dia suruh aku apply cuti pada 4/9/2017 ni sempena hari raya haji.
katanya raya ni kita balik kelantan.
yahooooooooooooooo..
seronok la aku.
dah balik kampung sendiri kan.
aku nakkkk sangat tengok anak pokok yang aku tanam tu.
dah plan dah. balik ni nak beli pokok lagi.
dapat tanam pokok, dan tengok pokok tu hidup, nikmat dia lain macam hokey.
patutnya tahun ni raya haji turn pahang.
tapi memandangkan adik ngah,De nak adakan majlis akikah anak sulung dia kat kelantan, maksudnya mak dan abah dari pekan pun ikut ke kelantan.
kalau tak, memang raya kat pekan je.
De mula-mula tu rancang nak buat akikah anak dia kat pekan, rumah mak mertua aku.
tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan.
lagipun mak kata kat pekan ni tak se-best kelantan punya raya haji.
wahh, sportingnya mak mertua aku.
kalau mak orang lain, mungkin berebut nak adakan majlis kat rumah masing-masing kan.
hingga anak menantu pulak serba salah.
ni mak mertua aku dah bagi greenlight untuk buat je kat kampung isteri De.
mak hencik tumpang gumbira lah kenn.
opsss... stop kejap ada kerja urgent nak buat.
babai.
opsss... stop kejap ada kerja urgent nak buat.
babai.