Monday, 5 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Salam tahun baru.
walaupun dah 5 haribulan, tapi hari ni adelah hari pertama aku kerja ditahun baru ni.

hujung tahun 2014 meninggalkan kita dengan cerita sedih. ye, bagi aku sedih la jugak. sebab kelantan terutama kuala krai, gua musang, beberapa kampung di machang dan tanah merah teruk dilanda banjir.
paling teruk kuala krai. memang nangis tengok gambar-gambar rumah yang ranap habis dek kerana air banjir. ada yang tinggal ruang dapurnya aje. ada yang tinggal tangga batu je. dan ada yang tinggal tiang rumah aje. rumah tak tau hanyut kat mana.

terpaling sedih bila tengok mangsa banjir warga mas. nampak tenang aje. termenung memandang kearah rumah dan kampung halaman yang selama ni mereka dari kecik, remaja hingga berumah tangga kat kampung tu, tup-tup dah nak akhir-akhir nyawa tetiba semua hilang dan berubah menjadi longgokan kayu kayan bersalut lumpur. but still muka nampak tenang dan masih boleh senyum. bila tanya, mereka jawab... "takpo la nok wat guano. mugo hok Dio belako.. mokcik redo jo la... " sambil tersenyum menyembunyikan kesedihan hati.

tu cerita banjir.
lagi satu dugaan besar adelah kisah kapal terbang milik Air Asia dari Indonesia menuju ke Sungapura yang hilang dan khabarnya ditemui terhempas di dasar lautan. kisah ni aku tak follow sangat sebab kisah banjir yang berlaku lebih mendapat perhatian aku.

tu la kisah sedih menutup tahun 2014.

semoga tahun 2015 ni bakal memberi lebih kebaikan. Amin