dan ini salah seorang calonnya.
11/9/2017 - UPSR day 1. |
Amir.
anak sulung tuan tanah.
sesaja la tangkap gambar dia tengah nak pakai kasut pagi tadi.
buat kenang-kenangan untuk aku tepek dalam blog.
hari ni subjek BM1 dan BM2 katanya.
macam mak-mak yang lain, aku pun rasa cuak jugak bila terpikir pasal periksa UPSR ni.
hati tu berdebar je.
cuma malas nak terlalu pikir sangat.
lagipun, aku sedar anak aku bukan kategori cemerlang lang lang sangat.
kat sekolah dia, ada 8 kelas murid darjah 6.
Amir berada dalam kelas ke 4.
walaupun tak cemerlang, aku tetap harap subjek BI di tak gagal.
huhu..
beberapa minggu yang lalu, amir ada cakap dia nak masuk sekolah menengah agama.
dalam hati aku rasa syukur jugak bila dia lahirkan hasrat nak bersekolah aliran agama.
cumanya, aku khuatir dia pilih jalan tu kerana terikut kawan-kawan.
dah la sekolah agama jauh dari rumah.
dah sah-sah kena duduk asrama.
aku risau belajar 2 bulan tiba-tiba bagitau nak sekolah kat menengah biasa semula.
pernah terjadi kat kakak aku.
satu-satunya anak lelaki yang dia ada.
tamat je darjah 6, dia cakap nak masuk sekolah pondok.
masa tu kawan sekampung dia pun nak bersekolah kat sekolah pondok.
hari-hari dipujuknya kakak aku suruh hantar dia sekolah pondok.
akhirnya kakak aku tewas.
pergilah mendaftar.
kawan dia pun emak dia daftarkan jugak ke sekolah pondok.
sekolah yang sama.
masa tu belum ada lagi sekolah rendah agama macam sekarang ni.
belajarlah dua sahabat tu kat salah sebuah sekolah pondok di kuala krai.
mula-mula belajar kat situ, semuanya ok.
lama-lama nampak kelaut. bukan sekolah pondok tu kelaut, sebaliknya anak kakak aku yang kelaut!
sekolah pondok mengikut cerita anak kakak aku tu, amat tegas.
seawal 4pagi dah kena bangun. yang lewat bangun akan kena denda.
pepagi buta dah ada aktiviti.
contohnya mengaji semua tu lah.
menghafal surah, kena betul-betul hafal.
lupa, kena denda!
murid dalam 3, 4 orang tinggal dalam satu rumah pondok.
aku tak ingat sangat dah cerita dia.
cuma kalau tak silap, murid perlu cuci pakaian sendiri, kemas rumah sendiri dan masak sendiri. standard la tu kan. berdikari.
mereka bahagi-bahagikan tugas harian sesama sendiri.
anak saudara aku kebanyakan tugasnya adelah memasak.
sebab tu la dia pandai memasak hingga sekarang.
mungkin sebab terlalu muda untuk terima semua ni, ada yang berpatah ke sekolah biasa semula.
kawan sekampung tu akhirnya keluar dari pondok, lalu masuk sekolah biasa, selepas 1 tahun kat sekolah pondok.
anak kakak aku?
masa kawan dia keluar pondok, dia masih teruskan belajar situ.
dia ada kawan baik lain yang berasal dari daerah lain.
malangnya tak kekal lama.
umur 15 tahun (kalau tak silap), anak saudara aku akhirnya keluar jugak dari pondok, dan belajar di sekolah menengah biasa.
kalau ikutkan umur, dia dah tingkatan 3.
tapi oleh kerana dah jadi pelajat tercicir, dia kena masuk tingkatan 2 untuk belajar semula sempena duduki PMR.
dan akhirnya result PMR pun kelaut jugak.
itu yang aku risaukan si Amir ni.
takut hangat-hangat taik ayam je.
ok, sekian dulu update ringkas.
aku ada banyak nak cerita sebenarnya ni.
cerita raya haji.
cerita hari minggu.
tapi macam takde kerajinan je nak transfer gambar hahaha.
ok la stop dulu.
**Testimoni Diamond Gold Skincare**
DG ni, kau pakai dengan berdisiplin, dengan rajin, Insya Allah memang berhasil!
Siapa nak try Diamond Gold Skincare, boleh WA nombor di bawah ye.
012-931 1015 - kak ila ngko
sekian,
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.