memandangkan ini adalah pengalaman pertama aku membeli rumah, memang agak terkapai-kapai jugak la.
sampai satu tahap tu aku konfius semasa aku sign S&P dulu, adalah kat pejabat lawyer, dan memang aku kena bayar la. pastu bila pergi pulak ke bank untuk sign loan agreement, pon pegawai bank tu kata kena lantik lawyer. aku hairan la.
aku cakap lawyer dah ada.
hairan pegawai bank tu. dia pulak konfius dengan kebodohan aku. huhu
ohye, masa aku buat permohonan loan rumah, yang assist adalah perempuan cina yang baik tu.
dan untuk urusan sign agreement pulak, yang assist aku tu orang lain pulak. yang ini adalah perempuan melayu. tak silap aku Aida nama dia. aku rasa dia lebih muda dari aku. pon baik dan mesra layanannya. aku suka..
berbaik pada kisah mencari lawyer tu tadi, bila dah melalui sendiri pengalaman tu baruuu lah aku faham bahawa,
sebagai seorang pembeli rumah, kita perlu melantik dua lawyer.
satu lawyer untuk urusan perjanjian Jual beli rumah antara penjual dan pembeli.
lawyer ini berperanan untuk menguruskan segala urusan dokumentasi yang berkaitan. lawyer inilah yang akan berhubung dengan pelbagai pihak authority seperti MPSJ (rumah aku berada dalam kawasan MPSJ) bagi tujuan melangsaikan tunggakan cukai pintu sebelum bubuh nama aku sebagai pemilik baru, tunggakan maintenance fees ke misalnya. kesimpulannya lawyer ini untuk membersihkan segala hutang piutang rumah ini sebelum ianya boleh meletakkannya atas nama aku. gituuu... harap paham ye. huhu.
lawyer yang aku lantik adalah Nadzifah, Sagunthala & Associate seksyen 7, Shah Alam. ini adalah lawyer yang direkomen oleh agen yang menjual flat kat aku. aku main belasah je time ni. sebab aku fikir nak mudah aje.
lawyer kedua pulak, adalah untuk perjanjian pinjaman perumahan antara pembeli rumah dengan pihak bank. dalam kes aku, ialah antara aku dengan public bank.
lawyer ini berperanan untuk uruskan segala dokumentasi yang diperlukan oleh bank. lawyer ini akan berurusan mana-mana pihak authority juga, mengikut keperluan lah. ni kalau nak tau details, mungkin korang boleh tanya kawan-kawan yang kerja di firma guaman. huhu
ok. lawyer ini aku panggil lawyer bank. senang nak faham.
lawyer bank ni, mengikut kata pegawai bank yang bernama Aida tu, patut ambik lawyer panel bank. kerana ianya lebih menyenangkan urusan pindah dokumen kata dia. jika lawyer yang bukan panel bank, mungkin urusan pindah dokumen lebih sulit sedikit. tapi bukan tak boleh pilih lawyer sendiri ye, boleh tu boleh, cuma sedikit rumit.
dan lagi sekali, aku tak tau mana satu lawyer yang panel, mana yang bukan panel. aku tanya Aida jika dia boleh tolong. dan Aida pon fakskan aku senarai panel lawyer yang berada dalam kawasan Puchong. atas nasihat Aida, jika kita tinggal di Puchong, elok cari lawyer yang beralamat di Puchong juga. senang nanti kejap-kejap nak datang lawyer office untuk sign dokumen ke, gituu
punya la ramai panel lawyer si Aida tu kasi, hingga seratus lebih, aku pun pilih-pilih je.
dan call mintak quotation.
ingat ya, mintak lah quotation untuk tau mana satu lawyer yang offer harga lebih murah.
caranya senang aje. mula-mula aku call, lepas tu aku cerita kat orang yang jawab call tu, yang aku sedang cari lawyer, dan bank rekemen panel lawyer mereka, salah satu nya lawyer ni lah. pastu mereka akan mintak korang samada fax atau email salinan loan agreement. beri apa yang mereka nak.
kemudian mereka akan quote harga. mintalah quotation sekurang-kurangnya dari 3 lawyer, dan buat perbandingan harga. mana yang murah, dan mana yang korang rasa PR dia bagus, pilih lah yang itu.
macam aku, aku pilih lawyer Amir Faezal Norzela & Chong yang beralamat di Jalan Kenari , Bandar Puchong Jaya. sebab harga dia lebih murah berbanding yang lain (murah sekit je sebenarnya huhu) dan yang terpaling aku berkenan ialah PR dia. cara dia cakap dengan aku dalam telefon tu, membuatkan aku rasa selesa. lawyer in-charged ialah Miss Gan. yang selalu berurusan dengan aku nama dia Cazz.
tu ada nombor telefon jika berminat. huhu |
kebiasaan semasa kita buat loan rumah, pegawai bank akan tanya samada kos lawyer tu nak masukkan dalam loan atau taknak? kes aku, aku taknak masukkan dalam loan. aku lebih senang bayar sendiri.
ini adalah pilihan kita sendiri ye. kalau memang takde duit untuk bayar lawyer, boleh masukkan dalam loan, kemudian, bank akan bayar kos lawyer tu bagi pihak kita. kita hanya bayar loan je semata-mata.
tapiiii bagi aku ianya merugikan.
sebabnyakan, kos lawyer tu bergantung kepada amount loan. jika loan amount RM53,100, kos lawyer mungkin RM1,500 sahaja (contoh je ye).
berbanding jika amount loan RM55,000, kos lawyer mungkin menjadi RM1,700.00.
faham kan?
aku hanya apply loan hanya untuk harga rumah sahaja.
harga rumah adalah RM59K
dah bayar 10% deposit RM5,900.00
tinggal lagi 90% RM53,100 ini lah nilai loan yang aku apply.
kos untuk dua lawyer tu bayar guna duit sendiri.
memang aku takde banyak cash masa ni, sebab dah guna untuk bayar deposit.
tapi korang mesti ingat, tempoh untuk setel semua urusan pembelian sebiji flat mengikut pengalaman aku, adalah lebih dari satu tahun.
jadi korang ada banyak masa lagi untuk kumpul duit.
aku ni gaji dah la ciput je, gigih pulak kumpul RM1,000 sebulan demi nak bayar kos lawyer nih. pulak tu ada la impian nak renovate ala kadar, nak pasang kabinet dapur, nak pasang mozek bla bla..
siap catu lagi kos-kos lain yang kami rasa tak perlu. huhu
tu la. dulu taknak menabung.
padan muka..
ok. kita benti sini dulu.
senang nanti kita sambung lagi.
babai
Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku