Wednesday, 13 September 2017

UPSR 2017 - Day 3

Hari ni subjek matematik kata amir.

pagi tadi aku bangun awal.
lalu menyiapkan sebiji benjo setiap seorang.
amir dan joe. ammar takyah.
nanti dia mintak roti canai jugak.

mudah-mudahan tak kelaparan macam pagi semalam.

amir ni kat rumah dia malas.
sama la macam aku dulu kahkahkah.

yang bezanya amir kena sekolah pagi dan petang.
aku pulak sekolah kebangsaan waktu pagi tu je.
petang, aku mainnnnn hingga maghrib.

esok nak periksa upsr pon aku rilekk lagi.
macamkan ambik periksa penggal je.
takde rasa cuak ke gabra ke.
kira macam tahap konpiden mak hencik ni melambung tinggi gitu.
kahkahkah
takde lah.
padahal aku sebenarnya tak reti nak panik pon.
almaklum la masih kanak-kanak.

sama la jugak dengan amir.
dia mana reti nak stress-stress ni.
balik rumah bukak tv.
abah dia dah letak password baru taknak bagi layan kartun.
ehh, dia layan korea yang aku rakam pulak.
dah tu? takkan aku nak marah-marah paksa-paksa suruh baca buku time2 maghrib ni?
kuasa aku.
baik aku masak cepat-cepat.

bila aku kenang-kenang balik, aku rasa aku ni macam ibu yang tak tegas perihal pelajaran anak-anak.
aku cuba nak tegas. tapi tak tau macamana.

aku nak daftarkan tuisyen kat amir masa awal tahun ritu, dia taknak.
dia kata penat.
lalu aku cuba selami aktiviti seharian dia.
ehh, memang betul memenatkan.
pagi sekolah.
petang sekolah.
malam takkan nak sekolah lagi.
kalau tuisyen, balik tuisyen nak siapkan kerja sekolah pulak.
macam takde life je.
pastu aku bandingkan dengan perjalanan hidup aku zaman umur macam dia.
aku ada banyakkkkk masa main.
amir? macam takde je.

ruang dia main hanyalah kat daycare.
main dengan kawan-kawan yang sama-sama tunggu mak bapak datang jemput balik rumah.
kemudian hari minggu.
tapi hari minggu pun jarang main kat luar.
ada tu ada, cuma bukan setiap minggu.

aku harap, Tuhan kesiankan anak-anak aku.
walaupun kat kertas tak nampak pandai, aku harap dia masih bijak pilih jalan hidup.
wah wah wah..
gituuu.

ok lah.
tak perasan dah pukul 5.30petang.
banyak lagi nak taip sebenarnya.
tapi nak balik cepat.
nak COD Diamond Gold product kat Giant BK4 jap nanti.
challowwww dulu.

sekian.

Yg baik dari Allah.
Yg buruk dari Aku.