Hari Selasa yang lepas yakni 30/12/2014, aku dan Ngah balik kelantan untuk ambik Amir dan Joe. Masa tu kan musim banjir lagi. tapi pada 30hb tu, jalan baruuu je nak surut air selepas lebih kurang seminggu jugak la jalan gua musang dinaiki air dan semua kenderaan kecik atau besar tak boleh lalu.
Elokkk je orang duk pakat update kat pesbuk kata jalan gua musang krai dah boleh lalu, jam-jam tu jugak Ngah suh peking kain baju selai dua kata nak bertolak dah subuh sok. padahal dah plan dah nak balik cuti tahun barunya tu. aku pun dah siap apply cuti untuk 2/1/15 tu. sekali berterabur semua plan.
Dan dan tu jugak wasap ofismate apply EL 2 hari (30/12/14 & 31/12/14). emergency katanya.
memang emergency sungguh. apa tak emergency nya hoiiii. suar dalam baru basuh pun banyak yang belom kering dek kerana hujan tetiap hariiiiii. nasib la ada dua tiga helai yang kurang senonoh ponn jadikkk la daripada takde langsung. kah kah kah.
Punca balik secara terburu-buru adelah gini.
Amir dan Joe kan kat kampung. memandangkan musim banjir yang sangat dasyat (boleh refer surat kabar, FB dan sebagainya, memang teruk banjir kali ni), hampir semua talian handphone takde line. walaupun kampung aku tak kena banjir, tapi terasa debaran dek kerana tak dapat berhubung dengan kuarga kat kampung. mula lah perasaan jadi tak tentu hala. pikir macam-macam. sebab banjir tahun ni ramai yang kata rumah dorang tak pernah naik air, tetiba tahun ni kena pindah. macam tak percaya je. tu la dia, rumah aku atas bukit. dan tak pernah kena banjir. tapi tetap risau sebab takde apa yang mustahilnya jika benda nak jadik.
pastu ramai pulak dok komen kata banjir gelombang kedua dan ketiga bakal berlaku tak lama lagi. ada jugak yang siap post info dari jabatan meteorology la bagai. ada pulak yang post bersembang ngan kawan yang kononnya kawan dia tu staff kat jabatan dot dot. T_________T
walaupun aku tak percaya sangat, namun taknak jugak ambik risiko. kang tetiba betul benda yang dorang post tu habis laaaa. tak dapat nak ambik anak kat kampung nanti, sedangkan skolah dah nak start dah.
atas alasan tu la, Ngah nak jugak balik sementara jalan dah boleh lalu.
sepanjang perjalanan balik kampung, ohya, kami lalu jalan yang biasa kami lalu. KL - Bentong - Lipis - Gua Musang - K Krai.
dan Alhamdulillah, jalan BOLEH dilalui. cumanya jalan banyakkkkk rosak dek arus deras. banyak lubang-lubang. dan yang terpaling teruk adelah jalan tu sendiri runtuh. jalan dua hala. tapi sebelah aje boleh lalu. so kenderaan belah sana dan belah sini kena gilir-gilir lalu. ada la pergawai polis (kot) yang jadi tukang bagi giliran. jem dia tu hoiii.. toksah bayangkan. mau 3 jam jugak kami kena. sebaik lepas je jalan rosak tu, terus tenteram je perjalanan kami.
lagi satu, kebanyakan petrol station kat kawasan gua musang semuaaa takde minyak. habiss! nasib baik masuk je kuala krai minyak ada. kalau tak, terpaksa la kami berkereta tutup ekon. jimat minyak gitu.
sampai rumah dalam pukul 6.30pm. 12jam jugak la sebab bertolak pun lebih kurang 6.30pagi gitu.
sepanjang jalan, sempat la aku snap gambar. tapi tak berapa nampak sangat kesan banjir. kalau nak bagi nampak, kena stop dan turun keter baru gambar nampak kesan lumpur kot. ni beberapa keping aku tempek jugak la untuk kenangan diri sendiri.
Ni kat bandar Bentong. jambatan rosak tengah repair ni. jem kat sini dalam 40minit jugak |
nampak tu baju tersangkut kat wayar letrik. masa banjir hari tu bangunan ni nampak bumbung je. ni balai polis lakloh |
rumah ni asalnya kat tempat lain, tapi dek kerana dibawa arus deras, lending dia sampai kesini. tak mungkin tapak rumah ni kat sini-sini jugak sebab bawah tu lembah |
lumpur ni esok-esok dah kering nanti merasa la sedut habuk pasni |
deretan kedai ni sebenarnya |
Dearah Machang ada jugak yang kena banjir, tapi kampung aku tak kena. antara yang kena banjir dan rumah ditenggelami air kalau yang dekat dengan kampung aku adalah Temangan. Temangan ni jauh jugak sebenarnya, ada la dalam dekat-dekat 10 km dari rumah aku, tapi ntah macamana cekal nya aku zaman kanak-kanak dulu, boleh tu kayuh basikal buruk pegi pasar malam. hahaha
Temangan ni masa aku kecik kecikkkkk dulu, bukan dalam daerah Machang, sebaliknya Temangan tu sendiri adalah satu daerah. Daerah Temangan nama dia. kalau Machang, poskodnya 18500. Temangan pulak poskod dia 18400. masa dulu, sekolah aku (Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh) adalah dibawah daerah Temangan sebenarnya. aku ingat lagi tu. darjah 1 kot aku masa tu.
Temangan ni menjadi maju ketika dulu adalah kerana keluaran biji besinya yang banyak. kemudian biji besi mula berkurangan dan kemajuan bandar Temangan ibarat terhenti. ntah la aku pun kecik lagi masa tu jadi tidak la aku mengambil berat sangat pun perihal sekeliling. almaklum la kanak-kanak lagi kan. yang aku tau, beberapa tahun lepas tu, alamat kat tugu batu sekolah aku telah ditukar daripada Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh, 18400 Temangan Kelantan menjadi Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh, 18500 Machang Kelantan. gituu.
Temangan ni tepi sungai besar, antara kawasan dalam daerah Machang yang teruk dilanda banjir.
masa aku balik kampung hari tu, mek aku mintak dibawak ronda-ronda ke Temangan sebab dia nak tengok kawasan banjir. ye la kan, kat radio orang sibuk bercerita Temangan banjir teruk, Temangan banjir teruk. mek aku teringin nak tengok, tapi takde sapa nak bawak. jadi mintak aku bawak dia tengok kawasan. malu sebenarnya aku nak masuk kampung orang semata-mata nak nemgok aje. kalau nak nolong tu takpe jugak. ye la orang situ tengah susah hati harta benda dorang musnah, kita pulak masuk kampung dorang menengokkk. terasa malu la jugak wehh. tapi ku gagahkan jugak la. mek punya pasal.
kawasan yang kami pergi hanyalah kawasan yang kami selalu singgah ketika pergi Temangan. antaranya ialah pasar Temangan yang bersebelahan dengan tapak pasar malam. dan jugak jeti. aku la panggil jeti. jeti ni tempat perahu singgah ambik atau turunkan penumpang. antara penumpang adalah orang-orang Kampung Pasir Besar yang berada di seberang sungai tu. teruk jugak penangan banjir ni. ada beberapa gambar aku snap, so tepek kat sini la buat kenangan.
ni pandangan kearah tapak pasar malam dari tepi sungai, depan jeti |
kasi zoom sikit |
ni pulak pandangan ke arah sungai. jeti dah takde. belah kanan tu yang orang duk ramai-ramai berdiri tu adalah tapak rumah cina peraih getah. rumahnya dah takde. |