Monday, 21 August 2017

Ulang Tahun Perkahwinan Kami Yang Ke 13 Hari Ni.

Ye..
dah 13 tahun jadi seorang isteri
12 tahun jadi ibu.
macam-macam cabaran.

taknak lah cerita pasal pengalaman.
boring. lebih kurang sama je dengan orang lain di luar sana.


Ni kisah hujung minggu kami.
Sabtu petang tu Ngah ajak makan shellout kat Restoran Dapur Warisan Rasa Seksyen 13 Shah Alam.
so lepas ambik anak-anak balik kelas tambahan sekolah agama, kami terus ke Shah Alam.
menu dalam gambar ni set untuk 2 orang makan. harga RM35/set

 Ngah ambik 1 set je. sebab tak tau rasa dia pedas ke apa kan. takut tak habis kang naya je.
pastu kami nak order set single kambing. harga tulis kat buku menu RM14.
tapi sayangnya kambing dah habis. so tak dapat merasa.
shellout ni bagi aku biasa-biasa je.
ehh, sebenarnya shellout kat sini sedap, cuma bukan juadah kegemaran aku.
anak-anak aku mula-mula shelout ni dituang atas meja, semua pun pakat pelik.
tetiba selonggok di tuang kan.
warna merah pulak tu. masing-masing sangka pedas. so minit pertama tu 3 beradik tu pakat tengok je.
set tu ada 2 nasi putih.
aku suruh anak-anak makan nasi putih, gaul dengan kuah yang kononnya pedas tu.
dorang taknak.
tapi lepas beberapa kali try test kat lidah, masing-masing suka.
tak pedas sangat.
dorang pun makan sampai habis.
aku tanya nak tambah lagi tak?
sekejap jawab nak, pastu taknak pulak.
sudahnya aku ajak ngah layan tekak aku pulak.
mee celop kat medan selera delima, Seksyen 24 Shah Alam.

tunggu me celop sejuk sikit baru boleh makan. anak-anak pulak ralit main kat playground kat belakang tu.




***************************************************************************

malam tadi.
Amir cakap dia nak puasa.
dia ajak aku puasa sekali dengan dia esok (hari ni).
tapi aku uzur pulak.
heran jugak tiba-tiba cakap nak puasa.
aku tanya kenapa nak puasa, cikgu suruh puasa ke?
takkk, dia kata saja nak puasa sunat.
wahhhhh... aku kagum sekejap.
serius aku kagum bila dengar anak bujang umur 12 tahun cakap nak puasa.
siap pesan kat aku kejutkan dia bangun sahur.
Joe pun tiba-tiba menyampuk cakap nak puasa jugak.
teruja gamaknya bila dengar si abang nak puasa.
aku tanya nak puasa sebab apa, joe cakap nak puasa ganti yang 2 hari dia tinggal ramadhan yg lalu.
hahaha..

bukan takat itu saja, dia siap mintak RM10 jika dia berjaya puasa.
sebabnya, bulan ramadhan baru ni, aku pesan kat amir dan joe, siapa yang berjaya puasa penuh, umi bagi duit raya RM50. tapi jika satu hari tinggal, RM10 akan ditolak. Amir berjaya dapat RM50 manakala joe hanya dapat RM30 je kerana telah tinggal puasa dua hari.

so tadi dia tuntut RM10 jika berjaya lengkapkan puasa ganti hari ni.
aku iyakan aje lah. moga-moga dia tak tergoda ngan bau-bauan makanan kat kantin sekolah hari ni.
hahaha.

pagi ni, pukul 5 pagi dua beradik ni dah bangun, kononnya nak makan sahur.
agaknya tunggu aku tak bangun-bangun (aku lupa kena bangun siapkan sahur dorang), joe pun masuk bilik kejutkan aku cakap nak makan sahur.

sabor je lah.
pukul 5.15pagi dorang sahur makan nasi dengan kurma ayam.
memandangkan susu takde, dorang request air tongkat ali.
lepas dah sahur, aku terlelap. dua beradik tu layan tv sekejap sebelum mandi untuk ke sekolah.

ni tak sabar pulak aku nak jumpa dorang petang ni.
nak tanya samada dorang berjaya puasa atau hanya sekerat jalan.
hati aku berat mengatakan dorang fail. hahaha
sebab banyak godaan beb!
musim orang makan, tiba-tiba dua orang kanak-kanak terpaksa puasa di tengah-tengah situasi orang sekeliling sedang rakus menikmati makanan!

kalau dua beradik ni berjaya habiskan puasa hingga maghrib ni, bermakna aku telah membuat kesilapan memandang rendah pada mereka.

esok, kalau rajin, aku update apa jadi dengan puasa dorang ye.
so doakan aku rajin update blog huhu.

Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare

"Kak pakai DG Skincare ni bukan niat nak cantik pon dikk.. asalkan muka nampak bersih dan lebih rapi dah memadai lah.. akak ni pakai spek. Ada jeragat kat belah kiri kanan dekat bingkai spek. Jeragat ni makin lama makin tebal pulak. Tu yg akak try DG tu. Alhamdulillah, ramai pulak yg tegur muka makin cerah pakai apa hahaha.."



Yang pakai spek mata memang jeragat lebih cepat menebal berbanding yang tak pakai spek kerana jika kita duduk tengah panas, cermin spek pun ikut panas. kulit yang berdekatan cermin spek akan dapat double heating; dari panas matahari dan dari panas spek. bahagian bawah mata juga berisiko menjadi lebam.

so, sesiapa yang nak try Diamond Gold Skincare, boleh WA ye.

012-931 1015 - kak ila ngko

sekian.

yang baik dari Allah,
yang buruk dari Aku.