Thursday, 14 November 2019

Berita Gembira Untuk Pembeli DG Yang Beli Dari Kak Ila

Kepada pengguna Diamond Gold skincare
Yang beli DG Set Trial Serum Vit E  (RM120sm / RM130ss)
Yang beli dari kak ila je la kennn. kalau awak beli dari orang lain, lain la offer dia ekekeke.

Kalau awak lahir pada bulan April, dan awak beli set DG dari kak ila pada bulan April, awak akan dapat 5 RANDOM FREEGIFT sebagai tanda penghargaan dari kak ila.

Faham ke idokk?

Gini.

Sekarang ni bulan November kann.
Jadi, kalau awak dilahirkan pada bulan November dan awak beli set DG sekarang, awak bakal dapat 5 RANDOM FREEGIFT.

Gituuuuh.

Lepas tu kann.
Bulan depan kan bulan December kann.
Mereka yang lahir bulan December pulak yang kak ila raikan.
Mereka yang beli set DG RM120 pada bulan December, mereka dapat 5 RANDOM FREEGIFT jugak.

Bulan berikutnya pula adalah bulan Januari kan.
Haaa, mereka yang lahir pada bulan Januari dan BELI DG SET TRIAL SERUM VIT E pada bulan Januari, punnnnn kak ila beri jugak 5 random freegift.

Adil kan? hikhik

Sampai bila dapat 5 FREEGIFT ni kak ila?
Insya Allah selagi kak ila masih jadi stokis sah DG, awak akan dapat 5 freegift ni mengikut belian pada bulan lahir awak.

Tapi mohon jangan jangkakan freegift ini besar lagi mahal tau. Namapun freegift hikhik. Kak ila berikan seikhlas hati Lillahi Taala.

Ini salah satu cara kak ila pilih untuk menghargai pengguna setia DG.
Ini juga salah satu cara untuk kita bersaing secara sihat sesama agen sah DG.
Ni ada yang main harga, isu DG fake belum setel, dia pulak menangguk di air keruh buang harga murah nak arwah.

Kita ni kalau jual produk orang, wajib kita follow harga yang ditetapkan oleh founder.
Dah kalau awak jual murah, lama-lama ramai agen lari taknak jual DG dah.
Lalu dia pergi jual produk lain pula.
Agen tu nanti promot pulak produk baru kaw-kaw sampai customer beralih beli produk itu.
Tinggal la awak sorang-sorang jual DG.

Apa, awak ingat bila awak sorang je jual DG, awak boleh untung besar la ye sebab awak je jual. Konsep berniaga bukan macam tu tau.
Seorang diri iklankan produk, takkan mampu tarik minat pelanggan untuk beli tau.
Lama-lama sale jadi krik krikk

Kak ila teringat kisah seorang abang jual beger.
Gerai dia depan kedai mamak. Dia sorang je meniaga masa tu.
Satu hari, datang seorang penjual baru.
Kakak ni tak jual beger sebaliknya dia jual pau kukus.
Dia bukak satu meja berhampiran abang beger.
Abang beger marah kat kakak ni sebab berniaga sebelah dia.
Barangkali dia takut nanti jualan beger dia merosot dek kerana pelanggan beralih selera beli pau pulak.

Dia halau kakak tu pergi berniaga tempat lain, jangan duduk bersebelahan dengan gerai beger dia. Kalau nak jugak duduk sini, kena bayar kat dia sebab dia dah simen area longkang ni dah bagi cantik.

Kakak pau pon pindah duduk jauh dari dia.
Shoplot tu hujung sekali adalah kedai mamak.
Hujung satu lagi adalah kedai dobi.
Berniaga la kakak pau tu depan kedai dobi pulak.

Nak jadi cerita, semakin hari, satu persatu peniaga baru muncul berdekatan kakak pau.
Kakak tu takde pulak halau, sebaliknya dia sambut dengan senyuman.
Ada la jugak teman bersembang.

Ada yang jual goreng pisang dan keropok lekor.
Ada yang jual laksa kedah.
Terkini, ada yang bukak gerai nasi lemak lepas maghrib.
Lama-lama lokasi kedai dobi jadi makin meriah dengan kehadiran pelanggan tak putus-putus.
Area abang beger semakin sunyi sepi.

Agak-agak kenapa?

Sebab fitrah pelanggan, mereka lebih cenderung pergi kat area yang lebih ramai peniaga.
Lagi ramai barisan gerai peniaga, lagi minat orang nak kesana.
Sebab banyak pilihan. Marketing happen naturally.
Jadi jangan la anggap berniaga sorang diri boleh untung besar.
Takkan terjadi.
Percayalah cakap kakak.

Orang yang betul-betul faham formula berniaga secara berjemaah cara islam, Insya Allah dia takkan rugi. Sebab Tuhan ada bersama.
Gituuuuh.

Ehhh kakak terbebel panjang pulak. Nak delete, sayang la pulak hahaha.

Ok berbalik kepada belian set DG dapat 5 freegift tu, awak mesti buktikan awak lahir pada bulan tersebut tau.
Kalau tak, awak dapat 1 je freegift.
Ok la kan, daripada takde ekekeke

** Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare **

Cantik kan beliau?
Pakai set DG je ni awakkk.
Hujung tahun lepas, ramai curang dengan DG dek kerana terpengaruh dengan fitnah siber. Tapi 80% kembali pakai semula DG sebab mereka kata DG jugak paling serasi.

Nak cuba?
Meh wasap kak ila.
DG Set Trial Serum Vit E ada ready stock.
012-931 1015

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.