Ni cerita malam 30/1/2018. Kisah dah nak masuk 3 minggu berlalu, baru datang akal nak tepek dalam blog. Adehhh..
Masa Akma wasap aku cakap nak set date for fotoshoot, aku sedang berkursus 2 hari kat Cheras. 29/1/2018 dan 30/1/2018. Mula tu Akma nak buat malam 31hb yakni malam Thaipusam. Dia tanya aku boleh ke tak nak buat malam 31hb, aku cakap ok je sebab aku tak kemana-mana pun. Asalkan dalam Shah Alam. Cumanya lepas maghrib je la yang aku boleh. Office aku kerja pada hari Thaipusam. Nak cuti kalu, sila apply.
Lepas dah discuss, akhirnya kitorang sepakat adakan sesi fotoshoot pada malam 30/1/2018. Pagi 30hb tu aku last day kursus. Nasib baik jugak kursus hari last tu tamat lebih awal. Kalau tak, kelam kabut jugak tu agaknya.
Masa Akma ajak fotoshoot tu, aku sangka semua stokist termasuk founder pun turun sini. Cemas giler hoi. Aku mana pernah fotoshoot kat studio bawak produk pulak tu. Dah la masa Akma cakap nak kena pakai baju hitam tudung kuning tu dah waktu malam. Aku mana ada shawl kuning yang betul-betul kuning. Warna kuning nak ke gold tu ada lah. Pastu baju pulak kena warna hitam. Nasib baik ada jubah hitam yang aku beli 3 tahun lepas kat Tewah IOI Mall. Dah ketat sikit, takpalah kita pakai bengkung. Semput pun semput lah, janji takyah beli baju baru. Kahkahkah.
Rupanya fotoshoot hanya untuk team Akma je. Legaaa. Pastu keesokkan harinya Akma wasap aku mintak mekapkan kening dia. Kau biar betikkk dikk? Kau nak hakak lukis kening jadi kening Sinchan boleh la tadah muka bagi hakak. Tapi kalau nak cantik tersergam indah, baik cari orang lain. Kang tak pepasal je gambar fotoshoot tak lepas nak buat marketing. Kahkahkah.
Nahh, tataplah gambar kitorang yang masing-masing tak bersedia nak fotoshoot. Keras kejung tu satu hal, mekap pon sendiri-sendiri je. Sebab tu muka macam tepong gomak. Muka aku la tu. Kawan-kawan lain elok je nampak natural, simple. Aku je nampak terlebih cerah, apesal ye? Padahal aku pakai DG Barbiedoll Foundation je pon. Pakai blusher pun macam tak nampak pakai blusher. Lipmatte tu pun macam pepel sangat warna dia dalam ni. Lipmatte Seqybeauty tu. Aku suka warna tu sebab nampak pink nak ke pepel. Cuma dalam gambar ni nampak sangat ke-pepel-an nya tu. Mungkin sebab lighting kot. Kahkahkah matiklaaa salahkan lighting pulak dah. Dek kerana muka nampak terlebih cerah, nampak tangan tu pulak hitam hahahah padahal tangan sejak azali memang hitam. Adoiiii tak puas hati tak puas hati !! HAHAHA
Akma kata lain kali nak buat fotoshoot lagi, nak buat lebih proper sikit, nak ajak founder sekali. I is terujaaaa. Kalau macam tu, aku nak gi mekap cantik-cantik lah. Biar helok sikit kejadiannya.
Akma ni memang cantik sangat. Kulit dia bersih, langsung takde jeragat. Jap aku tunjuk gambar jarak dekat dia.
** Testimoni Diamond Gold Skincare **
"Sejak pakai DG, parut jerawat makin hilang. kulit muka pun bersih je kakk, pakai mekap pun senang blend. Ramai tanya pakai apa muka licin hihi "
Sape-sape nak order Diamond Gold Skncare, silakan wasap daku ye.
012-931 1015 - kak ila ngko
Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.