Mula-mula tayang gambar cekodok dulu. ni kejadian hari sabtu 16/1/2016.
nama dia cekodok kelapa. orang kelantan panggil jjeput nyor.
nak buat dia senangggg sahaja.
gandum dalam 2 ke 3 cawan camtu, campur isi kelapa muda yang dah tak berapa muda sangat tapi bukan kelapa tua ye, tu dalam secawan. pastu campur yis sesudu. yis tu bancuh dengan air suam dan gula dan garam sikit.
nak taruk gula banyak pon boleh, aku lebih suka rasa dia biar lemak-lemak manis.
kelapa tu kena blend ye.
pastu gabungkan semuanya dan perap selama 3 jam.
aku buat cekodok ni asalnya nak jamu tetamu. alahh, Muni je pon, bukan orang lain.
dia nak datang rumah nak ambik set tabita. datang selalunya dengan suzi and anaks.
pastu kononnya masa dia datang tu aku nak goreng cekodok hidang kat dorang.
rupanya dia datang kejap sangat, just ambik tabita pastu tak singgah sebab kata dia suzi nak kena balik cepat. kang singgah kang harus santak ke maghrib, macam yang sudah-sudah tu, cenggitu la.
so ok la. takdak rezeki dorang.
habis citer cekodok.
habis citer cekodok.
masuk sabtu ni kira baru 2 kali sesi membasuh kasut skolah.
Joe basuh kasut skolah dia sendiri. setakat ni nampak dia rajin.
dia ada 2 pasang kasut. dua-dua dia basuh sendiri. nampak seronok main air. berejamm dalam bilik mandi.
kuar-kuar kuyup satu badan.
geram jugak rasanya, tapi aku cuba untuk biarkan je. taknak nanti dia merajuk terus sampai bila-bila taknak basuh kasut sendiri.
pastu suka nau kapur kasut. habis putih lantai aku.
Amir pulak bab basuh kasut dia kurang sikit. tapi kalau kemas buku dia laju.
anak-anak aku semua lelaki. tiga orang semuanya.
dan lasak dan nakal yg amat.
asik gaduhhhh je kerjanya.
kadang tu aku heran, camana la mak mertua aku didik Ngah dan adik beradik dia yang semuanya lelaki 5 bersaudara. yang gaduh time kecik tu aku tak heran sangat la sebab aku percaya semua beradik pun akan bergaduh masa kecik kan?
aku respek mak mertua aku sebab anak-anak lelaki dia hampir semuanya rajin uruskan rumahtangga.
tak macam adik aku. ye, betul ni. adik aku kalau dia makan, pinggan tu dia letak je kat besen. (zaman kanak-kanak hingga remaja dulu, rumah aku takde sinki ye, semua pinggan mangkuk kotor, dikumpul dulu dalam satu besen, dah penuh nanti angkat ke paip nak basuh pingan, mencangkung je kat tepian paip tu.
aku perati Ngah. dia memang aku akui seorang yang rajin ambik bahagian dalam hal urusan rumah tangga. tugas gosok baju kerja dia dan baju skolah anak-anak, memang dia yang buat. seingat aku la, sejak Amir masuk darjah 1hingga sekarang, belum pernah aku gosok baju skolah anak-anak. aku hanya gosok baju kerja sendiri je.
pastu, sekali sekala lipat kain, walaupun saiz lipatan dia tak sama macam aku punya lipatan, tapi at lease ada buat.
bila aku kaji benda ni, aku perasan yang abah (bapak mertua aku) pun jenis rajin buat kerja rumah. masa aku beranakkan Amir, aku berpantang kat rumah mertua. masa tu abah masih belum pencen polis. mak tak kerja, hanya abah je kerja. tapi mak ambik upah menjahit baju. mak memang sibuk dan tak cukup tidur. kain melambak-lambak.
Ayah Su (adik bongsu Ngah) masih sekolah masa tu. sekolah rendah. Abah la yang banyak gosok baju, pakaian kerja dia sendiri, termasuklah pakaian mak pun dia gosok semua. mak punya baju kurung dan tudung, sebelum gantung dalam lemari baju, dia akan gosok dulu. jadi bila nak pakai dah takyah gosok dah.
time tengok tv buletin utama memang abah akan duduk depan tv lipat baju. sumpah respek giler kat abah. arwah ayah aku takde macam ni ye. memang sepanjang hidup aku, tak pernah nampak ayah sendiri lipat baju. tanak nasi tu pernah la jugak sekali sekala. ni jujur tau.
so aku harap anak-anak aku ikut jejak abah dorang. rajin tolong bini kat rumah.
takde la letak harapan tinggi menggunung untuk anak-anak rajin dalam hal rumah tangga, tapi setidak-tidaknya takde la bini je yang buat segala mak nenek kerja dalam rumah ni kan.
sekarang Amir dah darjah 5. aku dulu darjah 5 dah tau masak nasi sendiri, dah pandai goreng kangkung. hahaha.. kangkung ni bukan perumpamaan je ye. memang kangkung selalu jadi sayur kat rumah dulu, sebab kangkung percuma takyah beli, just mintak je dengan Pokmen memang dia kasi free je, melambak kangkung tumbuh kat tepi perigi dia. (terima kasih Pokmen)
apalagi ye..
dah pandai siang ayam (dulu takde makna beli ayam kat lori jual ikan tu, kitorang sembelih ayam kampung je, so lepas ayam dah mati kena sembelih, tugas aku la merendam ayam dalam air panas, mencabut bulu ayam, pastu layurkan atas api dapur kayu - untuk hanguskan bulu-bulu ayam yang halussss tu, dan lepas tu keluarka segala isi perut ayam, dan akhirnya potong kecik-kecik). aku rasa aku memang matang sebelum usia. sebab banyak benda aku dah pandai buat masa umur 10, 11 tahun.
Mek aku penoreh getah aje. balik menoreh dalam pukul 3 petang. budak lain dan kekenyangan dah, aku pulak kena tunggu mek balik. baruuuu boleh makan.
aku ingat lagi, masa tu baru-baru darjah 1 kot. balik skolah lapar nasi. mek belum balik. nangis aku tahan lapar. pastu mek ajar masak nasi. mek kata kalau lapar sangat, makan dulu dengan budu.
kalau tak silap aku, mungkin darjah 1 tu memang dah reti masak nasi. masak pulak pakai dapur kayu.
sekarang ni, aku dah mula nak tarik minat Amir untuk suka masak. walaupun Ngah tak suka aku ajar Amir masak sebab dia kata bahaya takut-takut kang terbakar rumah. aku pun takut jugak, tapi pikir positif je la.
start cuti skolah hujung tahun lepas, Amir dah pandai masak nasi. suka la aku. yang terpaling aku suka tu, adelah sebab Amir menampakkan minat dia untuk masak. contohnya kalau aku nak goreng telur. dia pun sibuk mintak nak buat. tak tau la betul-betul minat ke atau sekadar nak seronok-seronok je ke. harap-harap berpanjangan la minat dia tu.
ok lah.
dah nak balik dah ni
nanti senang aku bebel lagi.
babai
Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku