Wednesday, 13 November 2019

Berkhemah 2D1N di Sungai Congkak, Hulu Langat

Hari Sabtu Ahad lepas aku sekeluarga berkhemah lagi. Kali ni kami ke Sungai Congkak pulak. Sebenarnya aku dah pernah beberapa kali pergi ke sungai congkak ni. Seingat aku kali pertama pergi dengan group student PTPL Ampang dulu. Masa tu aku buat diploma.

Kali kedua masa kat UPM buat degree. Pergi sebagai ahli Kelab Patriotik UPM. Kemudian pergi dengan housemate, masa tu belum habis belajar kat UPM. Kawan serumah merangkap coursemate, dia ni baru dapat lesen kereta jadi merenyam la nak pulas stereng hahaha. Kitorang tong-tong duit minyak dan sewa sebuah kancil pergi mandi manda kat sungai congkak. Rindu betul kenangan dulu.

Masa Ammar umur 3 tahun kot, pernah jugak datang. Bawak kakyah, abe D, suzi sekeluarga, Ema dengan suaminya masa tu baru kawin pon pergi. Jemey anak Poksu Ayop pon ikut pergi dengan wife dia. Masa tu wife dia sarat mengandung anak sulung. Kalau tak silap aku, masa tu cuti merdeka. Kakyah bawak nasi kerabu, aku bawak ayam perap untuk bakar-bakar kat sana. Masa ni kitorang pilih lokasi belah bawah-bawah je. Hanya bayar duit parking kereta je dah setel. Datang pagi balik petang.

Kali ni datang, Ngah masuk sampai atas.
Tak sangka cantikkkk sangat tempat ni.
Sebelum ni kan aku hanya berkelah belah bawah-bawah je.
Masa datang dengan geng UPM dulu pun tapak khemah bawah je.

Masa sampai kat pagar entrance, Ngah keluar untuk check in.


Total RM18 je untuk masuk bermalam 2D1N hahaha.

Murah, kan?
Murah la sebab ini dibawah tadbir selia kementerian pelancongan. Kalau yang private takkan dapat la cenggini punya murah. Masa kitorang berkhemah kat Kingfisher dulu pun kena bayar RM80. Tak berbaloi langsung dengan tahap kepuasan haha.

Ngah drive masuk sampai atasss sekali. Ada 6 kategori tapak khemah. Tapak khemah 1 dan 2 berada pada bahagian entrance. Kat sini ramai oii. Kemudahan kedai, tandas, bilik salin pakaian dan surau pon banyak. Sesuai untuk yang bawak anak kecik. Untuk balik hari pun kebanyakannya berkelah kat area sini je.

Paling atas adalah tapak khemah 6. Sini lagi best tapi oleh kerana kitorang lewat (paginya tu kami attend kenduri jiran dulu, lepas kenduri dalam pukul 11.30am baru bergerak) makanya tapak 6 dah penuh. Actually boleh je menyelit khemah kitorang tapi masa naik tadi dah nampak banyak je tapak khemah yang menarik dan jauh sikit dari orang. Baru ada privasi katanya.

So patah balik ke bawah dan kami pilih tapak khemah 4.
Selang 50meter dari khemah kami ada satu family cina. Dorang punya tapak khemah lebih baik sebab ada wakaf jadi kalau hujan unggun api dorang takkan padam. Tapi sungai lebih best kat kitorang punya tapak. Area dorang macam banyak batu sikit.

Rasanya kalau datang lagi, aku prefer nak tapak yang sama. hehehe


Ni gambar pertama aku ambik sebaik saja sampai. Tempat hulubalang berdiri ni la tapak khemah kitorang. Memang disimen rata so takde la tidur atas akar pokok hehe.

 
Dua beradik ni men-try kerusi baru apak dorang beli kat shopee.

Lepas tu kena marah ngan apak dia sebab tak tolong pasang khemah hahaha






Ini kerja emak-emak hehe.
Kayu api tak cukup? Takpe emak uruskan

Begitu sado sekali. nak lawan gusti lengan mari la.
hahaha.


Ngah bawak jugak dapur gas. Jadi masak nasi guna dapur gas je lah.
Aku masak kobis guna dapur kayu. Lepas tu bakar ayam, bakar ikan, bakar sosej, bakar daging beger.












Sementara emak masak, anak-anak mandi. Apak pulak gigih pasang hammot. Entah betul ke tidak ejaan tu, alah buaian tu orang panggil hammot kan? Lepas tu emak paksa apak ambik gambar emak sedang gigih masak hahaha








Lepas dah puas mandi, panggil budak-budak ni makan nasi.

Gedik jarang-jarang hahaha
Nampak tak dapur gas kat hujung tu? 
Panik sekejap bila api menyambar kat tong gas. Aku risau takut meletop.
Aku ingatkan dapur tu rosak, rupanya kepala tong gas yang longgar.
Haishh mujur bukan dapurnya yang rosak. Boleh masak air untuk bancuh kopi pula hehe.






Plan asal nak masak singgang daging kat rumah siap-siap, lepas tu simpan dalam peti ais, sampai lokasi  tinggal panaskan je la. Tapi beberapa hari sebelum tu sibuknya lahaiii dengan hal sekolah anak nak hantar buku teks dengan nak pergi COD lagi amboi amboi amboi macam kencang sangat bisnes dia tu kan hahaha. Emak jadi penat, makanya aku cakap kat Ngah kita takyah nak proper sangat la. Bawak je kobis ni seketul nanti pandai-pandai la saya masak. 
Gituuuuuh.


Ni la rupa kobis tumis air. Warna kuah nampak nak kebiruan sikit sebab aku guna bawang merah yang warna ungu tu. Bawang holland ada tapi tak terbawak. Boleh la mana-mana pun, janji rasa dia tip top hahaha.

Lepas makan, kitorang rehat-rehat kejap pastu sambung mandi.
Apalah gunanya terperap je dalam khemah kannn.
Ayuhlah kita berendam sampai lebam.

Naik dari sungai, sambung makan lagi. Makanan memang banyak oiii. 
Cekedis pun ada.
Makan sampai tidur.

Petang tu ada la bunyi guruh sikit-sikit. Tunggu jugak kot-kot hujan. Emak suka la kalau hujan hehehe. Tapi malangnya guruh aje bunyi, Hujannya tidak.

Kitorang buat unggun api tambahan berdekatan khemah demi menghalau binatang kalau-kalau ada. Risau jugak kot-kot harimau bintang muncul ke kann hahaha. amboi mulut ngko boleh tahan ehh tapi kita mesti ada prasangka macam tu baru kita lebih berhati-hati ye dakk?

Jiran kitorang family cina tu masa kitorang makan malam, khemah dia cerah lagi. Bila aku bangun nak kencing, tengok-tengok khemah dia gelap gelita. Ingatkan dorang dah balik tapi pagi esoknya ada je khemah tu. Agaknya dorang tak nyalakan unggun api kot. Lampu mungkin dah habis bateri. Tapi bahaya jugak kalau langsung gelap, nanti binatang datang kita tak nampak. Walaupun ada pengawal 24jam dalam campsite ni tapi kalau gelap guluta dalam hutan, pengawal pun tak tahu kau ada kat situ huhu. Dah la anak perempuan kecik-kecik lagi. Nasib baik takde apa-apa.

Ni kebetulan je aku ternampak seekor udang masa nak cuci pinggan. Lalu anak-anak pakat teruja tangkap anak udang. Dapat la 5 ekor udang dan 2 ekot anak ikan. Tapi kitorang lepas balik anak ikan esok pagi nya tu sebab kecik sangat lahai. Udang je aku panggang dan ngap haha.

Ubi keledek ni sebelum kitorang tidur, Ngah bungkus dalam aluminium foil dan tenggek tepi unggun api. Bangun esok pagi ubi keledek ni dah empuk.
Aku bukak dan bakar semula sabit nak bagi kering sikit ubi tu. Sedap oii ubi ni manis dan lembutt je.


Juga seperiuk maggi untuk sarapan.



Ayam bakar ni langsung tak berusik pagi tu. Jadi bawak balik. Tapi tak sempat sampai rumah, dah selesai dikerjakan dalam kereta hahaha.

Hidangan sarapan kami. 









Lepas makan, sambung mandi.











 Dah nak balik, baru perasan jagung belum bakar lagi.
Tenggek je la kat dapur tu sementara mandi.
Siap, simpan dalam bekas. Nasib baik tak beli 5 ketul sorang satu. Beli 3 ketul pun tak habis jugak.

 Aktiviti menyusun 10 biji batu. Kalau berjaya, emak hadiahkan topup bernilai 5hengget.
Dah berjaya, meh kita ambik gambar versi riak.
So inilah versi riak itu.
hahaha..
 Lepas puas mandi, dalam pukul 1.00pm kitorang berkemas-kemans balik.
Masa check out tu baru hujan. Alahaiii kalau la hujan malam tu kan ke best. hehe.

Rasanya dalam masa terdekat ni kitorang mungkin repeat sini balik. Memang bestt sangat tapak khemah ni. Walaupun tapak khemah 4 ni takde tandas hanya ada di tapak 1 dan 2, tetap aku nak bagi 5 bintang hehe.

Oh ya. Dalam ni ada rumah inap sebenarnya tapi mungkin dah takde sapa selia jadi semua rumah-rumah tu dan beberapa tempat salin baju semacam rumah hantu je tapi aku tak takut sangat selagi pak hencik kau ada hahaha.

Entry ni banyak gambar. Emak memang sengaja tepek kat blog ni, malas nak share kat fb. Dah kata ada blog kennn. Harus lah emak tepek sini jadikan kenang-kenangan. Nanti bila anak-anak dah besar, kalau rindu nak tengok dorang zaman kanak-kanak, boleh je emak rujuk sini hehe.


 ** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Amacam? Cantik kan kulit adik manis ni?

Beliau hanya konsisten pakai set Diamond Gold Skincare je ni awak oiii.
Kebetulan kulitnya takde la problem sangat, sekadar kusam je pon.
Aku tengok pon adudu.. tak jemu memandang. Bersih dan lembuttt ja raut wajah.
Memang naik seri betul la DG ni.

Kalau nak try, boleh wasap kakak tau.
Kakak jual hehe.
Wasap je 012-931 1015

Sekian,
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.