Tuesday, 2 July 2019

Pendiam

Masa aku kecil-kecil dulu, aku dijaga oleh kakyah. Masa tu mek kuat kerja, menoreh getah. Selalu takde kat rumah. Petang baru balik. 

Jadinya kakyah la yang mandikan aku, bagi makan semua. 

Lepas kakyah kawin, kakyah ikut suami dia duduk kedah. Abe D kerja nelayan kat situ. Konon dorang nak bina hidup baru kat sana.

bila takde kakyah, aku dan Jani macam terabai sikit. Mandi tak mandi pon mek tak kisah sangat, bukan sebab tak sayang, tapi mek takde masa nak uruskan kami. Pagi dah keluar menoreh, petang pukul 3 baru balik. Balik rumah baru masak nasi. Dekat pukul 4petang baru dapat makan. Biasanya makan sekali sehari je.

Aku tak ingat umur berapa masa tu, mungkin  5 tahun gitu kot, sebab dah mampu ingat beberapa peristiwa walaupun masih belum bersekolah.

Aku juga masih ingat, aku selalu berhingus! kahkahkah.. Sumpah weiii, serabai gila la masa kanak-kanak. Tapi lumrah budak, mana nak kisah pun. 

Rutin aku setiap hari, bangun tidur, sarapan mana yang ada kat dapur. Kadang tak sarapan pon. Terus keluar rumah cari kawan. Masa tu mana kisah perut lapar ke tak, melainkan kau pergi rumah kawan lepas tu kau nampak dia makan sedap hingga kau terliur. Haaa, tu mesti balik rumah cari nasi.

Kehidupan masa kecik agak susah. Mek menoreh getah orang. Masa tu harga getah pon sen-sen je sekilo. Seminggu sekali jual getah, Lepas bahagi dua dengan pemilik kebun getah, dapat tak sampai RM50 pon. Sedih? Tak sedih sebab masa tu tak faham apa-apa.

Masa kecik, aku selalu berkaki ayam. Setiap kali kakyah belikan selipar jepun, aku pakai pergi main, balik petang karang selipar hilang. Selalu macam tu. hingga lah aku berak keluar cacing. Cacing tu hidup tau. Menggerekot dia terjuntai kat bontot. Aku meraung takut. Last last mek datang tarik cacing tu keluar hahaha.. Lepas tu kakyah cakap. Sebab kau selalu jalan tak pakai selipar la cacing tu masuk kot tapak kaki. Telur cacing tu halus mata kita tak nampak. Bila kita pijak tanah, dia masuk la dalam badan. Gituuu kakak aku gertak. Sejak tu, aku tak pernah tinggal selipar jepun. 

Sejak aku tidak lagi dipantau oleh kakyah, penampilan aku agak comot. Bila kita comot, pergi rumah orang pun orang tak berapa suka sangat. contohnya nak tengok tv rumah kawan. Kau punya kaki kotor. Jadi kawan tak bagi masuk ke rumah. Nak tengok tv, hanya duduk depan pintu je. Kaki takleh masuk, kena berjuntai di muka pintu. Kalau main nenek nenek si bongkok tiga, kan yang jadi nenek tu kena tutup mata guna kain kan? Tiba giliran aku jadi nenek, ramai kawan ejek taknak guna dah kain tutup mata tu sebab kotor takut kena hingus aku. 

Setiap ejekan tu selalunya aku tak balas balik pun. Kebanyakan masa aku hanya diam. Orang ejek aku diam. Ejek aku diam. Lama-lama aku jadi pendiam.

Oh ya, waktu aku kanak-kanak, aku rongak. Gigi depan langsung takde. hahaha..
Yang ada hanya tunggul-tunggul gigi aje. Aku sendiri pun tak tahu rupa gigi susu atas aku macamana, sebab tahu-tahu memang rongak. Tu pun jadi bahan kawan-kawan mengejek.

Setiap kali aku ketawa, pasti ada yang ejek ee gigi rongak. Lalu aku pun senyum tutup mulut. Lama-lama aku jadi semakin pendiam. Pendiam ye, bukan pemalu.

Perangai pendiam ni berlarutan hingga ke sekolah. 

Masuk darjah 1, gigi masih rongak belum tumbuh gigi kekal. Masa tu memang pemalu yang amat sebab kawan-kawan sekelas bukan dari kampung yang sama. Jadi aku rasa sangat rendah diri dengan keadaan takde gigi ni weiii. hahaha.. Dia punya malu tu hingga cikgu panggil nama aku pun aku tak menyahut. Aku ingat lagi. Guru kelas aku namanya Cikgu Azinah. Cikgu Zinah akan panggil nama murid dan murid perlu angkat tangan jika dengar nama dia dipanggil. Jika tak angkat tangan atau tak menyahut, maksudnya murid tu tak datang sekolah. Bila nama aku kena panggil, aku dengar tapi aku diammm je. Sebab malu sangat. Memang rasa rendah diri betul time tu, malu sebab rasa tak sempurna macam orang lain. Malu sebab gigi takde.

Nasib baik cikgu kenal aku anak Razab hahaha. Ayah aku dengan cikgu Zinah sekampung. Nasib baik betul. 

Sekarang dah tua. Helokk la sikit.

Aku rasa sebab aku jadi pendiam adalah kerana kecik-kecik dulu selalu kena ejek. Tapi takpe, sekurang-kurangnya aku lebih berjaya dari dorang yang ejek aku tu. hahaha..

OK dah. Aku nak balik dulu. Babai..

** Testimoni Diamond Gold Skincare **


Siapa nak try set DG, meh wasap nombor ni ye.

012-931 1015 - kak ila awak hehe

Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.