Thursday, 17 August 2017

Mood Menghala Ke Laut

Hari ni tak berapa bizi.

ni baru je masuk requesition dari site person.
mintak plywood. nak 12mm. nak 7ply.

so aku email suppliers.

duk dalam 10 minit camtu, sorang supplier ni called.
dia tanya nak 1st grade atau nak 2nd grade.
memandangkan site kami nak for temporary use only, so kami pilih 2nd grade je lah.
jimat kan.
pastu duk tak lama, supplier ni whatsup pulak dah.
dia kata 2nd grade is 5ply.
ohoiiiiii...
kenapalah ngko tak paham paham niiii ??

sila la baca balik email aku tuuuu!
aku tulis aku nak 12mm, 7ply!
aku mana tahu 7ply ada berapa grade semuanya.
suppliers know most!
ada berapa puluh kategori grade plywood, hanya supplier yang lebih tahu.
ni tiba-tiba wasap aku, cakap 7ply takde yang 2nd grade.
2nd grade hanya 5ply sahaja.

so apa motif ngko tanya aku nak 1st grade atau 2nd grade?
dah tentu-tentu kau kena quote yang 1st grade aje, kan?

melainkan kau ada banyakkkkkkk jenama plywood.
itu boleh la tanya aku, nak pilih jenama mana satu.
jenama A harga 100, jenama B harga 112, janama C harga 85.
itu boleh lagi consider.
ehh, silakanlah quote officially.
nanti aku pilih lah nak yang mana.
kan senang?

Susah macam ni.
aku ni selalu jugak la rasa nak marah kat suppliers.
macam kes inilah.
tapi kebanyakan masa aku cuba bertenang aje.
malas aku nak layan sangat perasaan geram.

ada jugak suppliers, kita mintak quotation, dia boleh pulak bagi voice wasap aku.
dia hanya sebut harga dia sekian sekian.
sekali sekala boleh bagi muka lagi.
jangan jadikan habits.
pastu bila kita tak order dari dia, tahu pulak rayu suruh kasi chance.
huhuhu..
nasib baik company aku ni bukan ISO sangat.
bukan ISO pon, adat bagi official quotation, kena la bagi kan?

dah dahh.. lupakan kisah kerja.
ada benda nak buat jap.

benti sini dulu.

bye

Yg baik dari Allah,
Yg buruk dari Aku