Wednesday, 19 June 2019

Aidilfitri 2019

Assalamualaikum..
Salam 15 Syawal 1440H..

Mula-mula nak gelakkan diri sendiri dulu. Hari tu konon nak update setiap hari bulan Ramadhan, tapi tak kesampaian. Begitu takde masa sekali.

Syawal tahun ni aku beraya di Kelantan.

Lama oii aku ambik cuti. Raya kan rabu 5/6/2019. Aku last kerja pada Jumaat 30/5/2019. Balik kerja petang tu terus mandi dan masukkan beg pakaian dalam kereta. Pastu zasss ke Masjid BK5 untuk berbuka dan solat maghrib. Lepas solat terus kitorang bertolak balik kampung.

Balik Puchong semula pada hari Selasa 11/6/2019. Maksudnya 10 hari jugak aku kat kampung. Hari ke 11 tu pagi-pagi lagi kitorang dah bertolak balik Puchong demi nak elak jem.

Selama 10 hari aku kat kampung, masalah sama masih berulang iaitu masalah air. Air telaga kering disebabkan dah lama kemarau dan tak hujan.

Tahun ni aku agak kecewa, sebab banyak hari tinggal puasa. Ramadhan kedua dah datang bulan. 5 hari di minggu pertama puasa. Lepas tu malam yang aku bertolak balik kelantan tu, berhenti nak kencing kat hentian Benta, tengok-tengok datang bulan lagi. Adehhhh... masak aku tahun ni 9 hari kena ganti puasa. Aku ingatkan malam raya ke, hari raya pertama ke, tup tup belum sampai rumah mek dah period. Nasib baik aku ada beberapa keping pad dalam handbag. Haru betul.

Sampai rumah mek, air pulak takde. Memang spoil betul. Aku ni dah la macam-macam plan dalam kepala nak masak itu ini, semua terpaksa cancel. Kemain ngko gugel resepi ketupat pulut hitam la, ayam bakar dalam tin la, kuih lidah buaya la.. iye la kan, dapur mek dah luas dan terang benderang, seronok la nak masak-masak pun. Sekali air pulak yilek.

Terpaksa kitorang mandi di masjid BT30. Aku ni lagi laa, datang bulan memang seksa bila takde air. Rasa kotor betul. Bila dapat mandi tu rasa nikmat sangat.

Masak memang hampir tak, setiap petang keluar mandi di masjid, terusss gi bazaar ramadhan bandar Machang. Air yang mek simpan tu kitorang guna untuk masak nasi, masak air, dan untuk urusan tandas. Kadang aku guna buat mandi. Tak tahan weyhh memang berlengas kalau tak mandi.

Mujunya ada 2 hari lepas raya hujan turun lebat. dapat la merasa air perigi walaupun keruh dia tu aku mandi rambut rasa keras hahaha... lantak la janji dapat mandi.

Perigi tu kakyah punya. Kongsi guna 2 rumah. Rumah kakyah dan rumah mek. Kalau bukan musim kemarau, ok je semua dapat air. Ni musim kemarau dua-dua rumah tak dapat sedut air.

Bila aku fikir-fikir balik, isu air ni macam takde kesudahan. Selalu sangat takde air. Mek pulak setiap hari pergi tumpang mandi rumah sepupu aku, Kak Eton. Setiap kali balik, mek tak pernah miss bawak balik sebaldi atau sekendi air perigi Kak Eton. Dah la menjinjit air tu naik bukit. Orang tua pulak tu. Kita larang memang tak lut la. Mek aku ni degil. hahaha..

Akhirnya aku panggil tukang boring air. Tu nanti aku cerita lain hihi..

Pagi raya tu subuh-subuh lagi Ngah bangun gi mandi dan solat subuh kat masjid BT 30. Aku pulak bangun terus k edapur masak nasi dan ayam masak merah. Anak-anak tak ikut ke masjib sebab pagi raya segan sikit takut terserempak orang ramai kan. Dorang mandi sorang sikit kat rumah je. Guna air mana yang ada je.

Dah siap-siap masak, dalam pukul 10pagi datang rombongan pertama datang beraya. Hoiiii aku belum mandi lagi kahkahkah...

Nasib baik yang datang tu kakyah dan anak cucu dia. Tak mandi pon halal la ye. hahaha..



Putri Nur Amina

Ni anak sulung Juer. Leya namanya. Nama penuh aku lupa haha

Luas la sikit ruang dapur rumah mek sejak renovation. Naik seri bila sapu cat hijau lembut hihi. i likeee

Kakyah ajak aku sekeluarga pergi beraya ke rumah adik beradik abe D. So jom lah. Ajak mek tapi mek kata tak larat. Eh elehh mek ni, padahal naik kereta bukan jalan kaki redah bukit pun huhu. Takpe la mungkin mek lebih selesa duduk rumah kot-kot ada tetamu nak datang kan. 





Ni je la gambar hari raya aku. Anak-anak ada je kat belakang tu dorang ralit main games.

Tu pun nasib teringat nak snap seketul dua dalam kereta. Mata tu nampak dalam sikit, aku sebenarnya tak berapa sihat, dah la period, batuk selsema pulak. Tu yang langsung tak tepek bedak tu. Selsema memang nak kena lap hidung acap kali, jadi kalau pakai DG Barbiedoll foundation ke apa ke, memang takkan lekat kat hidung. huhu..











Rumah pertama kami beraya adalah rumah Mak Pah iaitu kakak abe D di kampung Mata Ayer, Pulau Chondong.

Kebetulan sungguh tau. Rupanya Makpah diserang strok malam raya. Kononnya masa tu dia sedang siapkan menu nasi dagang untuk juadah pagi raya. Kena strok dalam pukul 10malam masa sibuk masak kat dapur.

Patut la masa kitorang beraya dia nampak tak bersemangat nak bersembang. Biasanya dia ni riuh orangnya. Masa aku sampai dan salam, aku memang biasanya akan pandang muka orang waktu salam. Aku tengok dalam mulut dia merah memang nampak sangat orang sakit.

Aku tak tahu lagi makpah sakit time salam tu. Lama kemudian baru kakyah cerita pasal makpak kena serang strok malam tadi.

Masa kitorang sampai rumah makpah, kebetulan ada abang abe D sekeluarga, juga datang beraya rumh makpah. Selesai beraya rumah makpah, kitorang follow beraya ke rumah abang kepada abe D pulak.

Rumah abe Dowi. Dekat je, kampung sama. Rumah abe Dowi ada nasi beriani gam. Anak perempuan sulung dia masak. Anak perempuan sulung dia adalah kawan aku masa kecik Nora nama dia.

Nora dah kawin dan tinggal kat Johor. Dia la yang masak juadah nasi beriani gam. Aku tak makan pon (nyesal sungguh hahaha) sebab masa tu memang kenyang gilerrr makan nasi dagang rumah makpah.

Dulu masa aku berumur 4, 5 tahun, Nora selalu datang dengan abah dia. Dia ni sebaya aku. Selalu jugak dia bermalam rumah kakyah. Aku happy sangat bila dia datang, Tapi sejak masing-masing dah sekolah, langsung tak jumpa dah.

Ni je baru jumpa balik. Masing-masing macam belon body kahkahkah..

Aku dan Nora. Kat tepi tu penyibukkk haha
Nora, adik perempuan Nora, Abah Nora aka abe Dowi, abe D. Lokasi Rumah abe Dowi

Budak berjurus ni. Jarang nangis. Diammm je. Nangis hanya jika lapar dan baru lepas berak.
Jannah. Anak Murni
Bersama tokey satay.










Tema biru tahun ni.


Buah kemunting kat kampung aku dah pupus agaknya. Dulu banyak giler. 
Masa nak balik, baru aku perasan ada pokok kemunting depan rumah abe Dowi. Apa lagi, terus aku petik mana yang dah masak, lepas tu baru mintak kahkahkah hanat betul perangai. Tak pasti pokok ni tumbuh sendiri atau dorang tanam. Aku bawak balik konon nak buat benih la. Balik rumah aku tenyeh buah kemunting ni dalam pasu mek. Harap-harap jadi anak pokok hendaknya.

ok la itu je entry kali ni.

Nak balik dah pukul 5.50pm dah.

Sekian.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.