tapi dia tak cakap nak gi mana.
anak-anak aku kalau gesa-gesa suruh mandi je dorang boleh tangkap dah.
ni mesti nak gi mana-mana ni.
"kita nak gi mana abah?" tanya Joe.
abah dia tak jawab, sebaliknya ugut "siapa tak mandi, kena tinggal"
aku yang berlunjur kat sofa pura-pura tak dengar.
malas aku nak tanya nak gi mana. malas nak ambik tahu.
almaklum la masa tu perang dingin.
kahkahkah..
eleh, laki bini biasa lah kan.
aku layan running man yang aku rakam.
episod 341 kot kalau tak silap.
episod tentang 8 ahli running man yang 6 daripadanya adalah hantu.
2 ahli lagi adalah manusia.
pada awal permainan, semua ahli menyangka hanya ada 2 hantu dan 6 manusia.
pastu yang jadi hantu ni masing-masing sangka mereka dapat watak utama la sebab mereka hantu. masa tu mereka sangka hanya ada 2 hantu.
namun semakin banyak petunjuk dijumpai, makin keliru siapakah hantu sebenarnya.
memang aku suka la episod ni.
memang ralit layan episod ni.
sorang demi sorang anak aku mandi dan bersiap.
aku? buat dekkk je.
keras pedal betul mak hencik. hahaha.
hinggalah semua dah mandi.
aku bangun dari sofa.
nak ke dapur.
Ngah pun buka mulut.
"taknak ikut ke" dia tanya.
yesss. nak jugak dia ajak aku rupanya.
ingatkan dah tak sudi. kahkahkah.
"nak gi mana" aku tanya dia balik.
"tengok wayang."
aku tak jawab.
aku ambik tuala, lalu masuk bilik mandi.
lepas maghrib kami keluar.
Best ke Abang Long Fadil 2 kak ila oii?
hmmm... bagi aku best jugak la.
sesuai dengan genre komedi nya tu.
kisahnya, abang long fadil bekas gengster dah taknak jadi gengster dah.
dia nak jadi pelakon.
so dia pergi uji bakat. rupa-rupanya kena jadi stuntman.
kelakar part ni.
pastu dia serik. taknak jadi stuntman lagi.
so dia dihantar oleh agen (agen cari kerja agaknya) untuk pergi ke satu hotel ni.
dia pun pergi. sampai bilik hotel tu, dia disambut oleh seorang perempuan berpangkat datin.
rupanya abang long fadil perlu jadi gigolo dan perlu layan kemahuan datin tersebut.
kat scene ni pun kelakar jugak. memang riuh dalam panggung dengan gelak ketawa.
oleh kerana tak biasa jadi gigolo, abang long fadil cabut lari ke tandas di lobby floor lalu muntah.
sementara dia lari tu, datin tersebut didatangi oleh seorang pembunuh upahan.
dan datin itu akhirnya dibunuh.
yang kena tuduh adalah abang long fadil.
korang gi tengok la sendiri ye.
hihi..
ok la.
itu je nak citer.
petang ni kami nak balik Pekan.
Ngah kerja halfday je.
aku pulak kerja penuh sampai petang.
anak-anak ada je kat rumah.
Amir dan Joe takde kelas tambahan dah hari ni.
pagi tadi masa aku nak keluar gi kerja, dorang tiga beradik masih tidur lena.
aku tinggalkan kuih 8 biji (RM4) dan seteko air kopi tongkat ali.
tengahari nanti abah dorang dah ada.
Testimoni Pengguna Diamond Gold Skincare
Adik manis ni masih remaja lagi.
Masalah beliau adalah kulit sunburn, kusam dan jerawat. biasalah kan. budak masih belajar. aktiviti sukan la, bonceng motor misalnya, memang selayaknya remaja aktif kulitnya macam adik manis ni.
Alhamdulillah, sejak guna Diamond Gold Skincare, kulit makin cerah, jerawat makin hilang dan sekarang ramai pulak yang risik tanya pakai apa muka cerah.
Siapa nak try rawat kulit dengan Diamond Gold Skincare, boleh wasap aku ye.
012-931 1015 - kak ila ngko
babai
Yang baik dari Allah
Yang buruk dari Aku