Thursday, 21 September 2017

Site Visit Padahal MengULAR Je Sebenarnya HAHA

Beberapa hari sebelum tu, aku saja melawak dengan site manager.

"Mr Yap, bila nak bawak saya tengok site? saya nak jugak jalan-jalan sana sekali sekala, pastu bawak saya pergi makan-makan.."

Sengaja pulak tu cakap kuat-kuat bagi HOD aku dengar.

Mr Yap pon reply

"BOLEHHH... bila you senang la.. nanti whats up sama saya. saya datang ambik you sini.."

Green light!

Maka, selasa lepas merasa la aku melawat tapak projek. Kak ita pun nak ikut. So jom..

9.30pagi, mr yap datang ambik kitorang.
site pertama; kami ke Jalan Tijani, Bukit Tunku, KL.
sini tapak projek banglo salah seorang bos kami.
aku takde kena mengena dengan projek ni.
hanya kak ita yang terlibat. tugas dia beli construction material untuk banglo ni.
tak rumit mana pon sebab site ni total sub.
kebanyakan materials sub-con beli sendiri.
hanya kes-kes terpencil je kak ita handle.

site ni masih di piling stage.
so belum nampak patern banglonya macamana.


tuan tanah dan Mr Yap
Tuan tanah dan Mr Mano. Dalam kereta nak ke Putrajaya, baru Mr Yap bagitahu bahawa Mr Mano ni berasal dari Kelantan. dah 7 tahun aku kerja sini, baru tahu Mr Mano orang kampung aku. huhuhu

pukul 11.30pagi, kami ke tapak projek kedua.
Precint 10, Putrajaya.
bergambar depan guard house dulu.


projek ini ialah menyiapkan kediaman rasmi Menteri.

besar jugak banglo ni.
ada 2 biji banglo dimana terdapat laluan pejalan kaki yang menyambungkan kedua-dua blok ini.
kami panggil blok A dan blok B.
senang kalau beli construction materials, boleh put remark for block A or block B.
oh ye, aku ada kena mengena jugak dalam proses penyiapan banglo ini.
tugas aku ialah beli construction materials.
Mr Kong, apesal tangan tu nampak besar sgt?

bumbung banglo ini kami guna Monier Perspective Roof Tile. Warna ialah Terracota Orange. ada banyak range of roof tile quality. boleh masuk laman web monier kalau nak survey.


Tiles, kami guna Kimgress



ini pon bukan aku beli. tiling materials semua sub-con beli sendiri


** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **


makin ramai kakak misi jadi pengguna Diamond Gold sekarang.

tengok testimoni ni. baru 11 hari pakai DG, parut jerawat dah makin pudar.
ni aku rasa lepas 2 bulan, jika beliau konsisten, memang hilang terus parut jerawat dia.

meh wasap aku jika nak try.
012-931 1015 - kak ila ngko

nak risik-risik dulu ke, nak soal-soal dulu ke, boleh je tau.
takde cas pon. HAHAHA

korang jangan beli selagi tak yakin.
jangan beli selagi ada rasa was-was.
kerana jika pakai juga DG sambil dalam hati masih ada rasa was-was, adelah tidak syok hokey.
konsepnya samalah dengan kau makan daging lembu tapi dalam hati tu duk pikir ni daging lembu ke khinzir, lembu ke khinzir.
amboiiii...
contoh pon tak hagak-hagak HAHAHA.

sekianlah dulu untuk hari ni.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.