Thursday, 9 November 2017

Amir Dan Lawatan Sekolah Rendah - MAPS Perak

Sebenarnya, masa awal tahun hari tu, cikgu umumkan nak buat lawatan ke Lombok, Indonesia untuk meraikan murid-murid darjah 6 dan guru-guru yang bertungkus lumus mengajar demi UPSR, dimana guru-guru ni time cuti pon kena adakan kelas tambahan. Kos yang diberitahu adalah RM2,800 per head kalau tak silap aku. Masa tu cikgu besar beritahu ketika berucap dalam mesyuarat PIBG.

Oleh kerana jauh kebenor, dan kos yang mahal, aku dan Ngah cakap takyah laa. Lagipun macam tak harap je nak lepas Amir pergi sendiri jauh-jauh. So kami diamm je lah.

Kemudian, baru-baru ni guru kelas Amir edarkan surat lawatan ke MAPS Perak. Masa tu Amir nampak tak berminat. Barangkali dia ingat kalau dia mintak kat aku nak pergi pun, aku takkan izin kot. So dia hanya diam je lah. Hinggalah aku hulur duit RM75 untuk lawatan Joe, aku suruh Joe bayar kat ustazah kelas dia. Dan-dan tu Amir protes nak pergi MAPS, nak pergi MAPS. siap komplen kenapa Joe dapat pergi lawatan sedangkan dia tak dapat pergi MAPS. Adusss...

Tak aci katanya. Joe baru darjah 2, boleh jenjalan pergi lawatan. Sedangkan dia dah darjah 6. Patut dia yang dapat keutamaan memandangkan tahun akhir dapat enjoy ngan kawan-kawan. Pasni dah berpecah sorang sekolah situ sorang lagi sekolah sini.

So ok lah. Ambik RM180 ni gi bayar kat cikgu. Terus senyum. Ikutkan Ngah, dia tak kasi pergi. Katanya mahal untuk pergi balik hari, dan lebih berbaloi kita pergi anak beranak siap boleh tidur hotel lagi. Tapi memandangkan lawatan ni boleh jadi kenangan indah untuk Amir, takpe lah. Pergi lah.

Beberapa gambar yang dikongsikan oleh cikgu.









 

Memandangkan waktu ni negeri utara dilanda hujan lebat (hingga Penang banjir teruk), perjalan bas kembali ke sekolah adalah agak lewat. Pukul 10.20malam cikgu bagitau bas dah ada dekat tol subang, so Ngah pon start motor gi tunggu kat sekolah. Pukul 11malam baru Amir terpacul depan rumah.

Gambar ni takde kena mengena dengan cerita. Ni adalah senyuman pesen terbaru. Asal suruh senyum je, begini lah hasilnya
Sekian update.

Yang baik dari Allah,
Yang buruk dari Aku.