Saturday, 30 January 2016

Cari Lawyer Pulak

Lepas loan rumah sudah approve, tindakan selanjutnya adalah untuk melantik lawyer.

memandangkan ini adalah pengalaman pertama aku membeli rumah, memang agak terkapai-kapai jugak la.

sampai satu tahap tu aku konfius semasa aku sign S&P dulu, adalah kat pejabat lawyer, dan memang aku kena bayar la. pastu bila pergi pulak ke bank untuk sign loan agreement, pon pegawai bank tu kata kena lantik lawyer. aku hairan la.
aku cakap lawyer dah ada.
hairan pegawai bank tu. dia pulak konfius dengan kebodohan aku. huhu

ohye, masa aku buat permohonan loan rumah, yang assist adalah perempuan cina yang baik tu.
dan untuk urusan sign agreement pulak, yang assist aku tu orang lain pulak. yang ini adalah perempuan melayu. tak silap aku Aida nama dia. aku rasa dia lebih muda dari aku. pon baik dan mesra layanannya. aku suka..

berbaik pada kisah mencari lawyer tu tadi, bila dah melalui sendiri pengalaman tu baruuu lah aku faham bahawa,

sebagai seorang pembeli rumah, kita perlu melantik dua lawyer.

satu lawyer untuk urusan perjanjian Jual beli rumah antara penjual dan pembeli. 
lawyer ini berperanan untuk menguruskan segala urusan dokumentasi yang berkaitan. lawyer inilah yang akan berhubung dengan pelbagai pihak authority seperti MPSJ  (rumah aku berada dalam kawasan MPSJ) bagi tujuan melangsaikan tunggakan cukai pintu sebelum bubuh nama aku sebagai pemilik baru, tunggakan maintenance fees ke misalnya. kesimpulannya lawyer ini untuk membersihkan segala hutang piutang rumah ini sebelum ianya boleh meletakkannya atas nama aku. gituuu... harap paham ye. huhu.
lawyer yang aku lantik adalah Nadzifah, Sagunthala & Associate seksyen 7, Shah Alam. ini adalah lawyer yang direkomen oleh agen yang menjual flat kat aku. aku main belasah je time ni. sebab aku fikir nak mudah aje.

lawyer kedua pulak, adalah untuk perjanjian pinjaman perumahan antara pembeli rumah dengan pihak bank. dalam kes aku, ialah antara aku dengan public bank.
lawyer ini berperanan untuk uruskan segala dokumentasi yang diperlukan oleh bank. lawyer ini akan berurusan mana-mana pihak authority juga, mengikut keperluan lah. ni kalau nak tau details, mungkin korang boleh tanya kawan-kawan yang kerja di firma guaman. huhu
ok. lawyer ini aku panggil lawyer bank. senang nak faham.

lawyer bank ni, mengikut kata pegawai bank yang bernama Aida tu, patut ambik lawyer panel bank. kerana ianya lebih menyenangkan urusan pindah dokumen kata dia. jika lawyer yang bukan panel bank, mungkin urusan pindah dokumen lebih sulit sedikit. tapi bukan tak boleh pilih lawyer sendiri ye, boleh tu boleh, cuma sedikit rumit.

dan lagi sekali, aku tak tau mana satu lawyer yang panel, mana yang bukan panel. aku tanya Aida jika dia boleh tolong. dan Aida pon fakskan aku senarai panel lawyer yang berada dalam kawasan Puchong. atas nasihat Aida, jika kita tinggal di Puchong, elok cari lawyer yang beralamat di Puchong juga. senang nanti kejap-kejap nak datang lawyer office untuk sign dokumen ke, gituu

punya la ramai panel lawyer si Aida tu kasi, hingga seratus lebih, aku pun pilih-pilih je.
dan call mintak quotation.
ingat ya, mintak lah quotation untuk tau mana satu lawyer yang offer harga lebih murah.
caranya senang aje. mula-mula aku call, lepas tu aku cerita kat orang yang jawab call tu, yang aku sedang cari lawyer, dan bank rekemen panel lawyer mereka, salah satu nya lawyer ni lah. pastu mereka akan mintak korang samada fax atau email salinan loan agreement. beri apa yang mereka nak.
kemudian mereka akan quote harga. mintalah quotation sekurang-kurangnya dari 3 lawyer, dan buat perbandingan harga. mana yang murah, dan mana yang korang rasa PR dia bagus, pilih lah yang itu.

macam aku, aku pilih lawyer Amir Faezal Norzela & Chong yang beralamat di Jalan Kenari , Bandar Puchong Jaya. sebab harga dia lebih murah berbanding yang lain (murah sekit je sebenarnya huhu) dan yang terpaling aku berkenan ialah PR dia. cara dia cakap dengan aku dalam telefon tu, membuatkan aku rasa selesa. lawyer in-charged ialah Miss Gan. yang selalu berurusan dengan aku nama dia Cazz.

tu ada nombor telefon jika berminat. huhu

kebiasaan semasa kita buat loan rumah, pegawai bank akan tanya samada kos lawyer tu nak masukkan dalam loan atau taknak? kes aku, aku taknak masukkan dalam loan. aku lebih senang bayar sendiri.
ini adalah pilihan kita sendiri ye. kalau memang takde duit untuk bayar lawyer, boleh masukkan dalam loan, kemudian, bank akan bayar kos lawyer tu bagi pihak kita. kita hanya bayar loan je semata-mata.
tapiiii bagi aku ianya merugikan.
sebabnyakan, kos lawyer tu bergantung kepada amount loan. jika loan amount RM53,100, kos lawyer mungkin RM1,500 sahaja (contoh je ye).
berbanding jika amount loan RM55,000, kos lawyer mungkin menjadi RM1,700.00.
faham kan?

aku hanya apply loan hanya untuk harga rumah sahaja.
harga rumah adalah RM59K
dah bayar 10% deposit RM5,900.00
tinggal lagi 90% RM53,100 ini lah nilai loan yang aku apply.
kos untuk dua lawyer tu bayar guna duit sendiri.

memang aku takde banyak cash masa ni, sebab dah guna untuk bayar deposit.
tapi korang mesti ingat, tempoh untuk setel semua urusan pembelian sebiji flat mengikut pengalaman aku, adalah lebih dari satu tahun.

jadi korang ada banyak masa lagi untuk kumpul duit.
aku ni gaji dah la ciput je, gigih pulak  kumpul RM1,000 sebulan demi nak bayar kos lawyer nih. pulak tu ada la impian nak renovate ala kadar, nak pasang kabinet dapur, nak pasang mozek bla bla..
siap catu lagi kos-kos lain yang kami rasa tak perlu. huhu

tu la. dulu taknak menabung.
padan muka..

ok. kita benti sini dulu.
senang nanti kita sambung lagi.

babai

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku

Wednesday, 27 January 2016

First Time for My Kids ~ Karaoke

Karaoke ~ IOI Mall Puchong 

Ni adalah kali pertama untuk anak-anak aku.
takde pon dalam plan list nak berkaraoke ni.
tetiba je Ngah ajak.
jommmmmm...

budak-budak mula-mula tu terpinga-pinga jugak. nak pergi mana ni dorang tanya
aku cakap kita nak gi nyanyi.
mula-mula masuk tu macam malu-malu jugak Amir ngan Joe.
tapi eh, sekali dapat melalak, terus taknak lepas microfon haha.
sabo je la

pastu kan, kesian dorang ni. nak nyanyi lagu budak langsung takde.
terpaksa la aku pilih lagu-lagu yang dorang biasa dengar dan biasa ikut-ikut dalam radio.
macam lagu Cinta Muka Buku, Sakitnya Tuh Disini, Putih-Putih Melati, pastu lagu apa ntah tajuk dia yang Mawi duet ngan Dato AC Mizal tu. bolehhhh lah dari takde kan.

patutnya kedai karaoke ni sediakan lah lagu kanak-kanak, dah nama pon family karaoke kan.
memanglah jarang yang datang bawak anak bini karaoke ni, tapi apa salahnya sediakan beberapa pilihan lagu untuk budak-budak kan. bukan susah mana pon.  tak pilih pon, bukan dia basi dalam tu. betul tak? huhu

pastu Ngah ajak layan Dilwale kat wayang, tapi budak-budak ni memilih pulak. taknak tengok Dilwale, nak tengok citer lain. dah tu terus cancel. Ngah kata esok je la kita datang sini berdua.

esoknya tu kan cuti Thaipusam.
Ngah cuti.
tapi malangnya aku kerja.
tapi aku EL aje. haha kong ajo sangat perangai

tengaharinya tu aku, Ngah dan Ammar pergi semula ke IOI Mall untuk tengok Dilwale.
Amir dan Joe tinggal kat rumah.

best tak Dilwale?
lagu dia best la pada aku.
cumanya jalan cerita tu biasa-biasa aje.

cerita dia berkisar tentang adik Kaali (Shahrukh Khan sebagai Kaali) yang bernama Veer (lakonan artis baru kot, aku tak kenal) dan adik Meera (Kajol sebagai Meera) yang bernama Ishika (lakonan artis baru kot, sebab ni pon aku tak kenal).
Veer bercinta dengan Ishika. kisah cinta dorang ni pon simple sangat. tak dramatik langsung.
pastu Veer nak kawin dengan Ishika sebab kawan baik dia pon dah nak kawin. kawan Veer ni kira macam pak tolol jugak dalam citer ni. macam jalan cerita dorang ni sangat simple, wellllll pada aku la. huhu

pastu pulak, Veer pon bagitahu abang dia si Kaali ni yang dia nak kawin dengan Ishika.
Ishika pulak bagitahu kakak di si Meere yang dia nak kawin dengan Veer.
lalu Kaali pon cakap dengan Ishika untuk temukan dia dengan kakaknya.

Kaali telah pergi kerumah Ishika untuk bertemu dengan kakak di si Meera ni.
Meera pon turun dari tingkat atas dan terkejut nampak Kaali.
Kaali ni 15 tahun dulu adalah pakwe Meera.
Kaali jatuh cinta kat Meera mula-mula.
Meera belum jatuh lagi kat Kaali.
bapa Kaali ni samseng.
musuh ketat bapa Kaali adalah bapa Meera
masa Kaali jatuh cinta dengan Meera, Meera dah tau Kaali adalah musuh bapak dia, cuma Kaali belum tahu lagi yang Meera tu anak kepada musuh bapa dia.

satu hari tu, Kaali kena hantar selori emas ke mana ntah lupa pulak.
Meera dan kumpulan samseng bapanya follow dan rampas emas yang Kaali bawak.
lepas aksi tembak-menembak, kereta Kaali terbalik dan Kaali tersepit di dalamnya.
Meera pon keluar tunjukkan wajah dia. barulah Kaali tahu yang Meera yang dia cintai adalah musuh dia rupanya. Meera nak tembak mati je Kaali tapi dia tak jadi, Meera kata hari ni harijadi dia, oleh itu dia lepaskan Kaali.

lepas Kaali dah sembuh dari kejadian tu, Kaali pergi cari Meera. berlakulah aksi kejar-mengejar kereta antara Meera dan Kaali. (lawa ohh pemandangan scene ni). aksi drift dan sebagainya. kira gempak jugak la.
pastu Meera hampir jatuh kedalam gaung tepi laut.
Kaali selamatkan Meera.
pastu satu ayat dari Kaali.
"Jangan kau muncul depan aku, aku bunuh kau.." gituuu
dan dan tu Meera rasa bersalah dan jatuh cinta dekat Kaali.

pastu Meera pula pergi rumah Kaali mintak maaf dan beritahu dia dah jatuh cinta kat Kaali.
mula tu Kaali takmo layan dan halau Meera keluar.
tapi Meera tak putus asa, dia tak balik, dia tungu depan rumah sampai malam, siap hujan bagai pun takmo balik.
Kaali akhirnya terima Meera semula.
dah tu bercinta.
pastu dedua pakat nak beritahu bapa masing-masing.
bapa Kaali akhirnya pergi jumpa bapa Meera demi Kaali
yang si bapa Meera ni pulak, dia cakap kat Meera dia akan terima perjumpaan dengan musuh dia, demi Meera.
rupanya bapa Meera dah berpakat dengan geng-geng dia nak bunuh Kaali dan bapa dia.
berlaku aksi tembak menembak la pulak.
kat sini lah berlaku salah faham.
Meera terima call dari orang bapa dia kata Kaali dan bapa dia yang mulakan tembakan tu.
Meera terkejut lalu berlari turun untuk lihat sendiri apa yang terjadi.
elokkk je dia turun, dia nampak bapa dia kena tembak. pastu dia nampak kat tangan Kaali ada pistol yang sedang dihalakan ke arah bapa dia.

padahal sebenarnya bapa Kaali pon mati kena tembak oleh bapa Meera, dan bapa Meera pulak mati kena tembak oleh bapa Kaali.
berlaku la salah faham, yang menyebabkan Meera bertindak menembak Kaali pulak.
tapi Kaali tak mati.
tu kisah 15 tahun yang lalu.


kira macam masuk bab kisah Kaali dengan Meera aje yang nampak dramatik dan menarik.
bab Veer bercinta dengan Ishika ala-ala aje.

pastu bab Muna Bhai yang mencuri kereta King si pengedar dadah lagi tak boleh blah.
pastu kisah kawan Veer yang rupanya suka mencuri barang accessories kereta di workshop Kaali pastu menjual barang curi tu kepada abang kepada awek dia sendiri yang dia tak tau pon itu adalah abang awek dia.








cuma aku dengan Ngah setuju yang Kajol dalam cerita tu sangatttttt lah cantik!
tak puas aku tengok kulit Meera (Kajol)
makin putih
makin langsing.
padahal umur dah tak muda
anak pun dah besar dah.
tapi bodyyyy, fuhhhhh
terus aku berazam nak ada body macam dia haha

sekian dulu bebelan

kita sambung bila free

yg baik dari Allah,
yg buruk dari Aku.


Saturday, 23 January 2016

Loan Rumah Pertamaku

Oleh kerana rumah yang aku beli ni adalah rumah second hand, yang dijual melalui agen, setelah membayar deposit 10%, agen tu telah menyerahkan satu salinan Sales & Purchase Agreement (S&P) untuk aku gunakan dalam urusan mencari loan bank.

aku telah apply di 3 buah bank. Public bank, CIMB bank dan Maybank.
kesemuanya aku apply yang islamic punya. 

oleh kerana rumah ni aku nak duduk sendiri, maka aku dan Ngah telah bersepakat untuk ambik loan sependek yang mampu. 
ohye, jika korang nak beli rumah untuk buat sewa, lebih elok ambik loan paling panjang tempohnya ye. sebabnya, lebih panjang loan, amount yang perlu dibayar setiap bulan adalah lebih kecil. kan ke korang bagi sewa? mesti ada income kan? gunakan income tu untuk bayar loan dan selebihnya adalah korang punya side income. gituuu..


mula-mula aku pergi Public bank. cawangan yang opposite IOI Mall tu.
officer dia perempuan cina. nama dia aku lupa. Euegene kot,  ntah lupa sungguh. almaklum la dah lama betul kejadiannya. yang aku ingat,beliau berambut panjang. 
orang ni nak kata terlalu peramah tu tak jugak. tapi pada aku layanan dia kategeri baiklah.
aku selesa bincang dengan dia. 
pepaham la kan. kita datang dengan memohon loan sebanyak RM53K ajeeee. bukan RM530K!
so kita punya feel tu macam segan-segan sikit. tapi officer ni layan kami dengan berhemah. membuatkan aku rasa selesa sangat.

CIMB bank pulak lain sikit reply dia. yang ini aku pergi yang opposite IOI Mall tu jugak. kan melambak bank kat situ kan? so sekali harung.
officer dia nama apa ntah. cina lelaki. 
bila aku bagi semua document yang dia nak, pastu dia cakap dalam 2 minggu dia bagitahu la jawapannya. aku pun tunggu la. tunggu punya tunggu senyap sunyi.
aku pun call, pastu dia kata nanti dia check pastu nak call aku balik.
tapi takde pon.
beberapa hari kemudian aku call lagi, dia tak angkat call. hoih mangkuk sungguh perangai.
lalu aku pun mesej dia. aku tanya loan tu approve ke tak. approve ke tak approve ke kena bagitau aku. aku tunggu nih. nada aku sedikit marah. pastu dia reply kata dia cuti, nanti masuk kerja dia check. hadoiii... 

tak lama kemudian public bank call kata loan dah approve. 
sukanya hati Tuhan je la tau.

lepas tu CIMB officer tu pulak call kata permohonan aku kena apa ntah bahasa bank sebut. dia macam freeze gitu. macam pending kot. sebab dorang tak boleh kesan aku punya ermmm apa nak sebut eh. 
dia gini tau. aku tak pernah buat loan pun sebelum ni, tak pernah ada kredit card, tak pernah buat loan kereta, tak pernah buat personal loan, kira macam tak pernah ada sejarah pinjam dan bayar hutang. so CIMB tak tau nak kasi loan ke tak. gituuuu.

dan Maybank? 
aku pergi kat cawangan Taman Kinrara.
officer dia perempuan melayu.
yang ni lagi sempoi
tak reply langsung! senyap sunyi sampai ke sudah. aku pun takde la follow up sebab dah dapat loan kan.


aku ambik loan Public bank selama 15 tahun dengan bayaran kurang dari RM500 sebulan. 
elok la sangatkan.rumah dah habis bayar sebelum umur pencen.

lepas selesai urusan loan, kami nak kena cari lawyer pulak.

itu nanti aku citer lagi ye.

kita stop dulu.

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku

Friday, 22 January 2016

Kisah Rumah Pertamaku

Masa aku tengah godek-godek blog, baru aku terperasan yang ramai orang baca kisah renovation rumah flat aku tu. ramai rupanya berminat pasal beli rumah, renovate rumah, dan hal-hal berkaitan rumah.

so, kepada yang baca entry aku yang ini, bermakna memang korang sedang mencari info tentang rumah agaknya la. maka itu termasuk kat dalam sini.

rasa menyesal pulak tak cerita secara detail tentang proses pembelian rumah yang aku lalui beberapa tahun yang lalu. bukan malas semata-mata, cuma adat orang kerja makan gaji. dah la kerja purchasing, memang sentiasa ada kerja. pastu time free, tengok-tengok jam dah dekat Asar. otak pun baru nak tenang-tenang. payah oi nak update zapp zupp zapp gitu. kalau tak, boleh korang refer sikit-sikit. secara tak langsung, boleh membantu, kan? huhu

ok, mari flashback..
dulu kami menyewa rumah teres setingkat di bandar kinrara.

alkisahnya, tuan rumah teres aku dulu, masa kami mula-mula duduk situ, dia pernah tanya, kalau dia nak jual rumah ni, nak tak beli? kami jawap nak la. dah la rumah teres, freehold pulak tu. dan terpaling aku suka ialah environment dia. majoriti melayu yang ramah tamah. dekat sangat dengan skolah menengah. dan anak-anak aku nak main badminton ke basikal ke, memang selamat la. kereta tak banyak lalu depan rumah. pendek kata aman damai lah.

aku duduk rumah tu tahun 2008. bulan 8 kalau tak silap.
beberapa bulan lepas duduk, jiran kami (rumah dia bertentangan dengan rumah sewa kami) datang jumpa Ngah offer rumah dia. katanya nak jual dengan harga RM160K. dia beli rumah baru. teres 2 tingkat kat area shah alam. so rumah ni nak jual. dia kata sebelum dia advertise kat mana-mana, elok dia tanya mana-mana penyewa sekitar sini dulu. baikkan dia?

malangnya kami tak ambik rumah dia. puncanya adelah, kerana kami sangka tuan rumah kami memang nak jual rumah dia yang kami tengah duduk ni dalam kadar yang segera. sebab tuan rumah kata sebelum dia jual rumah dia, dia kena beli rumah baru dulu. so kami ingatkan dia memang sedang cari rumah baru. dah dapat rumah baru nanti, dia mesti jual rumah yang ini. senang takyah nak pindah randah. gitu la sangkaan kami laki bini masa tu. hingga waktu aku taip entry ni, rumah tu dia tak jual-jual pon lagi.

dek kerana rasa terkilan yang amat sangat terlepas rumah 160K tu, menyebabkan aku hari-hari cari rumah nak jual kat mudah.com disamping mengintai rumah-rumah yang dilelong.

hari berganti bulan. bulan berganti tahun. sambil cari rumah, sambil aku kumpul duit.

hinggalah satu hari tu, aku nampak rumah flat untuk dilelong oleh CIMB. flat tu berdekatan dengan rumah kami sewa sekarang. harga reserve price aku dah lupa dah. sebab dah lama sangat kan.

lepas bincang, aku dan Ngah ambik keputusan untuk joint acara bidaan tu. lalu aku pun pergi bank siapkan deposit.

so pergi la ke hotel istana tempat acara lelongan tu.
masa bidaan tu, flat yang aku nak tu yang membidanya seramai 7 orang.
aku punya matlamat masa tu, adalah untuk dapatkan rumah tu dengan reserve price. namun gagal. yang dapat rumah tu seorang wanita melayu, harga yang dia dapat aku dah lupa. nak kena korek balik nota2 lama kalau nakkan figure yang tepat. T__________T

walaupun gagal dapatkan rumah tu, aku tak ralat mana. cuma lepas memperolehi pengalaman menyertai acara lelongan ni, minat aku untuk membeli rumah lelong lebih menebal. sumpah aku tak tipu. aura yang aku dapat bila kita duduk dalam kelompok yang mempunyai minat yang sama (yakni memiliki rumah dengan harga murah) tu lain macam dia punya kenikmatan. lepas pada tu, aku cakap dengan diri sendiri, dan cakap dengan Ngah, yang aku nak datang lagi sini. korang yang berminat nak beli rumah lelong, sila lah pergi sekali. setakat nak tengok cara-cara lelongan diadakan dan nak ambik feel tu takyah ada deposit pon. yang nak membida je kena sediakan bank draft.

ok.

masih tinggal menyewa.

kemudian, ada satu hari dalam tahun 2010, aku bawak motor pusing-pusing taman dengan anak. dan aku lalu kawasan flat yang dulu aku pernah bida tak dapat tu. yang aku bida dulu unit dia di blok A.
aku ternampak ada notis rumah flat untuk dijual. dijual melalui ajen hartanah.

harga yang dia tawarkan adalah RM59K. flat blok C dan ground floor. so aku ambik keputusan untuk beli aje. walaupun masa tu minat lebih terarah pulak untuk cari rumah teres setingkat. takpe lah aku cakap kat Ngah. kita beli je lah. nak tunggu orang nak jual rumah teres tak tau bila yang ada. kalau ada pun mungkin kita tak mampu nak beli. dan masa tu kami dah mula fikirkan Amir yang bersekolah.
agak susah kalau memilih sangat. kalau boleh kami nak rumah yang tak payah tukarkan anak ke skolah baru. dan satu lagi, rumah teres yang kami sewa tu banyak gilerrrr anai-anai. habis katil aku dimakannya. cadar ropol-ropol kesayangan yang aku beli di Jakel tu, yang belah rapat ke dinding habis dimakannya.

akhirnya, dapatlah merasa duduk dirumah sendiri, walaupun rumah flat takpa. janji rumah sendiri. nak gerudi dinding, nak robohkan dinding pun takde sapa nak marah. huhu

nanti free aku citer lagi ye..

babai dulu..

Yg baik dari ALLAH
Yg buruk dari AKU

Monday, 18 January 2016

Cekodok Kelapa Muda



Mula-mula tayang gambar cekodok dulu. ni kejadian hari sabtu 16/1/2016.
nama dia cekodok kelapa. orang kelantan panggil jjeput nyor.

nak buat dia senangggg sahaja.
gandum dalam 2 ke 3 cawan camtu, campur isi kelapa muda yang dah tak berapa muda sangat tapi bukan kelapa tua ye, tu dalam secawan. pastu campur yis sesudu. yis tu bancuh dengan air suam dan gula dan garam sikit.
nak taruk gula banyak pon boleh, aku lebih suka rasa dia biar lemak-lemak manis. 
kelapa tu kena blend ye.

pastu gabungkan semuanya dan perap selama 3 jam.

aku buat cekodok ni asalnya nak jamu tetamu. alahh, Muni je pon, bukan orang lain.
dia nak datang rumah nak ambik set tabita. datang selalunya dengan suzi and anaks.
pastu kononnya masa dia datang tu aku nak goreng cekodok hidang kat dorang.
rupanya dia datang kejap sangat, just ambik tabita pastu tak singgah sebab kata dia suzi nak kena balik cepat. kang singgah kang harus santak ke maghrib, macam yang sudah-sudah tu, cenggitu la.

so ok la. takdak rezeki dorang.
habis citer cekodok.

masuk sabtu ni kira baru 2 kali sesi membasuh kasut skolah.
Joe basuh kasut skolah dia sendiri. setakat ni nampak dia rajin.
dia ada 2 pasang kasut. dua-dua dia basuh sendiri. nampak seronok main air. berejamm dalam bilik mandi.
kuar-kuar kuyup satu badan.
geram jugak rasanya, tapi aku cuba untuk biarkan je. taknak nanti dia merajuk terus sampai bila-bila taknak basuh kasut sendiri.
pastu suka nau kapur kasut. habis putih lantai aku.

Amir pulak bab basuh kasut dia kurang sikit. tapi kalau kemas buku dia laju.

anak-anak aku semua lelaki. tiga orang semuanya.
dan lasak dan nakal yg amat.
asik gaduhhhh je kerjanya.

kadang tu aku heran, camana la mak mertua aku didik Ngah dan adik beradik dia yang semuanya lelaki 5 bersaudara. yang gaduh time kecik tu aku tak heran sangat la sebab aku percaya semua beradik pun akan bergaduh masa kecik kan?

aku respek mak mertua aku sebab anak-anak lelaki dia hampir semuanya rajin uruskan rumahtangga.
tak macam adik aku. ye, betul ni. adik aku kalau dia makan, pinggan tu dia letak je kat besen. (zaman kanak-kanak hingga remaja dulu, rumah aku takde sinki ye, semua pinggan mangkuk kotor, dikumpul dulu dalam satu besen, dah penuh nanti angkat ke paip nak basuh pingan, mencangkung je kat tepian paip tu.

aku perati Ngah. dia memang aku akui seorang yang rajin ambik bahagian dalam hal urusan rumah tangga. tugas gosok baju kerja dia dan baju skolah anak-anak, memang dia yang buat. seingat aku la, sejak Amir masuk darjah 1hingga sekarang, belum pernah aku gosok baju skolah anak-anak. aku hanya gosok baju kerja sendiri je.
pastu, sekali sekala lipat kain, walaupun saiz lipatan dia tak sama macam aku punya lipatan, tapi at lease ada buat.

bila aku kaji benda ni, aku perasan yang abah (bapak mertua aku) pun jenis rajin buat kerja rumah. masa aku beranakkan Amir, aku berpantang kat rumah mertua. masa tu abah masih belum pencen polis. mak tak kerja, hanya abah je kerja. tapi mak ambik upah menjahit baju. mak memang sibuk dan tak cukup tidur. kain melambak-lambak.

Ayah Su (adik bongsu Ngah) masih sekolah masa tu. sekolah rendah. Abah la yang banyak gosok baju, pakaian kerja dia sendiri, termasuklah pakaian mak pun dia gosok semua. mak punya baju kurung dan tudung, sebelum gantung dalam lemari baju, dia akan gosok dulu. jadi bila nak pakai dah takyah gosok dah.

time tengok tv buletin utama memang abah akan duduk depan tv lipat baju. sumpah respek giler kat abah. arwah ayah aku takde macam ni ye. memang sepanjang hidup aku, tak pernah nampak ayah sendiri lipat baju. tanak nasi tu pernah la jugak sekali sekala. ni jujur tau.

so aku harap anak-anak aku ikut jejak abah dorang. rajin tolong bini kat rumah.
takde la letak harapan tinggi menggunung untuk anak-anak rajin dalam hal rumah tangga, tapi setidak-tidaknya takde la bini je yang buat segala mak nenek kerja dalam rumah ni kan.

sekarang Amir dah darjah 5. aku dulu darjah 5 dah tau masak nasi sendiri, dah pandai goreng kangkung. hahaha.. kangkung ni bukan perumpamaan je ye. memang kangkung selalu jadi sayur kat rumah dulu, sebab kangkung percuma takyah beli, just mintak je dengan Pokmen memang dia kasi free je, melambak kangkung tumbuh kat tepi perigi dia. (terima kasih Pokmen)
apalagi ye..
dah pandai siang ayam (dulu takde makna beli ayam kat lori jual ikan tu, kitorang sembelih ayam kampung je, so lepas ayam dah mati kena sembelih, tugas aku la  merendam ayam dalam air panas, mencabut bulu ayam, pastu layurkan atas api dapur kayu - untuk hanguskan bulu-bulu ayam yang halussss tu, dan lepas tu keluarka segala isi perut ayam, dan akhirnya potong kecik-kecik). aku rasa aku memang matang sebelum usia. sebab banyak benda aku dah pandai buat masa umur 10, 11 tahun.

Mek aku penoreh getah aje. balik menoreh dalam pukul 3 petang. budak lain dan kekenyangan dah,  aku pulak kena tunggu mek balik. baruuuu boleh makan.

aku ingat lagi, masa tu baru-baru darjah 1 kot. balik skolah lapar nasi. mek belum balik. nangis aku tahan lapar. pastu mek ajar masak nasi. mek kata kalau lapar sangat, makan dulu dengan budu.
kalau tak silap aku, mungkin darjah 1 tu memang dah reti masak nasi. masak pulak pakai dapur kayu.

sekarang ni, aku dah mula nak tarik minat Amir untuk suka masak. walaupun Ngah tak suka aku ajar Amir masak sebab dia kata bahaya takut-takut kang terbakar rumah. aku pun takut jugak, tapi pikir positif je la.
start cuti skolah hujung tahun lepas, Amir dah pandai masak nasi. suka la aku. yang terpaling aku suka tu, adelah sebab Amir menampakkan minat dia untuk masak. contohnya kalau aku nak goreng telur. dia pun sibuk mintak nak buat. tak tau la betul-betul minat ke atau sekadar nak seronok-seronok je ke. harap-harap berpanjangan la minat dia tu.

ok lah.
dah nak balik dah ni
nanti senang aku bebel lagi.

babai

Yg baik dari Allah
Yg buruk dari Aku





















Friday, 15 January 2016

Tajuddin Darjah 1 tahun ni.

Dan Ammar pulak tadika.

Joe aku sekolahkan kat Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara. sama sekolah dengan abang dia, Amir.

Sekolah agama pon sama sekolah dengan Amir jugak, Sekolah Agama Al-Misbah, Bandar Kinrara.

hari pertama persekolahan hari tu (4/1/2016) aku cuti. Ngah pon cuti jugak. 
pagi-pagi dah hantar dua beradik tu pergi sekolah naik motor.
aapesal tak hire van je? haaaaa... van hanya untuk balik skolah aje. huhu... 
sebenarnya gini...

masa Amir masuk darjah 1, tahun 2012, kami masih duduk menyewa di rumah teres setingkat BK4. kat area tu ada beberapa orang yang buat perkhidmatan van sekolah. antaranya pasangan suami isteri Abang Joe dan Kak Ana. jadi kami hire dorang. 
Pagi, Ngah akan hantar Amir naik motor pergi skolah agama. 
mula tu nak bagi naik van je. tapi Ngah kata tak payah lah. sebabnya setiap pagi memang dia akan pergi jugak ke transit untuk hantar baju dan beg skolah kebangsaan (sekolah sebelah petangnya pulak). jadi alang-alang tu bonceng je la Amir sekali kan.. dan Amir of course la suka naik motorrrr. beranginnnn je kata dia.

dan penghujung tahun 2013 kami pindah rumah sendiri.Flat ajer. Alhamdulillah, 
rumah flat tu dekatttt je dengan kawasan teres yang kami sewa dulu. cumanya nama taman je lain. 
dah pindah, pun masih guna perkhidmatan van abang joe. cuma selepas pindah, Amir kena tunggu van berhampiran taman permainan kawasan rumah kami (kawasan permainan ni kira macam pembahagi antara kawasan teres tempat aku menyewa dulu dengan kawasan rumah aku sekarang.
oleh kerana masa kami pindah tu dah bulan 10 kalau tak silap aku, kira persekolahan pon dah kira hujung tahun dah, maka kami pon bertahan je la dulu. nak tukar van pon, tunggu je lah tahun depan. kononnya gitu lah.

Amir pun ok je.
cuma memandangkan selalu tertinggal van aje, maka Ngah pon buat keputusan untuk hantar aje Amir terus ke skolah. takyah pening-pening kepala. sekali harung hantar baju ngan beg skolah.

lama-lama dah jadi biasa.
dan van abang Joe hanya ambik Amir di transit hantar pergi skolah kebangsaan, dan dari skolah kebangsaan balik rumah (sampai taman aje, dari taman, Amir jalan kaki)

selalunya aku akan sampai rumah dulu, baru Amir sampai. sebabnya, sekolah kebangsaan pukul 6.30petang baru balik. aku pulak pukul 5.30petang dah keluar ofis, ambik pakaian dan beg skolah kat transit dan lari ambik Joe dan Ammar pulak baru balik rumah. tu pun sempat lagi singgah beli barang nak masak makan malam. Alhamdulillah, belum ada apa-apa kejadian menakutkan terjadi.

tu cerita sebelum Joe darjah satu.

bila Joe darjah 1, Ngah ambik keputusan untuk kekalkan van. dah serasi kot.
cumanya, setiap pagi dia akan buat 2 trip, mula-mula hantar Amir ke skolah kebangsaan. (budak darjah 4,5 dan 6, sesi pagi adalah sekolah kebangsaan, sesi petang baru sekolah agama), pastu balik rumah semula ambik Joe hantar ke skolah agama.
pastu Amir balik skolah dengan van abang joe, hantar ke transit. pastu amik Joe dari transit hantar ke sekolah kebangsaan pulak. dan petang ambik Joe hantar semula ke transit. pastu dua beradik tu tunggu aku datang ambik dorang bawak balik rumah. selalunya aku la yang menunggu. sebabnya, kan sekolah petang habis lewat.
gituu..

eh, aku nak citer kisah Joe darjah satu sebenarnya. terlari tajuk pulak. 
biarkan, malas pulak nak delete. sayang

oh, pagi hari pertama persekolahan tu, aku patutnya bawak Ammar daftar tadika, pastu terus pergi kerja. tapi tetiba pukul 8 gitu Ngah call, dia suruh aku bawakkan pensel color untuk Joe. 
ustazah bagi sorang sehelai kertas lukisan suruh murid-murid warnakan, sebab ustazah nak kutip duit yuran ibu bapa (kutipan dibuat dalam setiap kelas).
Joe pulak tak bawak pensel color. aku pun bawakkan lah. dari rumah dah janji dengan Ammar nak breakfast roti canai, terus tak jadi sebab Ngah kata Joe nak nangis sebab orang lain sibuk mewarna, dia sorang takde color. Dengan Ammar sekali pergi hantar pensel color.

lama jugak menunggu giliran bayar yuran.
sampai menangis Ammar sebab lapar.
aku pun turun cari apa ada kat kantin.
nampak ada jual mee goreng, mihun, megi goreng, nasi lemak, dan naget-naget tu semua. mungkin kuih-muih belum ada kot dihari pertama persekolahan ni. atau mungkin dah habis masa aku datang tu tak tau la kan.
beli la naget yang ada cucuk dengan batang serupa batang aiskrim tu. saketul 50sen. beli dua. singgit.
pastu beli hotdot seketul. seringgit jugak. 
bawak naik kekelas bagi kat Ammar. 

pastu loceng bunyik. Joe pun dibawa beratur menuju ke kantin. Ngah bagi RM2 untuk skolah pagi.
dia beli naget yang dah siap dimasukkan dalam plastik. ada 3 ketul dalam tu. seringgit harga dia. 

kat kantin tu, kalau aku andaikan hari seterusnya pon adalah menu yang sama, aku rasa baik aku sediakan bekal aje.
bukan apa, kalau kat kantin jual donat, jual kuih lapis, jual karipap kentang, jual kuih lepat pisang misalnya, kira ok sangat la kan. 

ni dia pun jual naget, jual hotdog. setakat goreng hotdog ngan naget tu, kacang je lah, hahaha

jadi, keesokkannya, aku kunci alarm. 
semangat ni bangun nak masak bekal untuk anak.

bekal pertama, bihun goreng.
jarang aku masak pepagi begini.hihi
yang terpaling suka, Amir lah
Joe biasa-biasa je.makan pon tak habis.
siap Ngah habiskan. ohye, Ngah masih cuti hari ke2 persekolahan.
Joe ni memandangkan dia baru lagi skolah, dia lebih eksaited untuk membeli kat kantin.
maklum lah sebelum ni tak pernah bawak duit dan membeli di kantin. 
so macam pengalaman baru bagi dia.
dia suka beli naget dan hotdog. pastu air.

bekal esoknya, ayam goreng ala-ala KFC.
seronok Amir. again, Joe biasa-biasa aje.

esoknya, naget.
hotdog
beger telur (roti gardenia pat segi tu 2 keping + telur mata + chesedale + mayonis + sos tomato)
beger telur lagi (permintaan Amir)
naget
hotdog
naget
beger telur
beger telur
.
.
.
.
.
.
.
dan hingga hari ni masih belum miss buatkan bekal. mga-moga rajin tu berkekalan lah hendaknya aku nih...















sampai tertido-tido. dah tu firstime skolah kan, pagi petang pulak tu. agaknya badan di terkejut kot.


zoom sikit


Ni pada hari ke 4 sekolah. hari sebelumnya tu lagi aku dah perasan kenapa rambut dia macam pelik je, tapi tak ketara sangat so aku diam je. esoknya tu lagi parah rupa rambut dia. memang botak setempat tu. Depan memang bengkang bengkok. aku marah la. bila tanya, dia kata kawan potong rambut dia. pastu aku tanya napa tak cakap dengan cikgu, dia kata baru nak cakap, kawan dia dah cakap dulu. rupanya kau potong rambut aku, aku potong rambut nkau. aku risauuuu je kang mak bapak budak tu datang serang kat skolah kang naya je. aku risau kot main-main gunting kang tercucuk mata ke, tergunting cuping telinga ke, koyak baju ke. malam tu jugak Ngah bawak pergi kedai botakkan terus rambut dia. dua hari lepas botak, aku nampak lagi bekas kena gunting kat belakang. dah botakkan tu, pon nak tarah jugak. aku marah bebetul kat Joe. aku cakap aku nak pergi skolah cakap dengan guru besar. dan aku tak kasi dia bawak gunting pergi skolah, melainkan cikgu pesan suruh bawak. dan buat masa ni, aktiviti gunting menggunting nampak macam dah terhenti.




orang marah, dia boleh senyum. tak paham aku


4/1/2016 Ammar dalam kawasan sekolah agama


gambar dua hari yang lalu

ok.
sekian dulu kali ni..

babai


yg baik dari Allah
yg buruk dari Aku