Thursday, 19 January 2017

Zaman Kanak-Kanak : Kisah Buah Jambu Batu

satu hari seorang kanak-kanak memanjat pokok jambu.
hari tu dia agak bertuah, banyak buah jambu masak ranum berjaya dipetiknya.
ada kecik, ada yang besar.
yang kecik dia makan dulu.
yang besar, dia masukkan dalam baju sebab sayang untuk dimakan.

dia fikir, dah sampai rumah nanti baru dia nak makan jambu-jambu yang besar tu.
dia fikir dia mahu tunjukkan jambu kepada ibunya terlebih dahulu.

semasa dalam perjalanan balik kerumah, dia terserempak dengan seorang wanita.
wanita itu bertanyakan apa yang dibawanya di dalam baju.
lalu dia menjawab buah jambu.
wanita itu kelihatan teruja dan minta untuk melihat.
setelah melihat buah jambu yang begitu masak dan kelihatan sedap, wanita itu meminta kanak-kanak itu memberikannya sebiji untuk dimakan.

kanak-kanak itu pun membenarkan wanita itu mengambil sebiji.
wanita itu pun memilih buah jambu mana yang dia ingini.

pilih-punya pilih, wanita itu telah mengambil tiga biji jambu yang terbaik dari kanak-kanak itu.
kanak-kanak itu merasa begitu sedih dan kecewa kerana jambu yang paling disayanginya telah diambil oleh wanita itu, malahan telah mengambil 3 biji yang terbaik.

oleh kerana dia seorang kanak-kanak, dia hanya mampu diam.
walaupun hatinya menberontak kerana jambu terbaik telah diambil wanita itu.

kanak-kanak itu menyambung perjalanan dengan hati yang sayu.

sesampai dirumah, dia menceritakan kepada ibunya apa yang terjadi.
ibunya hanya mampu mendengar rintihan anaknya.
tidak mampu berbuat apa-apa
hanya mampu memujuk sahaja

seorang kanak-kanak kerdil, manakan mampu berkata tidak.
manakan mampu menolak permintaan seorang wanita yang jauh lebih tua darinya.

kini, kanak-kanak itu telah dewasa.
namun, kenangan jambu batu itu masih segar dalam ingatannya.
raut wajah wanita itu juga masih belum mampu dilupakannya.

begitu juga perasaan terkilan dek kerana kehilangan buah jambu kesayangan.
masih belum mampu dipadam dalam ingatannya.

kanak-kanak itu
walaupun adakalanya dilayan sedih
namun dia tetap merindui zaman itu.
zaman kanak-kanak yang begitu membahagiakan


Sabtu malam 14/1/2017


sekian coretan
zaman kanak-kanak ku

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku

Monday, 16 January 2017

Diamond Gold Skincare

Alkisahnya...

aku sebenarnya mula terpengaruh untuk mencuba Diamond Gold Skincare ni sebab tengok muka anak sedara aku (anak sulung kakak aku, Suzi).

Suzi.
muka dia kemain licin dan glowing sekarang.

tahun lepas kot.
masa balik cuti raya cina atau raya haji.
aku lupa.
OMG terkejut aku tengok muka dia lawa giler.

Suzi ni sejak sekolah menengah lagi ada masalah jerawat.
paling selalu kat dagu dan dahi.
ehh, pipi pun ada jugak.
pendek kata memang jerawat sentiasa je la ada.

muka suzi jenis berminyak.
jerawat tu kalau naik bukan sikit-sikit hokey.
pastu tumbuh silih berganti.
kecut yang ini, tumbuh yang baru.
pastu parut dia warna hitam.
kadang tu bengkak sebelah pipi.
kadang tu nanah pun ada kecik-kecik.
aku pun tak tau kenapa.
mungkin salah makan pun ya jugak.
ataupun pengaruh hormon.
atau persekitaran berhabuk.

pastu masa cuti tu aku terkejut tengok muka dia.
cantik giler.
licinnnn je
putih bersinar.
bersih sangat

aku pon tanya la dia.
pakai T*bita ke?

dia kata tak.
bukan T*bita.
dia cakap dia guna DG.
DG?
aku tak pernah dengar skincare nama DG.
aku tanya DG tu apa.
Suzi kata Diamond Gold.

aku pernah tulis kat blog yang aku pakai T*bita.
ye, memang kulit muka aku jadi lebih putih dengan T*bita.
lebih bersih.
lebih  berseri dan macam ada nur gitu.
kulit muka pun memang nampak lembab je.
aku memang takde sangat masalah jerawat yg teruk.
yang ada hanya jeragat tapi pun tak banyak dan tak tebal.
ada tu ada la bintik-bintik sini sikit sana sikit.
tu biasa la.
rakyat malaysia aku rasa semua pun ada jeragat.
iklim khatulistiwa kot.

dah lama aku dengan T*bita.
2 tahun lebih kot.
langsung tak tukar.
ada la beberapa minggu gap sebab T*bita habis pastu tak beli-beli.
T*bita mahal jugak.
set trial pun RM170
set besar RM280.
aku biasa beli set besar terus.
lambat sikit habis.
tapi tu la. sekali dia habis, ambik masa jugak nak beli set baru
mahal kan.
jadi lepas tengok muka suzi tu, terus aku rasa macam nak try DG la pulak lepas ni.

dan satu lagi yang buatkan aku teruja nak tukar ke DG pulak adelah sebab murni.
murni adik bongsu suzi.
murni sebelum tu pakai T*bita jugak, lepas tengok muka aku glowing dengan T*bita.
aku la tukang ngoder. dia bagi duit aku belikan online.

pastu lamaaa dia tak repeat order.
heran la kan. apesal tak suruh aku order T*bita dah?
takkan belum habis lagi? jimat betul?

hinggalah murni duduk dengan aku sebulan lebih ketika praktikal.
baru aku tau yang dia dah tukar ke DG jugak setelah nampak muka kakak dia cantik glowing.
murni kata dia ok je pakai T*bita.
cumanya bulu roma kat muka dia jadi lebih subur.
bulu jadi lebih panjang dan lebih banyak.

muka murni pun lebih kurang macam aku jugak,
takde masalah besar.
hanya pakai untuk nampak putih berseri je.
dan muka murni ada jeragat jugak sikit kat tulang pipi.
dia kata sejak pakai DG,dah hilang terus jeragat.
ha ah la. jenuh aku cari nak tengok jeragat tu.
memang dah takde!
aku tanya dah berapa set habis DG?
murni kata sekarang dia set ke 4 dah.
OMG teruja terus aku pun beli jugak.

aku ni memandangkan dah lama guna T*bita,
aku rasa sekarang khasiat dia tu dah tak lut dah.
dia maintain gitu je.
muka memang nampak moist dengan T*bita.
tu aku mengaku.

cumanya bila aku tengok suzi dan murni pakai DG tu ok.
aku pun nak try.
dah la tu. DG lebih murah hokey kalau nak banding dengan T*bita tu.
sumpah.
aku try DG dengan set trial.
harga RM130.
T*bita harga mahal sikit.

sejak habis DG trial set, aku guna set besar pulak.
harga ser besar DG RM220.
kalau T*bita punya set besar RM280.
untung lagi beli DG hehe.

bukan aku nak cakap T*bita tak bagus.
T*bita bagus.
cuma kalau ada produk yang boleh menyaingi kehebatan T*bita, itulah DG.
bagi pandangan aku la.
tak caya?
kena try.

kat tempat kerja suzi, ada beberapa orang pun sekarang guna DG jugak setelah tengok muka suzi dah cantik bersih.
dorang tu tak reti sangat order online.
jadi suzi tolong orderkan.
dia beli dari aku.

begitu la kisah jodoh aku dengan DG.
korang, kalau nak beli dari aku, boleh je ye.

tu kat bawah ada senarai harga dan testimoni pengguna Diamond Gold Skincare.
silakan jamu mata.

aku ada buatkan page khas Diamond Gold Skincare kat atasa belah kanan tu.
boleh je terus ke page tu untuk sebarang order.
content sama je.
aku mungkin update pasal DG kat page tu je pasni.
senang.

sekian.


Diamond Gold Skincare


Bagi yang berminat, sila WA 012-9311015

DG Skincare Trial Set

DG Skincare Trial Set 
**Glowing**Flawles**Whitening**

Terdiri daripada 5 produk:
# Facial soap
# Serum Vitamin E 30biji
# Night cream 5g
# Treatment cream 5g
# Day cream 5g

Harga RM130.00/set 
Mampu bertahan selama 1 bulan hingga sebulan setengah bergantung kepada teknik pemakaian.
Setiap set skincare disertakan bersama panduan cara-cara penggunaan.

Jika beli loose :
# Facial soap RM25/pc
# Serum Vitamin E 30biji RM/botol
# Night cream 5g RM30/pc
# Treatment cream 5g RM30/pc
# Day cream 5g RM30/pc


Sebiji adalah untuk satu hari. sehari kita pakai dua kali kan? siang dan malam. Oleh itu, untuk sebiji ni, cara aku, aku cucuk  pil ini dengan jarum dan tekan keluar minyak vit E tu separuh. lalu sapu kat muka. separuh lagi tu aku simpan balik dalam botol dia dan guna waktu malam pulak. jika guna habis sebiji setiap kali guna, tak sempat sebulan vit E ni habis dulu. Guna secara berhemah okey.

DG Skincare Triple Trial Set 
**Glowing**Flawles**Whitening**

Terdiri daripada 5 produk:
# Facial soap
# Triple serum 10ml
# Night cream 5g
# Treatment cream 5g
# Day cream 5g

Harga RM140.00/set 
Mampu bertahan selama 1 bulan hingga sebulan setengah bergantung kepada teknik pemakaian.
Setiap set skincare disertakan bersama panduan cara-cara penggunaan.

DG Triple Trial set


DG Triple Serum 10ml. Harga loose RM60.00



DG Serum Vitamin E 30 biji. Harga loose RM50.00


Diamond Gold Gluta White 30biji/botol
**Glowing**Flawles**Whitening**
Harga RM120.00/botol
Soft gel yang perlu ditelan sebiji satiap hari, sama ada setiap pagi, atau setiap malam.





Bagi yang berminat, sila WA 012-9311015

Testimoni bergambar pengguna Diamond Gold Skincare














Founder Diamond Gold skincare
Remark : tuan punya blog mendapat kebenaran secara lisan (daripada stokist) untuk menggunakan gambar testimoni pengguna-pengguna DG ini. walau bgaimanapun, kepada tuan punya gambar, sila WA jika tidak mahu gambar anda ada dalam blog saya ye. Terima kasih

Friday, 13 January 2017

Sengsaranyaaa

hari ni agak bizi sikit.
kena belajar tentang monier roofing tile pulak.
nak kata bizi benar tu takde la sebenarnya.
lebih kepada sengsara.

aku kan purchasing.
patut kalau kau dah confirm nak order apa, kuantiti berapa then baru tugas aku bermula.
ini tak.
QS kata nak pakai monier roof tile aje.
pastu bagi kat aku secebis kertas.
secebis hokey bukan sehelai.

aku tanya nak berapa?
dia kata seribu lebih meter square.
aku macam...
apakahhh??

patut kalau nak suruh aku order, mesti bagi description yg betul, kuantiti in pc sebab ini roof tile, color apa kau nak, and nak bila.
lebih kurang gitu la.

ini takde apa.
cakap nak monier je.
maksudnya nak jenama je monier.

aku ok lagi.
malas nak soal banyak2.

aku call 3 trading house.
tanya samada dorang ada supply monier roofing tak.
mana yang ada supply, aku email apa maklumat yang QS bagi kat aku.
supplier A, supplier B dan supplier C.

esoknya,
Mr Thong dari monier call.
dia kata ada salesperson dari supplier A, B dan C call dia suruh quote monier to them.
hahaha
rupanya ketiga-tiga supplier tu cari orang monier yang sama untuk quote mereka.


Mr Thong kata dia tak boleh quote, memandangkan details yang diberikan tak cukup.
oleh itu one of supplier tu tadi mintak dia call direct aku.

monier ada banyak range of quality.
ada beginer, intermidiate, dan high end.

dia tanya aku nak yang mana, aku lagiii tak tau.
aku tanya QS,
QS kata Nordica.
lalu aku pun suruh dia quote Nordica.

sambil-sambil tu aku tanya dia Nordica tu range macamana.
Mr Thong kata Nordica is beginer.
yang kedua murah.
paling murah ada lagi.
apa ntah namanya aku lupa pulak.

tapi dia ada cakap kat aku, kalau banglo better ambik yang intermediate.
tapi kau tahu la orang purchasing.
mana boleh sendiri pilih.
akhirnya dapat juga quotation Nordica.

pastu buat price comparison.
semua ketiga-tiga supplier ni quoted Nordica.
hanya price berbeza sikit.
ye la company lain-lain kan.

meeting pulak.
untuk tengok the Nordica dan bincang details.
patut aku tak masuk,
tapi pada hari meeting tu QS aku cuti.
terpaksa aku ganti.

dalam meeting tu baru celik mata memasing.
tengok Nordica tak sesuai untuk banglo.
banglo menteri pulak tu.
gila kau nak pilih hat paling murah.
bincang punya bincang,
eh eh, nak tukar pulak kepada yang mahal lagi.
tak jadi Nordica.
kali ni nak Perspective pulak.
ok fine.
tapiiii
sengsara hokey.

ni baru dapat quotation dari 2 suppliers.
satu lagi tu ntah. macam frust dah kot.
mungkin dia tahu harga dia yang masa quotation Nordica lagi, dia paling mahal.
tu pasal bila tukar ke Perspective, dia langsung tak quote dah.

penat aku.
ni sekarang tengah nak compare harga dari 2 supplier.
masalah lain pulak.
dua-dua supplier ni quoted in m² basis.
adehh..
terpaksa tunggu Mr Thong break down by pieces.
tunggu punya tunggu, bos pun dah dua kali tanya.

kesian kan aku?

aku kerja purchasing dah lebih 10 tahun kot.
biasanya, semasa peringkat nak order jenis apa, spec mana, tu semua masih dalam skop QS.
benda-benda macam tu kena bincang dengan cunsultant dulu.
bukan main pilih je.
sudahnya kena buat kerja dua kali.

ok.
sekian dulu bebelan.
nanti free aku gebang lagi.
entry diakhiri dengan gambar terbaru anak bongsu.
bergaya dengan topeng yang dia buat dalam kelas hari ni.
driver dia En Fauzi baru je wasap gambar ni kejap tadi.




Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku


Thursday, 5 January 2017

Lemau Je Hari Ni

Tajuk mewakili perasaan diri ku hari ni.
sejak skolah bukak ni mata senang ngantuk.
mungkin bangun extra awal kot.
atau mungkin juga dua tiga hari ni perut tu kenyang sentiasa.

nasi lemak hijau. Rabu 4/1/2017

ni sarapan semalam.
nasi lemak hijau.
lokasi medan selera Jalan Merbok, Puchong Jaya.
Harga RM4.50 je.
bagi aku murah dah.
sebab aku ambik sotong tu 2 keping.
satu bahagian badan, satu lagi bahagian janggut.
kedai dia baru bukak. nama kedai pun tak ada.

kebetulan je masuk kedai ni.
aku sebenarnya peminat tegar roti canai.
oleh kerana kedai ni memang laluan aku pergi kerja, aku ternampak orang tebar roti canai dalam kedai.
lalu keesokkan harinya aku singgah nak beli roti canai.
rupanya abang roti canai tu cuti pulak.
malas nak pergi tempat lain, aku pun bungkus je la nasi lemak dia makan kat office.
sampai-sampai office, bukak nasi tengok eh eh warna dia hijau la.
bau pun wangi daun pandan.
pastu acara repeat pun berlaku.


nasi lemak hijau khamis 5/1/2017


gambar atas ni yg pagi ni punya repeat.
setiap hari aku ambik sotong.
tapi hari ni macam kureng sikit.
nasi tak lemak mana.
macam nasi putih je rasa dia, cuma warna je hijau.
pastu sotong dia pon kurang rasa pagi ni.
so boleh la aku move on pasni.
boleh balik ke roti canai pula.


aku masak air, pastu tuang je dalam mangkuk ni. solosai

ni pulak megi cintan perisa tomyam.
makan tengahari tadi
memandangkan pagi makan nasi lemak dan masih belum lapar betul-betul, jadi megi adelah pilihan tepat.
aku lunch hour selalu jugak balik rumah.
sebab rumah dekat je dengan office.
lagipun office aku ni kalau nak makan, memang nak taknak kena drive keluar.
so daripada aku drive menuju ke kedai makan, baik aku drive menuju ke rumah je.
cuma tu la, kos minyak banyak sikit huhu.
tu takpe.

kat rumah macam-macam boleh buat.
sempat sidai baju hat mesin malam tadi.
kadang takde baju nak sidai, boleh tanak nasi.
elok je masak, off suis boleh datang kerja balik.
pastu sebelum keluar rumah, keluarkan dulu ayam ke ikan ke dari peti ais.
petang sampai rumah tinggal nak masak lauk je la.
gitu la.

sejak joe skolah darjah satu tahun lepas, sampai la sekarang ni, selalu sampai rumah waktu maghrib.
sampai rumah tu kalau aku masak, memang aku terus campak tudung terus masak je.
kalau aku bertenang-tenang dulu depan tv, alamatnya lambat la boleh makan.
sebab tu kalau aku tak larat sangat, aku bungkus je.
tapi tu la oi, nak bungkus hari-hari kang bengkok jugak.
dah la kadang tu masakan kedai pedas la apa la.

eh, panjang pulak aku taip.
lari tajuk

ok lah.
aku nak sambung kerja
nanti senang aku sambung.

p/s : aku jual produk kurus tau. nama dia Garcinia Plus keluaran GreenAard. sekarang harga tengah promosi sempena YES. Harga RM78/botol valid hingga 7/1/2017 ni je tau. boleh WA 012-9311015 jika nak beli melalui aku ye.

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku.



Wednesday, 4 January 2017

Hari Pertama Persekolahan 3Din Tahun 2017

Hari ni hari pertama aku kerja di tahun 2017.
patutnya semalam kerja. tapi aku EL.
aku memang plan nak cuti.
cuma was-was.
bukan apa, Ngah memang ambik cuti untuk 3/1/2017 dan hari ni 4/1/2017.
semata-mata nak tengok-tengok anak bongsu kesayangan dia skolah PRA.
dan nak tengok anak bongsu kesayangan dia tu naik van.
takut jugak kan.
driver van pun belum kenal anak aku.
anak aku lagi la mana pernah naik van orang tak kenal.
sorang-sorang pulak tu.

so patutnya aku ambik time off je semalam. 2 jam cukup la.
tapi memandangkan agak kelam kabut jugak nak lari ke skolah agama bayar yuran.
anak yang dua orang tu sesi lain-lain.
pastu campur pulak terlebih teruja tengok mak bapak pakat tunggu anak masing-masing.
dan macam ehh syok pulak laki bini takyah gi kerja hahaha
so akhirnya aku EL je lah.

nasib baik hari ni masuk kerja tak bizi.
hanya nak follow up kenapa OPC cement yang patut supplier hantar semalam yg masa aku EL tu, tak dihantar.
so kerja mem follow up itu aje.
pastu ada satu invoice repair company's forklift.
ini kacang je. hanya nak issue a back dated PO.
pastu takde dah. free je hari ni.

oleh kerana hari ni agak free, mari kita update sepintas lalu.

macam orang lain jugak, aku pun teruja la anak-anak dah masuk skolah.
nak-nak pulak anak bongsu pon skolah dah tahun ni.
walaupun sepatutnya aku teruja tahun depan.
ye la kan. tahun depan la darjah 1. sekarang ni baru PRA.
tapi PRA pun tetap la nak kena ajar naik van skolah.


muka tuan tanah yang paling latest. lokasi sekolah agama Bandar Kinrara. ni tengah tunggu turn bayar yuran anak yang darjah 2. sesi pagi

susah sebenarnya nak mencari perkhidmatan van skolah untuk budak PRA.
sebabnya budak PRA balik skolah sejam awal.
dan budak PRA tak ramai mana pon.
jadi kebanyakan pengusaha van skolah tak ambik budak PRA.
cikgu PRA pon sentiasa pesan supaya jangan pilih van yang sekali harung ambik budak darjah satu ke atas.
sebab nanti kesian anak PRA kena tunggu lama nak balik rumah / transit / taska.
Ngah start cari dah lama.
tapi biasa la masa lambat lagi nak bukak skolah ti tak banyak contact.

ni dapat van untuk ammar ni pon malam sebelum skolah esoknya.
tu pun dengan bantuan abang joe van skolah.
dia pass nombor kak zie.
kak zie la yang sanggup ambik ammar.
tapi bukan kak zie yang sendiri bawak van tu.
orang lain pulak.
nama dia encik fauzi.
en fauzi ni la yang ambik ammar dari skolah bawak ke transit.

mahal sikit berbanding harga biasa.
harga abang joe cas dua beradik tu RM70 sorang. dua beradik RM140.
yang ammar punya ni kak zie cas RM120.
tu pun sehala je.
hanya jemput ammar dari skolah hantar ke transit.
pergi skolah Ngah hantar naik motor.
lepas nego, dapat la RM100 sebulan.
kira ok la sebab kena consider jugak. en fauzi hanya ambik ammar je sorang.
kereta kosong.
lepas hantar ammar ke transit, baru dia patah balik ambik budak skolah lain pulak.
kira selamat anak aku tak perlu pusing sana pusing sini.

sekolah PRA start pukul 8.00pagi hingga 12.00tengahari setiap isnin hingga khamis.
Jumaat sekolah start pukul 7.40pagi hingga 11.40pagi.

gambar ni cikgu share dalam group. nampak muka ammar macam blur lagi.

kawan-kawan sekelas Ammar


Joe pulak hari pertama dah ponteng skolah.
semua salah aku.
aku baca dalam group wasap darjah 1(yang tahun lepas punya group) kata 2/1/2017 skolah agama buka.
tapi buka hanya untuk tujuan bayaran yuran sahaja.
anak murid tak perlu datang sebab belum start skolah.
yang aku ni pulak salah paham.
aku tau yang hari isnin tu public holiday.
cuma aku tak perasan yang isnin tu 2hb!

dan kebiasaannya bila PH, skolah pun cuti kan.
rupanya hanya tahun ni saja pihak skolah bukak pada PH semata-mata untuk bayar yuran sekali harung dengan orientasi budak darjah 1.

yang aku pulak sangka owh hari pertama skolah, hanya untuk bayar yuran saja.
budak belum skolah lagi,
padahal start skolah tu 3hb! bukan 2hb!
aku yang tertukar tarikh.

ni masa sedang tunggu ammar balik skolah. tunggu kat kantin je. ammar keluar pukul 12tghari.
kat kantin skolah

oleh kerana boring menunggu lama sangat, Joe pon dihantar ke daycare oleh abah dia.

tak lama lepas tu ngah datang semula, sebab nak kenal dengan pemandu van ammar.
pukul 12tengahari, ammar pun keluar.
kitorang tunggu en fauzi dekat pagar skolah.
rupanya en fauzi bawa toyota avanza, bukan van skolah.
ok la mana-mana je la.

suruh ammar masuk dalam van, dia taknak lalu nangis.
terpaksa la aku pun naik sekali van tu menuju ke daycare.
sampai sana, baru nampak happy muka ammar.

sementara tu ngah balik rumah untuk ambik pakaian skolah agama joe pulak.
lepas dah setel semua, aku teman ammar kat daycare tu.
hinggalah dia tertidur.
kemudian aku dan ngah tinggalkan dia kat situ.
kami menuju ke skolah agama lagi sekali, untuk bayar pulak yuran Amir. 
sesi pagi tu tadi bayar yuran Joe.

setiap yuran hendaklah dibayar melalui guru kelas masing-masing.

lepas bayar yuran, kami balik rumah, mandi segala, dan pergi Shah Alam kejap untuk COD barang.
hujan lebat giler kat shah alam.
redah jugaklah memandangkan nak kejar masa nak ambik anak-anak kat daycare.
sampai rumah dah 6lebih.
mandi sekilas terus zas ke daycare ambik anak2.
terus bawak pergi makan. 
tak larat aku nak masak dah.
tanya dorang nak makan apa.
laju je jawab nak lamb chop.
kemain demand.
joe la paling over.
takpe. mari layan sementera duit masih tebal ni hahaha



baru keluar kelas. cikgu dah pesan siap-siap, kasut kena ada nama supaya tak tertukar. aku dah tulis nama kat kasut. tu pun aku nampak cikgu tulis nombor 7 kat kasut ammar. ada budak yang kasut dia nombor 22. mungkin nak latih letak kasut dalam rak yang mengikut nombor kasut barangkali.


belum mahir pakai stokin


muka serious


kemain dilapahnya kambing tu. nak kata liat tak jugak. cuma ia liat sikittt je dari kebiasaan yang kami makan.


nasi goreng paprik daging. besar portion dia. letih nak perabih pon. sedap giler
 kami makan kat restoran Nuur Tomyam, Puncak Jalil.
selalu jugak makan kat sini.
sebab sentiasa sedap kat anak tekak aku.
macam paprik malam tadi. masih teringat-ingat ni.
sedap kena dengan selera.
Ngah pon kata sedap.

dah berterabur pulak entry ni aku rasa.
gambar pulak tak tersusun.
lantak la aku malas dah nak tukar.

senarai murid kelas Joe. darjah 1 tahun lepas dia kat kelas Syukur. tahun ni kelas Sabar. 
ni pulak senarai murid kelas Amir. 
semalam aku kira budak lelaki dalam kelas amir ada 12 orang.
budak perempuan ada 22 orang.
aku sembang dengan ustazah.
aku cakap ramai budak perempuan ye dalam kelas ni. elok la sebab biasanya kalau budak perempuan yang lebih ramai, kelas tu jadi senyap, tak bising.
ustazah cakap ha ah, kelas pandai biasanya budak perempuan lebih ramai dari budak lelaki.
aku dengar terus macam OMG!!
anak aku pandai ke?
terus aku seram.
walaupun rasa teruja tu ada, tapi seram tetap seram.
sebab selama ni aku tak push dia betul-betul.
aku hanya pastikan dia attend kelas tambahan yang pihak skolah agama adakan.
tu aje.
lepas tu bila dah tau kedudukan dia, aku mula rasa macam kena letakkan satu target pulak kat dia.
ni yang aku sendiri risau ni.
macam tamak pun ada.
tapiiiii
sekolah agama je la macam boleh skor.
skolah kebangsaan tak boleh. hahaha



tahun ni Tajuddin turun kelas. so kawan-kawan dia masa darjah satu dah takde dah. ni boleh dikatakan semua kawan-kawan baru. tapi elokkk je dia layan sembang pung pang pung pang. anak aku, dia lah paling degil.


pandangan dari tingkat 3 bangunan skolah agama. dari sini nampak daycare tempat anak2 aku tinggal. dekat je kan?  jimats duit van  hehe

belajarlah elok-elok ye anakanda. doa umi sentiasa bersamamu. 
 


 ada cerita sikit.
amir ni dulu tak pandai mana.
dah la tak pandai, kuat main pulak tu.

semalam dia cerita kat aku.
kat daycare tu ada seorang budak sebaya dia.
tapi tak sekelas.
berkawan la memandangkan tinggal di daycare yang sama.
budak ni nama apa ntah amir ada cakap tapi aku lupa.
Adam Haris kot. ok andaikan betul nama tu.
Adam ni budak pandai.
dia rajin pergi kelas tambahan yang cikgu skolah agama anjurkan.
kat daycare tu ramai jugak yang malas pergi kelas tambahan.
jadi kalau jiwa tu 50-50, memang akan ponteng kelas la jawabnya.
Adam ni pulak jenis rajin dan yang terpaling aku terharunya, dia sentiasa ajak amir pergi kelas tambahan bersama-sama.
dia sentiasa psiko amir supaya tak ponteng kelas,
dan dia sentiasa ajak amir study group kat daycare tu.
memandangkan dia pandai, dia jadi guru pulak ajar kawan-kawan dia.
amir kata dorang study bertiga. sorang lagi tu nama apa ntah.
andaikan je nama Ali.
sekarang, amir naik kelas, dan sekelas dengan Adam.
kemain seronok amir.
kawan sorang lagi yang nama Ali ni pun naik kelas jugak, tapi tak sekelas dengan amir dan adam.
dia kelas lain, tapi naik kelas la.
suka aku dengar bila amir cerita pasal ni.
mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati mu duhai Adam.
terima kasih kerana menjadi kawan yang positif untuk anak makcik.
huhu


sekian dulu
babai

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari AKu