Monday, 18 November 2019

Sepetang Ahad Nan Renyai

Ahad semalam uolls buat apa?
Merayap shopping perabih duit kaa?
Bestnyaaaaa lahai.

Aku takdak duit dah nak perabih muahahaha.

Pagi-pagi bukak peti ais nampak ada tapai ubi kayu. Lama betul bertapa dalam tu. Aku beli kat Pengkalan Datu cuti deepavali hari tu lagi. Maigoddddd lama betul hahaha.

Maklum le kome, kat Kelantan tu nampak apa je makanan kegemaran, mesti nak beli. Lepas tu terkebil-kebil nak habiskan. Nak tinggal je kat mak Zura makan tapi dia taknak. Dia suruh bawak balik jugak sebab sini dia dah muak katanya. Disumbatnya dalam plastik suruh tapai tu ikut balik Puchong. hahaha

Sayang nak buang, tapi begitu takde masa nak makan kemain ngko nak makan pun takde masa, padahal makin hari badan makin mamboolatt jugak hahaha.
Makanya tapai ubit kayu itu semakin lembik dan lembik.

Aku pun lenyekkan, tambah tepung gandum. Letak mauripan yis separuh peket, tambah sebiji bawang holland dan segenggam ikan bilis.

Sementara tunggu tepung menaik, datang Ngah ajak 'jom kita gi ngeteh, lama tak keluar ngan anak-anak'. Dah dia ajak tu kan, apa lagi, deras je panggil budak-budak mandi bersiap. Tepung cekodok tadi dibiarin sana hahaha.

Iye, berapa minggu jugak tak keluar ngeteh dengan budak-budak ni sebab bapak kau sibuk ride sana ride sini setiap Ahad. Minggu lepas dia pergi Sepang tengok motorGP. Kemahinnnnn lagi sejak ada motor baru ni makin panjang langkah dia. Haku peratiiiiiii je. huhu

Lepas ngeteh, lintang pukang balik rumah sebab pukul 12.30tengahari janji dengan seorang amoi nak COD set DG 3 set.


Amoi ni dah lama pakai DG. Setiap kali repeat order mesti 3 set. Dia, mama dan aunty dia semua pakai DG katanya. Setiap kali terima barang, dia mesti belek tengok freegift apa aku selit. hehe

Lepas COD, laki bini melencong cari hadiah birthday pulak. Officemate Ngah jemput kitorang ke majlis birthday anak dia petang tu. Dah setel beli, balik rumah.

Dalam pukul 3petang baru teringat kat tepung cekodok pagi tadi. Bukak-bukak tengok ohoiiiii kemain banyaknya gelembung udara. hahaha

Nak tengok tak?


Kemain gebu oii cekodok aku. Tapi tu la, kalau gebu sangat cekodok meresap banyak minyak. Masa makan memang sedap tapi lepas habis makan nanti rasa loya. Perut aku la. Selalu camtu.

Pukul 4.30petang, kitorang gerak ke Mc Donald Seksyen 13 untuk majlis birthday pulak. Amir taknak ikut, dia nak main futsal dengan kawan-kawan. Tapi aku kelentong dia kata kita pergi kejap je, jumpa salam-salam makan pastu kita balik la. Dia pon ok.

Dah sampai sana mana mahunya cepat balik. Emak bapak bila dah jumpa geng masing-masing sibuk bersembang sambil makan. hahaha

Anak bujang pon merajuk. Ajak balik pon suruh nanti jap. Ajak lagi nanti lagi. Akhirnya budak tu merajuk last-last dia cakap "dah, dah, kita takyah balik, kita tidur sini je". Muahahaha.. Baru la emak dan bapak angkat vontot mintak izin balik. Tak sempat bergambar ramai-ramai.

Sampai rumah, elok azan Magrib. Anak bujang merajuk terus masuk bilik.

Eeeeiii nak kena siku betul budak ni. Sejak dah besar ni kemain lagi, hari-hari nak spent time dengan kawan je. Ajak keluar kemana-mana pon dia mesti tanya dulu pukul berapa nak balik. Kalau balik lewat dia taknak ikut.

Aku kalau boleh taknak tinggal dia nanti kitorang makan kenyang-kenyang sedap-sedap dia takde jadi tak best to the max lah. Lepas tu kalau merajuk suka marah-marah kalau adik-adik dia masuk bilik. Dah bilik tu kongsi 3 beradik harus la adik masuk nak ambik baju ke apa ke kan. Kalau malampau sangat, baru aku sound. Lepas kena sound sedas, baru dia reti insof hahaha.

Ni je la pon gambar sempat snap.


 Bersama Liza, peniaga online jugak ni. Jual Wawa cosmetic dan Mamasab cakes.
Muka aku macam kena strok pulak dah. Tapi dah ini je gambar kenangan yang ada, kita tepek la jugak muahahaha.

 Anak bujang dah mula merajuk time ni, ajak selfie pun payah. Aku cakap kat dia sabar la jap. Lagipun hujan nak main futsal cemana.

Emak pun teruskan bergambar dengan kawan-kawan. Ni Ila isteri Usop.
Geram je aku dengan si kenit Humairah ni, kemain sombong dengan aku. Culik bawak balik baru tau.

Anak sulung Usop dah jadi kawan baik Joe. Jumpa je terus melekat.

Birthday boy panik ramai sangat nyanyi lagu birthday. Sudahnya si kakak yang tiup lilin hahaha.


Merajuk, tapi makan lalu je muahahaha..

Lepas maghrib keluar COD kat Bukit Jalil.
Customer ni sebelum ni hanya beli sabun DG je dari aku. 
Dia pernah cerita, dulu dia pakai DG. Beli dari seller lain. 
Tapi pencuci muka dia guna brand lain. 

Sabun DG dia bagi suami dia guna. Dan suami dia suka. Katanya kulit suami dia jadi cerah dan lembut. Memang pun sabun DG boleh bagi kulit cerah sebab ada kandungan gluta.

Lepas dah habis sabun tu, suami dia minta belikan lagi. Tu yang dia search kat fb dan jumpa aku hehehe..

Dua kali jugak dia repeat beli sabun DG dari aku.
Kali ketiga adalah malam Ahad lepas. Kali ni ambik set.


** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Salah seorang pengguna Diamond Gold Skincare yang berpuas hati. 
Siapa nak tiru beliau pakai DG, meh roger kakak meh.

Ada ready stok.

Siapa yang beli pada bulan kelahirannya, bakal dapat 5 random freegift. Syaratnya kena buktikan lahir pada bulan tersebut hehe. 
Bulan November ni kann, siapa birthday dia jatuh pada bulan ini, dan beli set DG pada bulan ini, boleh redeem 5 freegift itteww.

Wasap kak ila dan tanya "Kak ila puasa ke hari ni?"
Maka fahamlah kak ila bahawa awak lahir pada bulan itteww.
hehehe..

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.