kat aku dan mek sekampit 5kg sorang. Terkejut aku. Kalau bagi kat mek sorang tu tak pe la jugak sebab consider warga mas, ni dengan aku-aku sekali dapat. Mudah-mudahah murah rezeki keluarga Zura.
OK sambung.
Pukul 8.30 kitorang turun dari rumah.
Ayra dan Ayohngoh - versi muka masam |
Versi muka senyum. Tu pun jenuh agah |
Aku dah plan nak sarapan kat pasar Siti Khadijah je, tapi Der bawak kitorang ke kedai tersohor, Kopitiam Kita. Memang popular kedai ni. Pukul 9pagi sampai kedai tu, dak takde tempat nak duduk. Terpaksa beratur kalau nak. Kebetulan CNY pulak, ramai la chinese datang sarapan kat sini.
Nampak tak panjang barisan kat dalam tu? Tu semua beratur tunggu menu popular; roti titab kalau tak silap aku. |
Ni pulak beberapa orang pelanggan yang tak dapat tempat duduk macam kitorang. |
Budak-budak ni dah mula moody sebab terpaksa masuk kereta balik sedangkan dorang ni lapar. |
Sampai je pasar, selipar Amir tiba-tiba putus. Terseret-seret dia jalan. Dah la sampai awal, kedai kasut pun belum bukak lagi. Tanya orang kat situ dorang cakap ada satu kedai selipar tepi ATM dalam pasar. Aku pun menapak kesana. Cari-cari takde pulak. Kesian Amir dah jauh seret selipar putus ni. Tanya lagi kat orang tepi ATM tu, dia cakap ada satu kedai kat tingkat 1. Kitorang pun naik tangga tingkat 1. Jumpa akhirnya. Punyalah susah cari selipar, rupanya dekat dengan bahagian makanan ni je. Kalau tau macam tu, tak payah aku berpecah dengan mak tadi. Mak ikut Der cari kedai makan.
Masa aku cari selipar Amir, Ngah bawak Ammar pergi bank. Katanya nak cucuk duit. Abah pulak jalan sorang diri. Suka la abah jumpa kawan-kawan lama dalam pasar ni.
Dah setel hal selipar, kitorang pun cari kedai makan tempat mak makan.
Masa aku cari selipar Amir, Ngah bawak Ammar pergi bank. Katanya nak cucuk duit. Abah pulak jalan sorang diri. Suka la abah jumpa kawan-kawan lama dalam pasar ni.
Dah setel hal selipar, kitorang pun cari kedai makan tempat mak makan.
Biasalah bila perut lapar. ambik lauk pun banyak. Joe mintak ayam goreng kunyit saiz suku ayam, bahagian dada. Jenuh nak perabih. Last-last tak habis jugak. Terpaksa aku mintak plastik nak bungkus ayam tu. Buat makan dalam kereta. Amir pulak ambik paru air asam. Tu pun tak habis makan. Sudahnya bungkus jugak. Aku? makan laksam je lah sebab dah lama nau tak makan laksam. Nasi Joe tu pun aku terpaksa perabis. Patutla makin bulat. Kenapa la aku ni berselera sangat makan sejak kebelakangan ni. *nanges*
Lepas makan, kitorang turun tingkat bawah balik untuk beli kuih muih dan makanan lain. Kali ni aku tak beli banyak makanan pun, mungkin sebab perut kenyang baru lepas makan so nafsu membeli makanan tu tak berapa banyak. Aku hanya beli ketupat, etok salai, ulam pucuk jenereh dan sebiji limau belah lintang. Limau ni pun aku baru je tahu keistimewaannya. Alamak gambar takde pulak nak tunjuk. Limau ni dikatakan sangat wangi bila diperah dalam budu. Bau dia dikatakan dari luar rumah dah boleh hidu dan memanggil-manggil orang untuk makan nasi berlauk budu. Aku dengar ni dari mak Zura. Limau ni mak Zura kata mahal sikit berbanding limau nipis mahupun limau purut.
Ketika aku nak beli, aku tanya penjual tu berapa sekilo limau. Penjual tu kata sebiji RM2. Jadi aku beli la sebiji sabit nak tahu tahap kesedapannya. Masa tu ada sorang pakcik kat sebelah aku. Dia kata ni limau sedap ni, orang panggil limau kerat lintang. Aku tanya kenapa nama dia limau kerat lintang. Saja layan sembang hihi. Pakcik tu cakap sebab biasanya limau, contohnya limau nipis, kita belah, limau ni kita tak belah, sebaliknya kita kerat. Korang tahu kan apa beza belah dan kerat? Kalau tahu, takpe hehe. Aku nak explain pun susah.
Dah beli, tertinggal pulak kat rumah mak di Pekan. Adehhh... tak dapat jugak aku merasa aroma dan kesedapan limau kerat lintang seperti yang diperkatakan tu. Terpaksa la tunggu balik kampung lain kali pulak.
Ok lah. Stop dulu. Ada masa aku sambung k? Doakan aku rajin hehe