Tuesday, 12 September 2017

UPSR 2017 - Day 2

Hari ni subjek BI.

hati aku agak sayu pagi ni.
puncanya, terlewat bangun.

punca terlewat bangun?

Alkisahnya.
Ammar menangis pukul 3 pagi masuk bilik kitorang cakap sakit kat bawah perut.
tangan dia asyik pegang k*te aje.
dia masuk bilik, kejut abah dia.
aku masa tu tak sedar kerana baru terlelap.

entah kenapa tak boleh tidur sangat malam tadi. pukul 2 lebih baru terlelap.
so masa ammar masuk bilik tu aku memang tak sedar langsung.
sedar tu masa ammar naik katil aku menyelit kat tengah-tengah menyebabkan ruang jadi sempit.
aku tanya kenapa adik tidur sini pulak?
pastu aku perasan seluar dia dah bertukar. dah tak geng dengan pasangan baju tidurnya.
dia kata sakit, sambil nangis.

rupanya ammar terkencing dalam seluar.
ini amat jarang-jarang sekali berlaku.
ammar sejak dah tak pakai pampers waktu malam, hampir tak pernah kencing kat tilam.
seingat aku, termasuk kali ni, baru dua kali dia kencing ketika tidur, sejak tak pakai pampers start umur nak masuk 4 tahun.
dia mesti tersedar dan pergi bilik air.
dua tiga hari ni sebenarnya perut ammar macam kurang sihat.
berak cair pon ya. demam tak pulak.

hari kamis minggu lepas tercirit dalam kereta.
patut lah petang tu aku singgah pasar malam, dia taknak ikut, sebaliknya hanya tunggu dalam kereta bersama amir.
diammm je. selalu dialah yang paling bingit.
sampai rumah, mintak nak tukar seluar. dia nak ikut joe main kat taman.
aku iyakan aje lah, kerana sangkaan aku seluarnya longgar.
mungkin tak selesa berlari-lari sambil pegang getah seluar.
atau mungkin jugak seluar dia basah tertimpa air kencing ke hapa ke kan.

esok pagi, masuk je kereta terasa-rasa macam ada bau kurang enak.
oleh kerana masih pagi, bau tu tak kuat mana.
ahh, mungkin aku terhidu bau taik kucing kot, bisik aku dalam hati.
sampai office, aku park kereta bawah pokok.

lunch hour, aku keluar.
masa bukak pintu kereta tu, tiba-tiba keluar bau busuk dari dalam kereta.
eeee... bau apa ni? macam bau sampah je.
cari punya cari kot-kot ada sisa makanan basi bawah seat ke, takde pulak.
lantas aku terlintas mungkin ammar terkincit dalam kereta ni.
sebab dia memang cirit birit time tu.

petang masa ambik dorang kat daycare, ammar masuk je kerete cakap "umi, ammar mintak maaf sebab terberak dalam kerete umi semalam.."
ohoiiii... baru nak cakap ye?
jenuh umi ngko menahan pitam dalam ni tau.
sekarang ni dah bau wangi dah sebab ngah dah cuci seat tu, malahan rasa macam duduk dalam taman bunga pun ya jugak. kemain wangi dengan wangian softlan.

ok.
berbalik pada cerita bangun lewat tadi.
disebabkan tidur terganggu, aku bangun lewat.
ngah pon lewat. amir pun lagilah.
dah la periksa besar time ni.
pukul 7.15pagi baru amir keluar dengan abahnya ke sekolah.
aku hanya sempat hulurkan segelas 'air tawar' untuk amir minum sebagai bekalan jiwa ketika menjawab soalan peperiksaan nanti.
salam-salam, terus ke sekolah.

ngah pun terpaksa ambik halfday hari ni, kerana kekalutan yang berlaku pagi ni.
salah satu puncanya juga; alarm kat handphone ngah tak bunyik.
tak tau lah kat mana silapnya, atau mungkin budak-budak ni tertukar setting ketika main game malam tadi. atau mungkin handphone tu mintak duit lagi. huhu..
kalut punya pasal, duit belanja sekolah pun ngah lupa bagi kat amir.
mesti abahnya rasa ralat tu.

kemudian aku terpandang roti gardenia yang amir mintak belikan malam tadi.
terbaring je atas meja. tak berusik.
tiba-tiba rasa sayu.
semalam amir cakap dia nak buat sandwich.
dia siap beli thousand island, mustard, sos BBQ dan daun salad kat giant malam tadi ketika mengikut aku cari ikan kat giant.
memandangkan malam tadi aku masak mee bandung untuk dinner, sandwich takde lah.

tadi, ngah ke sekolah untuk bagi duit belanja kat amir.
aku siapkan sebiji benjo untuk kirim kat dia.
setidak-tidak nya kurang sikit rasa bersalah kerana kekalutan pagi ni.

mesti amir sedih bila nak beli makanan kantin, seluk poket takde duit.
kemudian, mesti dia gembira bila waktu rehat nampak abah dan adik dia datang ke sekolah untuk hantar duit belanja.
dan mesti dia super gembira bila dapat makan benjo kasih sayang kiriman umi dia.

sekian update pagi ni.
gambar takdo.




**Testimoni Diamond Gold Skincare**

"Sejak pakai DG Skincare, kulit muka saya makin bersih, gebu dan cerah kakk. dulu kulit kusam dan ada jerawat pasir. parut jerawat pun sekarang dah makin hilang. hihi..."


siapa nak try pakai Diamond Gold Skincare, boleh beli dari aku ye.

wasap 012-931 1015 - kak ila ngko

sekian.
Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.