Hari raya haji tahun ni jatuh pada hari Rabu 22/8/2018. Tahun ni turn beraya haji di kampung aku di Machang. Kebetulan pulak minggu raya tu adalah minggu cuti sekolah jadi kitorang ambik cuti pon seminggu jugak. Memang dah plan sejak raya puasa lagi nak cuti seminggu untuk raya haji. Ngah pon dah simpan cuti demi memenuhi impian bini dia ni hihi.
Kitorang gerak balik ke Machang pada petang Sabtu lebih kurang pukul 6pm macam tu. Aku memang tak kerja dah sabtu tu, hanya Ngah je kerja halfday. Nama je halfday, sampai rumah pukul 3pm lebih jugak. Nasib baik kain baju anak-anak aku dah pack siap-siap. Tinggal tunggu dia balik je siap-siap dah boleh gerak.
Perjalanan takde jem melampau, hanya stuck kejap kat Karak tol tu je. Dah lepas tol, traffic pun elok lancar. Kereta banyak tapi jalan smooth. Lepas dah masuk Raub, aku pon lena. Tau-tau je dah sampai. Kitorang sampai rumah mek pukul 2pagi Ahad.
Kebetulan balik kampung kali ni musim buah. Rambutan kemain lebat, semua pokok rambutan yang pernah berbuah, semua pon lebat buahnya. Sedang masak ranum pulak tu. Pokok manggis yang belum pernah berbuah sebelum ni, pon turut berbuah buat kali pertama tahun ni. Aku syak ianya disebabkan baja buah yang aku letak kat pokok tu ketika balik cuti raya tahun lepas. Ada aku blog pasal ni dulu. Klik entry tajuk
Cerita Hari Raya Cik Ila Kidal
Cuma bukan rezeki aku gamaknya, manggis belum masak ketika aku kat kampung.
Tahun ni jugak pokok binjai kebun aku di Kampung Pangkal Chuit berbuah lebat. Alhamdulillah rezeki sangat kerana buah ni memang sangat laris dan permintaan penduduk sekitar adalah sangat tinggi. Cuma jarak rumah mek dengan kebun ni jauh sikit untuk berjalan kaki, menyebabkan agak susah untuk mek berulang alik ke kebun binjai. Setiap kali ke kebun, mesti dihantar oleh Abe D. Nak balik pun, mesti tunggu Abe D datang jemput. Dulu waktu masih kuat, setakat 1km jalan kaki tu biasa je bagi mek. Sejak umur nak cecah 80 tahun ni memang dah tak berdaya dahh.
Jadi sementara aku ada seminggu kat kampung ni, setiap pagi sebelum subuh aku dan kakyah pergi kebun kutip binjai. Kemain kunci alarm handphone pukul 4.30pagi semata-mata taknak terbabas tidur. Kang kalau lambat memang tak dapat merasa buah binjai. Kat kebun tu ramai budak-budak jenis tak reti bahasa main kutip je tak kira buah kebun sape pon. Nak-nak pulak musim cuti sekolah, lagii budak ramai. Kalau lambat, dapat penat je lah.
Azan subuh berkumandang, kitorang balik. Lepas balik solat subuh, sarapan semua, rasa nak pergi lagi kitorang pergi. Tapi belah pagi jarang la aku pergi sebab nama pon raya, harus utamakan raya dulu. Biasanya kitorang singgah kejap-kejap je kalau lalu area situ. Kadang dapat buah sebiji dua. Kadang langsung tak dapat.
Dalam seminggu kat kampung, merasa jugak aku duit hasil jual binjai dekat RM500. Buah kat pokok belum pun separuh yang gugur. Memang berduit sape yang ada pokok binjai ni. Serius tak tipu. Tu aku rasa kalau betul-betul tunggu buahnya dan tak bagi chance kat budak-budak nakal kutip, memang boleh dapat RM2k malahan lebih aku rasa.
|
Ini Sopia Jeng. Terpaksa tinggal dia kat Puchong sebab kesian kalau bawak balik 8jam dalam kereta. Nasib baik Juer tak balik. Boleh minta dia bagi makan Sopia. |
|
Buah duku ke buah langsat aku tak cam. Belum masak lagi ni, rasanya masih masam. |
|
Ammar sekarang kalau ajak gi memana dia taknak ikut. Suka lepak kat rumah je. Ramai kawan. |
|
Joe pun sama. Ajak gi memana menang payah. |
|
Sejak ada handphone sendiri ni lagi payah nak ajak berjalan. |
Aku baru tahu isi cempedak pokok paling depan rumah adalah isi yang terbaik. Serius selama ni tak perasan sebab setiap kali petik cempedak, aku petik setiap pokok dan campur sekali selonggok. Jadi memang tak tahu buah yang ini dari pokok yang mana satu.
|
Cempedak pokok paling depan. Isi terbaik nombor 1 |
|
Pon dari pokok pertama |
Tu pon kebetulan lepak kat kerusi batu depan rumah sambil tengok anak-anak main bola beracun. Datang mek bawak sebiji cempedak yang gugur. Kecik je buahnya. Gugur pun sebab dah masak dan ada kesan gigitan tupai. Mungkin tupai tu pijak buah cempedak sambil makan. Lalu gugur. Mek kutip lalu kopek depan aku. Kemainnnn tebal dan besar isinya. Warna sedikit oren. Memang harum dan manisss sangat. Aku makan 2 ulas. Mek pun makan jugak tak tahu berapa ulas. Aku tanya pokok mana, mek tunjuk pokok paling depan. Wahhh pasni menag aku aim pokok ni.
Tetiba aku jadi teruja. Lalu aku bangun pergi ke pokok kedua. Pokok ni berdekatan dengan meja batu tempat aku duduk. Ponn jumpa sebiji cempedak masak. Lalu petik dan kupas terus. Lagiii teruja bila isinya pon besar dan manisss sangat. Cuma warnanya pucat sedikit berbanding isi buah pertama tadi.
|
Isi cempedak pokok kedua. Isi tebal cuma warna pucat sedikit berbanding cempedak pokok pertama. |
|
pokok paling depan. Isi nombor 1 |
|
Cempedak isi nombor 2 terbaik. Pokoknya kat tepi karusi batu mek |
|
Ini pokok tengah-tengah antara rumah mek dan rumah kakyah. Aku mark ia sebagai pokok cempedak ke3. |
Pokok cempedak ketiga ni isinya terpaling banyak antara banyak-banyak cempedak. Takde gambar nak tepek sini. Arwah ayah aku cakap ni cempedak nangka. Sebab isinya lonjong sikit macam isi nangka.
Oleh kerana isinya banyak dan padat, ulasnya kecil dan isinya nipis. Penjual cempedak goreng mungkin akan untung berganda-ganda sebab ulas banyak. Tapi perlu jual mungkin 3 ulas seringgit la, tak boleh jual harga biasa lima posen seulas, naya pembeli.
|
Pokok ke empat paling dekat dengan perigi. |
Pokok cempedak ke4 aku tak sempat check isinya kerana masa kat kampung tu takde buah yang masak untuk dikupas tengok. Lain kali lah.
|
Ini bukan cempedak. Ini nangka. 2 biji nangka dipetik serentak kerana nangka ni share tangkai yang sama. |
2 biji nangka dipetik serentak kerana nangka ni share tangkai yang sama. Dah la kedua-duanya masak serentak, sama besar pulak tu. Cuma nangka yang satu lagi tu buruk sikit. Kitorang belah dan makan nangka yang buruk tu dulu sebab masa tu nangka yang Abe D pegang ni (yang elok) masih keras time tu. Konon nak makan lagi satu dua hari. Nak tahu apa jadi? Sampai ke sudah nangka ni langsung tak berusik sebab kat kampung hampir takde waktu lapar. Nangka pun dipandang sepi hingga akhirnya buruk macam tu je. Sebenarnya tak perasan pon nangka tu buruk. Mungkin terlalu lama letak kat lantai simen kot. Jadi lebam lama-lama buruk sendiri. Sedeyhh..
|
Takde kena mengena hehe |
Ni pulak kerusi atau pangkin buloh yang aku sendiri bina berdekatan pokok binjai. Kalau tak silap aku, petang isnin kot aku start susun buloh yang aku gergaji, susun rapat-rapat untuk duduk.
Nak harapkan Ngah, dia kurang minat masuk kebun. Tak macam aku, aku memang suka la aktiviti tebang pokok, betulkan pagar roboh, buat bangsal, tu semua aku minat. Ngah budak bandar, dia ikut mood. Ni mood dia malas, ajak ke kebun pun taknak. Nasib baik mek dan kakyah ada, kalau tak, takut jugak aku nak gi sorang-sorang almaklum hujung tanah kebun ni adalah tanah kubur. gagagaga...
|
test duduk. Nasib baik tak roboh hehe |
|
test duduk berdua dengan Joe, ponnn tak roboh, hahaha terer kan aku? |
|
Ni eksyen je lebih ni. |
|
4 biji je. Jadikkk la daripada balik tangan kosong huhu |
|
Salah seorang kesayangan |
Sekian dulu.
Banyak gambar naik bot pergi Takbai Thailand aku belum transfer ke PC.
Nantilah free baru update lain.
** Testimoni Diamond Gold Skincare**
Setakat sunburn tu Insya Allah mudah je hilang jika pakai DG Skincare tanpa ponteng. Serius tak tipu. Yang nak try pakai DG, meh wasap nombor ni.
012-931 1015 - kak ila ngko
Sekian.
Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.