Joe aku sekolahkan kat Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara. sama sekolah dengan abang dia, Amir.
Sekolah agama pon sama sekolah dengan Amir jugak, Sekolah Agama Al-Misbah, Bandar Kinrara.
hari pertama persekolahan hari tu (4/1/2016) aku cuti. Ngah pon cuti jugak.
pagi-pagi dah hantar dua beradik tu pergi sekolah naik motor.
aapesal tak hire van je? haaaaa... van hanya untuk balik skolah aje. huhu...
sebenarnya gini...
masa Amir masuk darjah 1, tahun 2012, kami masih duduk menyewa di rumah teres setingkat BK4. kat area tu ada beberapa orang yang buat perkhidmatan van sekolah. antaranya pasangan suami isteri Abang Joe dan Kak Ana. jadi kami hire dorang.
Pagi, Ngah akan hantar Amir naik motor pergi skolah agama.
mula tu nak bagi naik van je. tapi Ngah kata tak payah lah. sebabnya setiap pagi memang dia akan pergi jugak ke transit untuk hantar baju dan beg skolah kebangsaan (sekolah sebelah petangnya pulak). jadi alang-alang tu bonceng je la Amir sekali kan.. dan Amir of course la suka naik motorrrr. beranginnnn je kata dia.
dan penghujung tahun 2013 kami pindah rumah sendiri.Flat ajer. Alhamdulillah,
rumah flat tu dekatttt je dengan kawasan teres yang kami sewa dulu. cumanya nama taman je lain.
dah pindah, pun masih guna perkhidmatan van abang joe. cuma selepas pindah, Amir kena tunggu van berhampiran taman permainan kawasan rumah kami (kawasan permainan ni kira macam pembahagi antara kawasan teres tempat aku menyewa dulu dengan kawasan rumah aku sekarang.
oleh kerana masa kami pindah tu dah bulan 10 kalau tak silap aku, kira persekolahan pon dah kira hujung tahun dah, maka kami pon bertahan je la dulu. nak tukar van pon, tunggu je lah tahun depan. kononnya gitu lah.
Amir pun ok je.
cuma memandangkan selalu tertinggal van aje, maka Ngah pon buat keputusan untuk hantar aje Amir terus ke skolah. takyah pening-pening kepala. sekali harung hantar baju ngan beg skolah.
lama-lama dah jadi biasa.
dan van abang Joe hanya ambik Amir di transit hantar pergi skolah kebangsaan, dan dari skolah kebangsaan balik rumah (sampai taman aje, dari taman, Amir jalan kaki)
selalunya aku akan sampai rumah dulu, baru Amir sampai. sebabnya, sekolah kebangsaan pukul 6.30petang baru balik. aku pulak pukul 5.30petang dah keluar ofis, ambik pakaian dan beg skolah kat transit dan lari ambik Joe dan Ammar pulak baru balik rumah. tu pun sempat lagi singgah beli barang nak masak makan malam. Alhamdulillah, belum ada apa-apa kejadian menakutkan terjadi.
tu cerita sebelum Joe darjah satu.
bila Joe darjah 1, Ngah ambik keputusan untuk kekalkan van. dah serasi kot.
cumanya, setiap pagi dia akan buat 2 trip, mula-mula hantar Amir ke skolah kebangsaan. (budak darjah 4,5 dan 6, sesi pagi adalah sekolah kebangsaan, sesi petang baru sekolah agama), pastu balik rumah semula ambik Joe hantar ke skolah agama.
pastu Amir balik skolah dengan van abang joe, hantar ke transit. pastu amik Joe dari transit hantar ke sekolah kebangsaan pulak. dan petang ambik Joe hantar semula ke transit. pastu dua beradik tu tunggu aku datang ambik dorang bawak balik rumah. selalunya aku la yang menunggu. sebabnya, kan sekolah petang habis lewat.
gituu..
eh, aku nak citer kisah Joe darjah satu sebenarnya. terlari tajuk pulak.
biarkan, malas pulak nak delete. sayang
oh, pagi hari pertama persekolahan tu, aku patutnya bawak Ammar daftar tadika, pastu terus pergi kerja. tapi tetiba pukul 8 gitu Ngah call, dia suruh aku bawakkan pensel color untuk Joe.
ustazah bagi sorang sehelai kertas lukisan suruh murid-murid warnakan, sebab ustazah nak kutip duit yuran ibu bapa (kutipan dibuat dalam setiap kelas).
Joe pulak tak bawak pensel color. aku pun bawakkan lah. dari rumah dah janji dengan Ammar nak breakfast roti canai, terus tak jadi sebab Ngah kata Joe nak nangis sebab orang lain sibuk mewarna, dia sorang takde color. Dengan Ammar sekali pergi hantar pensel color.
lama jugak menunggu giliran bayar yuran.
sampai menangis Ammar sebab lapar.
aku pun turun cari apa ada kat kantin.
nampak ada jual mee goreng, mihun, megi goreng, nasi lemak, dan naget-naget tu semua. mungkin kuih-muih belum ada kot dihari pertama persekolahan ni. atau mungkin dah habis masa aku datang tu tak tau la kan.
beli la naget yang ada cucuk dengan batang serupa batang aiskrim tu. saketul 50sen. beli dua. singgit.
pastu beli hotdot seketul. seringgit jugak.
bawak naik kekelas bagi kat Ammar.
pastu loceng bunyik. Joe pun dibawa beratur menuju ke kantin. Ngah bagi RM2 untuk skolah pagi.
dia beli naget yang dah siap dimasukkan dalam plastik. ada 3 ketul dalam tu. seringgit harga dia.
kat kantin tu, kalau aku andaikan hari seterusnya pon adalah menu yang sama, aku rasa baik aku sediakan bekal aje.
bukan apa, kalau kat kantin jual donat, jual kuih lapis, jual karipap kentang, jual kuih lepat pisang misalnya, kira ok sangat la kan.
ni dia pun jual naget, jual hotdog. setakat goreng hotdog ngan naget tu, kacang je lah, hahaha
jadi, keesokkannya, aku kunci alarm.
semangat ni bangun nak masak bekal untuk anak.
bekal pertama, bihun goreng.
jarang aku masak pepagi begini.hihi
yang terpaling suka, Amir lah
Joe biasa-biasa je.makan pon tak habis.
siap Ngah habiskan. ohye, Ngah masih cuti hari ke2 persekolahan.
Joe ni memandangkan dia baru lagi skolah, dia lebih eksaited untuk membeli kat kantin.
maklum lah sebelum ni tak pernah bawak duit dan membeli di kantin.
so macam pengalaman baru bagi dia.
dia suka beli naget dan hotdog. pastu air.
bekal esoknya, ayam goreng ala-ala KFC.
seronok Amir. again, Joe biasa-biasa aje.
esoknya, naget.
hotdog
beger telur (roti gardenia pat segi tu 2 keping + telur mata + chesedale + mayonis + sos tomato)
beger telur lagi (permintaan Amir)
naget
hotdog
naget
beger telur
beger telur
.
.
.
.
.
.
.
dan hingga hari ni masih belum miss buatkan bekal. mga-moga rajin tu berkekalan lah hendaknya aku nih...
sampai tertido-tido. dah tu firstime skolah kan, pagi petang pulak tu. agaknya badan di terkejut kot. |
zoom sikit |
Ni pada hari ke 4 sekolah. hari sebelumnya tu lagi aku dah perasan kenapa rambut dia macam pelik je, tapi tak ketara sangat so aku diam je. esoknya tu lagi parah rupa rambut dia. memang botak setempat tu. Depan memang bengkang bengkok. aku marah la. bila tanya, dia kata kawan potong rambut dia. pastu aku tanya napa tak cakap dengan cikgu, dia kata baru nak cakap, kawan dia dah cakap dulu. rupanya kau potong rambut aku, aku potong rambut nkau. aku risauuuu je kang mak bapak budak tu datang serang kat skolah kang naya je. aku risau kot main-main gunting kang tercucuk mata ke, tergunting cuping telinga ke, koyak baju ke. malam tu jugak Ngah bawak pergi kedai botakkan terus rambut dia. dua hari lepas botak, aku nampak lagi bekas kena gunting kat belakang. dah botakkan tu, pon nak tarah jugak. aku marah bebetul kat Joe. aku cakap aku nak pergi skolah cakap dengan guru besar. dan aku tak kasi dia bawak gunting pergi skolah, melainkan cikgu pesan suruh bawak. dan buat masa ni, aktiviti gunting menggunting nampak macam dah terhenti. |
orang marah, dia boleh senyum. tak paham aku |
4/1/2016 Ammar dalam kawasan sekolah agama |
gambar dua hari yang lalu |
ok.
sekian dulu kali ni..
babai
yg baik dari Allah
yg buruk dari Aku