Wednesday, 26 June 2019

Pengalaman Aku Boring Air Rumah Mek Machang

Dua hari sebelum raya, aku dah start cari tukang boring air melalui facebook. Tak tahan oi balik kampung jarang-jarang, lepas tu nak buat aktiviti apa, semuaaa terbantut akibat takde air.

Seharian juga ambik masa survey nak dapatkan tukang boring terbaik. Mula-mula aku jumpa page boring air sorang tukang ni. Baca dia punya komen-komen tu semua. Mula-mula semua cakap terbaik terbaik terbaik belaka. Aku pun hampir nak contact orang ni dah. Bila scroll bawah lagi, baca komen tiba-tiba nampak ada komen tak puas hati sebab dia dah hire tukang ni boring air rumah dia, lepas dah siap boring, mula-mula ok air keluar banyak, namun lepas beberapa hari  air tak naik. Dia pon wasap balik tukang boring tu untuk komplen tapi katanya tak berjawab.

Dia rasa nak marah dan tertipu sebab duit dah habis beribu airnya tak banyak seperti yang disangka. Oleh kerana call tak jawab wasap pun tak berbalas, dia pon komen kat page tukang boring ni. Situ pun takde berbalas jugak. Padahal pemilik page tu elokk je jawab PM orang lain tanya harga per kaki.

Panjang jugak komplen orang tu, dia siap cakap dia cari tukang boring air lain pulak semata untuk setelkan masalah nak bagi air ada, baru selesai. Sedangkan tukang boring pertama tu langsung tak pedulikan dia lepas setel boring dan terima payment. Kiranya after-sale service tak bagus.

Terus aku pun tak jadi ambik tukang ni dan cari lagi tukang boring air lain.

Cari punya cari, jumpa page Boring Air Machang. Dari page dia tu aku tahu harga per kaki dia berapa berapa. OK la harga sama macam tukang boring pertama tadi.

Aku tengok sepanjang bulan puasa, hampir setiap hari dia live boring situ boring sini. Semua pun sekitar Machang, takde la sampai nun Pengkalan Chepa ke hapa, kiranya dekat-dekat kampung aku jugak servis dia. Hinggakan esoknya nak raya pon dia masih berkerja boring air. Memang padu! Nampak sangat yang bisnes dia jalankan ni serius, tak main-main. Sentiasa ada je permintaan.

Aku pun apa lagi, hari raya tu jugak suruh Jani call tanya dia harga dan bila boleh start. silap jugak masa tu jam dah hampir pukul 12 malam hahaha.. orang tu mood nak tidur atau dah tidur. So dia cakap pun macam tak bersemangat Jani kata. Jani suruh cari orang lain sebab sangkanya orang ni sombong hahaha.

Esoknya, aku pulak call. Masa tu dalam pukul 11pagi. tuakang boring tu helokkk je jawap panggilan aku. Maka sahlah, dia tak sombong, cuma timing je tak kena masa Jani call. hahaha

Oleh kerana masih mood raya, perkerja dia pun cuti, tukang boring tu kata dia akan datang untuk tengok lokasi rumah aku terlebih dahulu.

Petang raya ketiga (Jumaat 7/6/2019) tukang boring ni call aku kata nak datang rumah tengok tempat, masa tu aku keluar beraya rumah sepupu dan besan kakyah. Sebab nakkan sangat air ni, aku mintak diri balik rumah. Sampai rumah, tukang boring dah tunggu. Menurut adik aku, tukang boring tu dah test kandungan aliran air bawah tanah sementara tunggu aku sampai, menggunakan satu alat. Aku tak sempat tengok sebab sampai lambat.

tuakng boring tu kata ada 3 point yang ada banyak mata air bawah tanah, dan dia suruh aku pilih nak boring kat point mana satu, Dan dia cadangkan boring betul-betul depan tangga rumah kerana mengikut kajian dia tadi, air paling banyak kat area tu, sebab ada 3 cabang air mata bercantum kat situ. Aku ikut je, cuma mek je rasa berbelah bagi sikit sebab katanya dekat sangat dengan pintu rumah. Namun bila tukang tu explain, mek pun ok. Kata tukang tu, lebih dekat dengan rumah adalah lebih baik. Lagipun senang nak tarik wayar eletrik untuk attach dengan mesin pap air.

Harga?

Ok. Kebiasaanya kita akan boring lubang air sama ada saiz 4inci diameter lubang, atau 6 inci. Dulu-dulu ramai korek yang saiz 4 inci saja kerana harga lebih murah. Namun sekarang ni makin banyak yang pilih 6inci.

Harga upah untuk saiz lubang 4 inci adalah RM13/kaki dan yang 6inci pula RM18/kaki. Mula tu aku nak ambik saiz 4inci je sebab nak murah. Tapi bila tukang tu cakap beza antara 4inci dan 6inci, airnya 2 kali ganda banyak yang 6 inci, sedangkan perbezaan harga dalam tiga pat ratus je. Terus aku setuju ambik 6inci.

Harga tu upah boring je tau. Paip harga asing. Untuk paip diameter 4inci, harga RM60/batang. Panjang paip adalan 20kaki. Jika paip diameter 6inci, harga paip RM100 sebatang. Panjang juga 20kaki.

Enjin belum masuk dalam harga tu ye. Harga enjin pula berdasarkan power untuk sedut air mengikut kedalaman air boring tu tadi. Adik aku cakap takpe enjin takyah beli dulu, kita pakai enjin yang kat perigi tu. Iye la kan, dah ada air boring nanti dah tentu enjin yang pasang kat perigi tu boleh cabut dan pasang kat air boring. Menurut kata tukang boring, seeloknya guna pump double baren. Aku tak tahu sangat pasal enjin pum ni tapi ada hari tu aku tengok kotak pum kedai hardware, tulis double paralel pump. Harga RM1k untuk pum air atas 30kaki.

Total kedalaman boring air rumah mek adalah 60kaki menurut kata pekerja dia, tapi tukang boring kira 57kaki saja. RM18 darab 57 = RM1,026.00. Termasuk paip total aku bayar RM1,344.00. Aku dah lupa macamana dia kira harga paip tu tapi overall aku puas hati la sebab bajet asal aku RM1,800 je, sedangkan actual cost RM1,344.00

Enjin pum yang asalnya kat perigi dan pasang kat boring air tu, sehingga hari entry ni ditulis, masih dalam keadaan baik, masih boleh pump air keluar dari lubang boring. Aku syak air dalam lubang boring tu banyak. Agaknya di kedalaman 20kaki dah ada air, tu pasal pum ni beraksi elok je. Lebih kurang sama je macam dia sedut air perigi kedalaman 20kaki dulu. Alhamdulillah, sekarang aku sangat lega. Tak sabar rasanya nak balik kampung mek lagi.

 Nampak tak sebatang kayu dipacak atas tanah tu? Haaaa... kat situ la dikatakan ada sumber air bawah tanah yang paling banyak. Tukang boring tu kata dalam 3 lokasi mata air, situ paling banyak kerana ia bertembung dengan 3 aliran mata air. Ntah betul ke tidak mak hencik tak pasti tapi dah kita gunakan kepakaran dia, kita ikut la pandangan dia, ye tak?

Seminggu sebelum raya, Jani beli pasir halus dan pasir kasar untuk buat tangga batu depan rumah. Tapi disebabkan penat bulan puasa, tangga batu tak siap menjelang raya huhu. Pasir masih kat situ. Jani kepung guna batu bata supaya pasir tu tak hanyur di bawa arus air semasa kerja-kerja mem-boring.

 Perkerja sedang seting mesin boring. Mereka kena pastikan mesin tu betul-betul tegak 90degree supaya bila memboring tu ia lurus tegak kebawah. Kalau serong nanti banyak benda jadi payah.

 Ketika memboring, mesin perlukan sumber air untuk tendang tanah dari lubang, keluar. Nasib baik sepupu aku ada kolam. Jarak rumah aku dengan kolam dalam 100 meter je. Kolam dah tak serupa kolam, penuh pokok keladi liar hahaha. Almaklum la suami isteri sibuk kerja huhu. Aku minta izin dia nak sedut air kolam bagi memudahkan kerja-kerja boring.

Mengikut kata tukang boring, kalau memang takde langsung sumber air tak kira la kolam ke longkang ke sawah pagi ke, haaa... tu dia kena angkut air dengan lori dan akan cas kita dalam lebih kurang RM200.



Ini la paip 6inci yang dorang masukkan dalam lubang after kerja-kerja boring selesai. Dorang bawa 5 batang masa datang tu, saja bawa lebih mana tahu berapa kaki boring kan.

Macam kes aku, dorang masukkan 3 batang paip ni. Batang ke 4, dorang potong dalam lebih kurang 1meter dan sambung masukkan ke dalam tanah. Maksudnya kedalaman sebenar lebih dari 60kaki. Tapi yang seronoknya, tukang boring tu hanya cas aku 57kaki je. Alhamdulillah syukurrr jumpa orang yang tak berkira sangat.

Orang daerah Machang, kalau nak try tanya-tanya harga tukang boring ni, boleh contact beliau.
018-473 4810 - Mie

Ni bukan paid post tau. Aku memang share sebab aku rasa service dia bagus dan layak disebarkan. Aku yakin, korang yang baca post aku ni adalah yang sedang cari tukang boring air area Machang, kan? Lalu terjumpa blog aku.

Blog aku ni memang orang jumpa kalau search info je. Mana ada follower pon kahkahkah.



** Testimoni Diamond Gold Skincare **

Aku masih aktif jual DG ye, dan masih setia sebagai pengguna hihi.

Nak try DG, wasap je 012-931 1015 - kak ila
COD area Puchong, Bukit Jalil, Putra Height dan Shah Alam Seksyen 15 (Seksyen 15 ofis suami aku jadi aku boleh kirim dia cod-kan, atau awak boleh datang ofis dia)

Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.