Sunday, 27 April 2014

P1 for home yang murah: sesuai untuk peniaga online yang baru nak bermula

Alkisahnya hampir sebulan yang lalu aku install P1 kat rumah. tujuan nya adelah kononnya nak online kat rumah tu kerap la. konon sangat. konon kat ofis lately sangat la banyak kerja hinggakan kalau ada sikit angan2 nak update blog barang sebaris pun hanya la tinggal angan2 sahaje. memang tak menyempat.

dah ada internet kat rumah ni pulak, lain hal alasan dia. asik penatttt je. mana tak penat. asal sampai rumah, terus terkam ke dapur pulak. kalau tak ke dapur, aku terkam tv hehe. dasar sangat.

eh tapi betul la weyh. penat. dan ngantuk.

balik kerja selalunya pukul 6 petang dah samapai rumah dah. tu pun kalau tak stay back la. kalau stay back lagi lambat. nasib baik jarak rumah ngan tempat kerja aku dekat.

sampai rumah dah kena masak. kalau malas aku beli je makanan yang dah siap. tapi dengan keadaan aku anak kecik2 takleh makan pedas langsung ni, apa je la pilihan menu yang ada. balik-balik nasi goreng cina. tak pun nasi ayam tu je la dua menu yang selaluuuu aku beli kalau taknak masak. jadi aku lebih kerap masak berbanding beli.

siap masak nak mandi semayang pulak. lepas tu ting tong ting tong dah pukul 8malam. buat hidangan nak makan pulak. jam ni la selalunya Ngah akan sampai rumah. lepas makan dah kenyang tu dah takde mood aku nak bukak internet bagai. pinggan mangkuk yang lepas makan selalu aku longggokkan dalam sinki je. bahagian Ngah la pulak menyetelkannya. kang kalau anak berak, pun Ngah la yang menyentalnya. nasib baik la Ngah ni jenis laki yang ringan tulang. jenis yang paham kepenatan bini dia. kalau tak, tak tau la nasib aku huhu.

dulu masa belum ada internet, aku selalu berangan. kalau la ada internet kat rumah, boleh la aku update sambil santai2 tengok tv kan. huh, memang takde pun. kalau la ada masa nak update blog pun, lepas bukak laptop tu termangu-mangu aku. nak update pasal apa eh? idea pulak takdak! haish..

ok.mari bercerita pasal pakej P1 yang aku ambik ni.

pakej yang aku amik ni adelah yang paling murah aku rasa. yg RM79 sebulan. atas daripada pakej ni, adelah yang berharga RM99 sebulan.

Dengan pakej RM79 ni, aku jugak diberikan sebiji telefon rumah dengan percuma 100 minit panggilan sebulan. kau call je la mana2 nombor telekom di mana2 negeri pun, ianya percuma, asalkan tak melebihi 100minit. tapiiii, telefon hanya diberikan kalau kau ambik kontract untuk melanggan yang 24 bulan tu. kalau ambik yang 12 bulan, takde telefon ye.. dia hanya bagi kau modem seketul tu aje.

kalau nak tau lebih lanjut, boleh tanya kat mana2 agen dia. tak silap aku ada merata2 pasaraya. macam aku hari tu, daftar kat Giant BK5 je.

mulanya, aku nak pasang unifi. tapi kat kawasan flat ni takde coveraga katanya. jadi terpaksa la aku cari alternatif lain. pastu nak try streamyx. pakej streamyx yang aku nak tu RM100 (kot, aku pun dah lupa, tapi anggaran seratus sebulan la lebih kurang) agen tu kata, masa daftsr tu takyah bayar apa2, cuma masa kontractor datang buat cabelling, kena bayar kalau cabel lebih dari 30meter kalau tak silap.

masa saat2 akhir survey, terrrlalu depan kaunter P1. tengok2 ada pakej yang bagi aku lebih jimat. RM79/bulan. dan dan tu la ambik. tak jadi ambik streamyx

bagi aku, pakej ni amat berbaloi untuk orang2 yang nak mula berjinak2 dalam bisnes internet. sebab murah. tak tau la kalau ada lagi pakej murah yang aku tak tau kan. dari segi kelajuan pulak, bagi aku, hingga hari ni aku sangat berpuas hati. benda ni depands pada bilangan pengguna jugak aku rasa. macam kat rumah aku ni, hanya aku sorang je guna P1. Ngah dia pakai yg mobile internet tu. kalau korang ada bilangan staff beberapa orang, mungkin akan jadi slow, dan elok la pakai P1 yang pakej kelajuan lebih tinggi. ada RM99/bulan. ada jugak yang RM139/bulan.

pakej aku ni, kalau nak bawak balik kampung pun boleh, asalkan boleh plug in, kat mana2 pun jadik. asalkan line dia kuat. oyye, modem P1 tu kau kena letak dekat  tepitingkap, supaya line dia kuat. kalau nasib kau baik, letak kat ruang tamu pun line dia kuat jugsk. dan kalau nasib tak baik, kau gantung kat luar tingkap pun line slow takleh buat apa. carik la pakej lain.

ok itu je la.

selamat malam.

Yg baik dari ALLAH,
Yg buruk dari AKU.