Sabtu lepas 8/11/2014 aku pergi kursus GST.
Kursus yang company provided. lokasi di Menara Choy Fook On.
kursus dari pukul 8.30pagi hingga 5.00petang.
nasib baik hari kursus tu hari sabtu minggu kerja. kalau la kursus tu buat hari sabtu minggu aku cuti, hoi tak sanggup haku.
tu pun sabtu kalau kerja sampai pukul 1 je, ni kursus sampai pukul 5.00.
5.30 sebenarnya pun.
sampai rumah 6.30pm sebab singgah bank bayar duit kat lawyer firm.
kesian anak-anak aku.
seharian makan mee goreng je.
tu pun nasib baik sempat jugak sediakan mee goreng pagi nya tu.
dan nasib baik jugak aku goreng 2 bungkus.
dan terpaling nasib baik ialah sebab mek masih ada rumah aku.
kalau la mek takde, mesti kena tinggalkan kat taska.
taska pulak tutup pukul 2. kalau ambik pukul 6, kena la bayar OT.
tu takpe lagi. cuma kesian la kat anak-anak.
budak-budak lain mak bapak dah datang ambik.
anak-anak aku?
mesti terjenguk-jenguk je dorang tunggu mana umi nii kata dorang.
pastu terbayang macam sedihh je anak aku.
oh noo...
antara yang aku paham tentang GST ni..
GST akan bermula pada 1/4/2015.
GST terkecuali untuk barang-barang asas. contohnya beras, tepung, minyak masak, perubatan awam, pengangkutan awam, bil air dan bil letrik untuk 200 unit pertama. itu je yang aku sempat tangkap. :p
semua syarikat yang turnover (eh betul ke perkataan ni, macam salahh je..hehe, takpe janji bila baca tu macam sendiri paham hehe) RM500,000 dan keatas WAJIB mendaftar dengan gst.customs.gov.my
yang bawah RM500,000 tu takyah daftar pun takpe. kira volunteer la, kerajaan lagi suka kalau kau daftar. gitu.
syarikat yang telah berdaftar dengan GST pula, bila supplier dia cas GST kat dia, dia boleh claim balik dengan custom. jadi dia dapat balik duit cas GST tu. ataupun dia boleh cas kos GST tu kat pelanggan dia pulak. maksud mudahnya ialah bukan dia yang kena tanggung GST tu, sebaliknya yang kena tanggung tu ialah orang terakhir dalam rantaian perniagaan tu tadi. orang terakhir tu teka la sapa? huhuhu nangis memikirkan nasib diri.. T____T
untuk syarikat yang tak mendaftar dengan GST pulak, kalau supplier dia cas GST 6% tu kat dia, dia TIDAK BOLEH cas kepada pelanggan dia. TETAPI, oleh kerana dia telah menerima kos lebih sebanyak 6% tadi, dia boleh ejas dan naikkan sedikit harga barang dia dan jual dengan harga lebih mahal dari sebelum ini. begitulah yang aku paham.
menangisi lagi T______T
namun begitu, kalau paham betul-betul, banyak juga barang dalam industri pembinaan ni SEPATUTNYA turun harga. lebih-lebih lagi kalau barang tu barang imported.
ok
sekian dulu.
rajin kita taip lagi.
bye
yg baik dari Allah
yg buruk dari Aku