Assalamualaikum...
dah lama benar aku tak update blog.
kat ofis lately tersangat la bizi.
pulak tu kebelakangan ni aku macam kena handle machinery pulak.
kena source passenger hoist. dulu sources for purchase. now to source for rental, instead of purchase.
dah nak setel ph, masuk pulak forklift. dah siap forklift, terbaru nak kena carik lagi. material hoist pulak. tengah carik material hoist, dengar bos nak dapatkan sand pump pulak dah.
nangis haku sensorang.
building material tetap kena hadap macam biasa. bukan ada orang tolong take over pun. sadis... memang sadis..
ni dah 12hb. macam biasa kena buat purchasing report. report tetiap bulan kena submit latest by 20hb.
so skrg ni boleh dikatakan musim stress untuk aku.
tu cerita kat ofis.
kat rumah pulak. hari ni takde air. dijangka esok ada la kot. sebab 2 hari ada air, 2 hari takde. rumah aku takde air Jumaat Sabtu takde air. Ahad Isnin ada. pastu Rabu Khamis takde balik. gitu la seterusnya hingga la masalah kawasan tadahan hujan oleh pihak berwajib selesai sepenuhnya. untuk rekod, catuan di kawasan rumah aku mula berlaku pada Febuary 2014 kalau tak silap aku. oyye.. yg terakhir aku terima air 3 hari ada air tau. pastu 2 hari takde air. so tunggu la esok, mungkin akan ada air 3 hari pastu baru takde balik. katanya hari ketiga yang ada air tu sebagai air bonus. good. i like..
mesin basuh aku hari tu rosak. dia punya spin tu tak keringkan baju. pastu lagi, bila air masuk dalam mesin kan, patutnya bila dah sampai takat dia, air tu stop sendiri. tapi ni tak, dia mengalirrr je air tu dalam mesin. pastu ada lagi penyakit dia, kipas yang tugas menyental baju dalam mesin tu dah tak kuat. maksudnya, dia tak bersihkan baju. bunyi ja lebih.
dah repair dangan 6bulan warranty katanya. tapi aku macam tak puas hati jugak. sebabnya, kipas mesin tu kan, kan ke biasanya dia pusing ke kanan, pastu ke kiri, kanan, kiri, berselang seli. tapi kan, masalah dia, dia pusing ke kanan kuat, tapi bila pusing ke kiri dia slow. tak tau la masalah apa lagi.
aku dah panggil orang repair tu datang lagi sekali. dia dah ejas dah. tapi macam takde efek je. lalu aku pun fedap. kang tak pasal2 dia mintak charge lebih. mau aku hangin. gini baik aku beli yang baru je.
bila pikir2 balik, memang patut pun mesin tu buat hal. dah lama dah kot aku beli. umur anak sulung aku si Amir masa tu 5 bulan masa tu. skrg ni dia dah 8 tahun dah. beli RM750 je. tu yg aku pikir, kalau lagi nak tambah duit repair, baik beli je yg baru. habis tu, yg lama ni takkan nak buang. sayang woo..
mesin jahit.
huhuhuh... dah lamaaa impikan nak beli mesin jahit. konon nak blajar menjahit. tapi tu la, takda masa nak pegi survey. kat Giant bandar kinrara ni ada la satu kedai mesin jahit Singer. dah 2 kali aku masuk kedai tu. tapi blom terbeli lagi. yg buatkan aku teragak2 nak beli tu, sebab ramai yang kata better beli jenama Brother. sebab bukan Singer tak bagus, tapi maintenane dia lebih costy compared to Brother brand.
nak mensurvey brand Brother adelah payah, sebab tak menyempat lagi nak gugel mana kedai mesin jahit Brother terdekat kat area Kinrara ni. bizi le sangat katanya.
my 3 heroes sudah mari. tadi kusyuk tengok kartun. ni tetiba selonggok depan aku tanya macam2. haish..
ok la. aku nak stop dulu. lain kali sambung lagi.
babai
yg baik dari Allah,
yg buruk dari Aku.